-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-04-24

Jom ke Bandar Diraja...

Bertemu kembali dialam maya ni, selesai sudah bekerja dalam minggu ni..esok cuti!! hehe.. Alhamdulillah ketibaan ibu ditunggu oleh rakan2 sepejabat semua..banyak sangat perubahan dalam tu, dan juga banyak muka2 baru..alhamdulillah masih diberi rezeki olehNYA untuk mencari rezeki disitu. Urusan anak2 pulak berjalan dengan baik sekali, terima kasih pada kawan2 yang mendoakan dan berkongsi panduan..yang penting pada ibu kalau berkerjaya diiringi dengan hidup yang balance itu adalah satu kepuasan yang teramat sangat. Tapi masih terlalu awal untuk komen..perjalanan masih jauh lagi kan...yang penting tanggungjawab sebagai ibu dan isteri perlu diutamakan....

Okla nak share sikit cerita pada tarikh 19hb April lepas, tarikh istimewa itu adalah sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke 82 tahun..(kalau tak silap kiraan..) jadinyer hari tu adalah hari cuti umum. Ambik peluang ke bandar diraja mana lagi kalau bukan Kuala Kangsar. Niat hati nak jenguk opah2 disana. Belah abah dan belah mak. Tak jenguk lagi setelah sebulan berada ditanah air...ambik peluang jugak jenguk saudara mara yang berada disekitar K.Kangsar.

Turun jer dari hihgway terpangpang sign board Hari Keputeraan Sultan Perak ni.


Masjid Ubudiah yang tersergam indah!!


Istana Sultan Perak yang tersangat luasnyer..


Kini dijadikan Muzium Perak yang pada zaman dahulunyer adalah sebuah istana. (zaman dulu2...)


Dah sampai KK tak sah kalau tak pekene dengan Laksa PakNgah. Laksa yang sangat top dikawasan KK ini kerana laksanyer dibuat dari tepung beras...


Dan inilah opah teman...side belah mak. Lupa sangat2 nak ambik gambar yang side belah abahnye..
Asalnyer opah orang cina, berjumpa dengan arwah tok zaman dulu2 masa tok kerja RELA terus bertemu jodoh. Mak adalah anak sulung dari hasil perkongsian hidup. Opah ada jugak anak2 cina hasil dengan bekas suami cina dia dulu sebelum arwah tok, tapi terkorban dek angkara komunis2 jepun..anak2 dia semua dah convert islam..kiranyer kakak2 tiri mak laa...
Opah dilahirkan pada tahun 1923, tapi alhamdulillah masih sihat kesihatannyer cuma mata jer tak nampak, masih lalu lagi nak menebas2 dibelakang rumah...katanyer badan rasa semacam kalau asyik duduk jer tak buat keje...hehe
Ya Allah panjangkanlah usia opah ku...Ameen..

0 ulasan:

Catat Ulasan