Cuti-cuti Malaysia....ooppsss silap, cuti-cuti Jepun..."Obon yasumi"..cuti umum di Jepun, begitu jugak ngan ayah, bermula cuti pada 13hb hingga 17hb. Memang best kalau time cuti2 panjang gini, banyak masa bersama famili. Pada 13hb lepas (Khamis) ada sorang tetamu dari Kyoto (org Malaysia) bekerja di Murata HQ datang untuk bercuti ke sini. Memang seronok kalau ada orang Malaysia yang datang ke rumah. Nak tau sebab apa?? Sebabnyer....secara tak langsung ibu ngan anak2 dapat jalan2 dah tentu ayah kena bawak kawan tu jalan2 di sekitar Toyama. Bila ada orang yang dah lama duduk di Jepun agak gagah jugaklah ayah nak bawa jalan jauh sikit dengan kereta sbb ada kawan nak baca peta sbg co-pilot. Kekadang kalau anak beranak aje rasa macam tak berapa confident aje..nak pulak kalau naik kereta..sebab co-pilotnya tak boleh nak baca peta. Kawan ayah tu dah duduk di sini hampir 7 tahun..dah banyak pengalaman hidup di Jepun dan juga selalu memandu bila pergi melancong di Jepun.
Hari tu (13hb) ibu sefamili ngan kawan ayah sekali pegi satu tempat yang penuh dengan sejarah dan tempat tu telah diisytiharkan sbg "World cultural heritage". Kampung lama Jepun yang masih wujud dan tidak berubah bentuk dan tradisinya sejak 1200 tahun dahulu lagi..kawasannyer..betul2 diatas bukit. Perjalanan nak kesitu memang agak ngeri sikit...kerana terpaksa memandu dilereng2 bukit yg curam. Memang kecut perut kerana jalannya kecil tambahan pula sekarang musim hujan dan beberapa jalannya telah ada tanah runtuh...ngeri2 bila ingatkan suasana perjalanan kesitu sampai terbawa2 dlm mimpi....
Rumah ni dibuat dengan gaya yang dipanggil "gussho zukuri".
Tapi bila sampai ke kawasan perkampungan tersebut yang mengambil masa 1 jam 20 min dari rumah semua kengerian tersebut hilang kerana melihat keindahan alam sekitar dan juga kawasan perkampungan yg sungguh nyaman..Kelihatan langit begitu indah dan awan begitu hampir dengan kami menyelubungi pepohon yg menghijau......
Awan dilereng bukit. Tenang jiwa memandang!!
Cantiknyer...begitu indah sekali perkampungan ni..
Bergambar diatas bukit, dibelakangi oleh perkampungan lama Jepun.
Gambar yang ni pulak bila tengok rumah tu rasa macam dalam lukisan aje..
Ni le kawan ayah tu...Athari namanyer..
Anak2 ibu posing, gaya yang diaturkan oleh Athari.
Bergambar kenangan...sunyi dan sepi aje kawasannyer..
Hampir nak senja...begitu cantik awan2 tu.
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan