Sabtu lepas hari terakhir ibu dengan kawan2 yang lain mengikuti japanese course untuk musim summer tahun 2009. Seperti yang ibu bagitau sebelum ni kelas "special musim summer" ni hanye diadakan seminggu sahaja bermula dari hari isnin hingga jumaat lepas, dan hari sabtu kami menikmati sedikit party kecil2an. Kelas dibahagikan kepada 3 kategori. First category "Introductory Class", 2nd category "Beginners Class dan 3rd category is "Intermediate Class". Ibu yang bukan terror mana ni ikutkan nak masuk under 2nd category tapi sensei sorang tu tak berapa bagi ibu masuk under 2nd category tu sebab pelajarannyer agak sama dengan kelas yang biasa ibu ikut iaitu pada hari jumaat dan ahad. Yang ibu agak kecut perut nak join kelas ketiga tu bukan apa sebab semua diajar menggunakan "Hiragana" tu yang agak risau tu...sebab ibu tak berapa pandai sangat2....selalu mesti nak tulis dalam "romanji"...senang sikit!!!. Tapi atas nasihat my hubby untuk challenge ibu setuju jugaklah untuk join kelas ketiga ni.
Bersama dengan kawan2 sekelas dan sensei yang mengajar.
Suasana sebelum bermula party.
Bersama Rien Eu san dan Lavy san.
Ikutkan si ayah dan anak2 hanye nak jamu2 mata aje nak tengok party ni tapi sensei disitu semua baik2 dan suruh join sekali...dapat la makan sekali..nasib party tu diaorang sediakan sushi...bolehla ibu anak beranak makan kalau depe sajikan makanan yang tak boleh makan mesti kecewa....
Kami kena nyanyile...lagu kanak2 pulak tu..lagu citer kartun jepun. Seronok jugak. Lirik dah disediakan, pendek aje...
Jomla layan lagu kartun jepun ni...
Kelas2 yang lain pun ada jugak buat persembahan..lokonan pun ada..
Dapat sijil..
Selepas semua satu kelas dengan ibu dah dapat sijil kami bergambar sama2 buat kenangan.
Yang ni pulak kawan2 dari kelas lain..semua pun dapat sijil jugak.
Kuiz jugak diadakan setiap hari. Keratan kecil kertas disediakan dan semua pelajar hendaklah masukkan apa jawapannyer beserta dengan nama kedalam kotak yang disediakan, dan setiap keesokan harinyer barulah sensei tampal kat notice board sapa yang hampir2 tepat jawapannyer. Bermula hari Selasa iaitu kira berapa berat (dlm gram) teddy bear. Yang ni ibu dapat no 5. Hari Rabu teka berapa biji kacang mame. Yang ni ibu dapat no 2. Hari Khamis pulak kira berapa helaian poskad. Yang ni ibu dapat no 6.
Tak sangka kuiz teka berapa panjang ukuran "obi" (kain lilit kat kimono) iaitu pada hari Jumaat ibu dapat no 1. Perghhhh!!! yang lebih rasa tak caya tu ukuran yang tepat!!! 310cm...seronok..seronok..seronok.. Inilah gambar tengah ngambik hadiah. Terima kasih sensei..
Tumpang sibuk bergambar sekali dengan kawan2 dari kelas lain..nasib baik tak kena halau!! Ayah ngan anak2 pun ada....
Memang enjoy!!
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan