-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-05-04

Majlis naik buai

Assalamualaikum kepada semua pengunjung setia rumah ni. (ade ke..????) Hampir seminggu lebih tak keudara, jangan kenanglah gian nak menulis tu memang melonjak2. Setelah kembali kealam bekerja ni masa tu teramatlah kurangnya. Kepada kawan2 maaplah lama tak menyinggah rumah, tu pun nasib rumah sendiri tak bersawang lagi..hehe.. InsyaAllah dah releks2 nanti bolehla bertandang yer..

Nak kongsi cerita pada hari Sabtu lepas telah diadakan majlis naik buai anak sedara, Nur Khalisha Balqis yang berlangsung dikediaman rumah mak. Majlis yang sederhana tapi cukup meriah dengan kehadiran makcik2 marhaban, sedara mara dan jiran2 terdekat. Tak lupa jugak kawan2..terima kasih pada yang hadir.

Lena diulik intan baby Qis dalam buaian sambil makcik2 mendengdangkan lagu2 marhaban. Jangan si abangnya yang umur setahun 4 bulan tu, dengar je lagu2 marhaban ni kemain ngenjut menari!! Pantang dengar muzik semua dibantainya ngenjut.

Inilah baby Qis bersama ibunya yang agak terlewat sikit naik buai..hehe..umur dah nak masuk 4 bulan tu....

Makan-makan time!! Sangat berpuas hati dengan kehadiran tetamu2..bab masak2 semua belah keluarga adik ipar yang uruskan. Diorang pakat gotong royong masak dan hantar kesini.


Kak Azah and famili..

Teman baik ibu..Ida and famili..


Kepada kawan2 yang tak dapat undangan..mintak maap sangat2 bukan disengajakan.... Harap dapat memahami situasi ini yer..

0 ulasan:

Catat Ulasan