-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-08-19

Taikoyama Land lagi....

Ahad lepas (16hb) ibu sefamili sekali lagi ke Taikoyama Land tapi kali ni special sikit sebab musim panas ni tempat mandi di buka disitu. Ramai yang mengambil peluang nak bawak anak2 mandi disitu sempena cuti sekolah ni. Bermula operasinyer pada 25 July hingga 31 August ni. Start open pukul 10pg hingga 5.30ptg. Ibu bertolak dari rumah pukul 12.30tgh, sesampai aje disana tempat parking kete pun penuh..terpaksa parking ditempat yang jauh.
Ibu pergi sekali ngan kawan2 jepun ibu tu. Jangan kenanglah meriahnyer..para2 ibu tak mandi cuma anak2 dan para2 ayah aje yang mandi...Panas pada hari tu jangan kenangle...teramat2 peritnyer..para2 ibu le yang hangat pijo (bak kata org perak..) nunggu diaorang bermandi2an..



Suasana ditempat mandi tu. Seronoknyer diorang berendam dalam tu..dalam keadaan panas macam ni mesti nyaman dan sejuk..


Mifzal and the geng bersama Ikmal dan ayah. Habis buat satu pusingan berehat kejap..


3 orang anak teruna..Mifzal bersama kawan2 sekelas, Arata kun dan Nakamura kun.


Amboi kemain seronok lagi berendam dalam air tu ye..ibu jugak yang hangat pijo jadi camera women pulak..kesian anak2 ibu lupa sangat2 nak bawak pelampung dari rumah. Benda ada bukan takde...nasib Arata kun ada bawak extra satu..terpaksalah ayah take care betul2..



JOM layan video ni




Tempat para2 ibu melepak, anak2 berehat sekejap perut lapar berendam dalam air..mari makan dulu...


Perut dah kenyang sikit..sambung berendam lagi!!!



Seronoknyer anak2 ibu main air..memang depe berdua tu teramatlah suka mandi2 di kolam macam gini. Mana2 budak pun kalau dapat aktiviti macam ni memang dah paham sangat..yang jenuh nak panggil balik pun ada.




Para2 ibu nak posing jap ambik gambar..dapat masukkan kaki dalam air pun dah kira best...sejuk dan nyaman...


Bila staff si situ tiup wisel semua orang yang mandi disitu kena naik ke darat. Rupanyer kena buat senaman ringkas..inilah aksi2nyer!!



Posing lagi...


Times up!! Rombongan cik kiah dah nak balik, semua dah tak seksi lagi!!


Anak2 teruna berposing sementara nak keluar taman ni. Sayonara....

1 ulasan:

kew_chop berkata...

bestnye, selalu jek plan nakgi mandi kat situ tapi tak penah2 jadi..

Catat Ulasan