-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-08-27

Mari ramai2 kita bertadarus

Dengan teknologi yang canggih manggih didunia ni..yang jauh pun rasa macam dekat aje..dengan sistem berkamera..sistem berhubung berjam2 lamanyer tanpa bayaran, dan berbagai2 lagi..
Inilah yang ibu nak sharekan bersama2 keluarga, kawan2 dan blogger2 diluar sana.
Banyaknya ganjaran yang Allah swt nak bagi pada bulan Ramadhan ni..meh la kita sama-sama rebut peluang ni...
Hari ni 1st day ibu join bertadarus secara online mengunakan SKYPE dengan cara berconference. Uhu..uhu..baru dapat sambut pose..(pecah rahsia ek..)Ibu rasa ramai diluar sana yang tahu apa itu SKYPE, alah adik beradik macam YAHOO MASSENGER gak..Kepada kawan2 dan blogger2 diluar sana yang mempunyai ID Skype apakata kita rebut kelebihan di bulan Ramadhan ini dengan cara bertadarus secara online. Hidup diperantauan macam ibu ni sangatlah bagus dapat bertadarus cara begini. Bolehla tinggalkan ID anda diruangan komen dan insyAllah ibu akan invite nanti. Tapi jangan terkejut ye sebab ID Skype yang ibu akan invite nanti adalah kepunyaan en.asben. Under nama Nazaruddin B.Sulaiman. Kalau kuar nama tu maknanyer itu adalah Nornaza. Untuk pengetahuan tadarus bermula pada pukul 11 pagi time di Jepun, dan 10 pagi time di Malaysia. Sebetulnyer person incharge yang mengendalikan aktiviti ini adalah salah sorang student disini...Alhamdulillah...
Mari kita renungkan apa itu erti bertadarus yang dipetik dari http://doaharian.blogspot.com


Bertadarus ertinya membaca Al-Quran secara beramai-ramai sehingga tamat (khatam) terutamanya di dalam bulan Ramadan. Hukumnya adalah sunat. Keutamaan bertadarus ialah:
1. Setiap huruf daripada ayat Al-Quran yang dibaca, Allah beri satu kebajikan.

2. Ayat-ayat di dalam Al-Quran banyak berisi ayat memohon keampunan, memohon kebajikan, memohon dijauhi seksaan Neraka dan sebagainya. Dengan membaca Al-Quran, secara tidak langsung kita berdoa dan memohon dari Allah. Allah akan memberikan sebaik-baik pemberian kepada orang-orang yang memohon kepadaNya.

3. Orang yang berpuasa dan bertadarus, mendapat syafaat dari puasa dan Al-Quran.

0 ulasan:

Catat Ulasan