Makan angin lagi..itulah peluang bila ayah dapat cuti panjang tambahan anak2 sedang cuti sekolah. Sebenarnyer tumpang tuah si Athari tu....he..he..Selepas pergi ke Gokayama hari tu, next day (14hb) tu pulak ibu sefamili serta Athari pergi ke Kurobe. Masih lagi dalam negeri Toyama, kami pegi pun naik densha (keretapi)..ambik masa dalam 1jam 30min. Welcome to Kurobe...
Walaupun hari panas terik yang teramat2...tapi manusia tetap ramai jugak pada hari tu. Punyele sesak kat kaunter nak beli tiket. Sampai ke luar bangunan beratur..
Tiket ni dibeli untuk membolehkan kami naik keretapi "khas" untuk sampai ke destinasi yg dituju. Perjalanannya melalui lereng-lereng gunung yang curam. Tambahan pulak..ketapi tu tak berpagar cuma ada rantai besi jea yang jadi penghadang. Memang best!!! Sekarang ibu sefamili sedang berada dalam keretapi "khas" tu. Seronok campur kecut perut jugak ni...
Salah satu laluan keretapi..bila tengok kebawah memang kecut perut...tapi SubhanaAllah cantik sungguh pemandangan disitu.
Masa ibu berada dalam keretapi tu nampak ada org berenti kat jambatan merah tu dan ambik gambar..memang cantik kalau dapat bergambar diatas jambatan tu. Tapi bila ingatkan ketinggian disitu rasa gerun pulak..
Pemandangan bukit2 yang begitu indah sekali...memang tenang sekali dengan air yang kebiru2an nak kehijauan...Dapat jugak snap cepat2 masa berada dalam keretapi. Kalau pergi time musim aunthum lagi cantik sebab kata org2 jepun semua color2 daun tu akan bertukar kepada kuning kemerah2an..
Dah sampai destinasi..sebenarnyer ada 2 pilihan destinasi...yg ibu pegi ni rege yg murah sikit dalam 570¥. Yang destinasi lagi satu rege mahal sikit dalam 1,700¥。Kepada pengunjung yang sama destinasi semua turun disini dan keretapi tu akan meneruskan perjalanan untuk ke destinasi lagi satu. OK sekarang kami nak panjat bukit!!
Berhenti sekejap..nak posing ambik gambar sebelum nak ke tempat yg dituju. Naik bukit..turun bukit..naik bukit..turun bukit..
Tingginyer ni....jangan tengok bawah!! apa2 pun ambik gambar jugak..eeee...ngerinyer kalau ingatkan...
Ok kami dah sampai kat tempat nak berehat. Dah sampai destinasinyer!!!
Ada orang Jepun berendam air panasle.. batu2 disitu semua panas..piioo punyer panas!!
nasib air disitu sejuk.
Anak2 punyer koje..ditangkapnyer gambar ibu ngan ayah tengah solat..depe pun sibuk nak ikut abg Atharinyer solat..Ya Allah Ya Tuhanku Semoga mereka membesar menjadi orang yang beriman dan beramal soleh...
Kami semua dah nak berangkat balik....bye2 Kurobe...ada rezeki kita jumpa dimusim aunthum pulak....ye ke????
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
1 ulasan:
bestnye gi kurobe..
Catat Ulasan