Masa mula2 sampai sini dulu anak sedara baru yang sorang ni langsung taknak kat ibu!! Budak2 macam tula bila tengok muka orang yang jarang dia tengok tetiba nak dokong dia melalak la kawan..bila hari berselisih ganti sajer rapat2 dan main2 dengan dia last2 sekarang tido kat rumah kami pun dia dah mau..tanpa mak ayah dia!! nak pulak ada tukang melayan.. sapa lagi kalau bukan Mifzal dengan Ikmal. Suka sebenarnyer ibu dengan anak2 kecik sebab tu mintak kebenaran kat mak ayah dia nak bela 2-3 hari tengok pun budaknyer baik sangat tak banyak ragam memang la suka sangat. Kalau jenis yang asyik nak berdokong jer jenuh jugak...ni letak la tang mana pun leboh boleh main sorang2 dan bila time tido pun tak susah2 nak cari buai ke apa....ngantuk sangat leboh tido...senang sesangat!!
Samakah rupa kami??? Gambar pertama Ikmal berusia 1 tahun dan gambar kedua ialah Haziq (anak sedara). Bila bawak Haziq kemana2 orang semua cakap macam rupa Ikmal masa kecik2 dulu..sampai orang ingat Haziq tu anak ibu (made in Japan)..haha...
Nampak budak baik tu bertenggong duk depan kete!! Lagi hebat!! abang2nyer dah konker tempat duduk belakang, dia dengan baik punya lending duk paling depan sekali...dapat jugak merasa!!! Masa ni mintak kebenaran kat mak ayah Haziq nak bawak dia sekali duk kat rumah kami. Hari Khamis malam dia start tido dan semalam ayah dia dah ambik balik...huhu.. ( Bukan jauh mana pun...bebila free boleh ajak tido lagi...hehe) Budak dah setahun lebih ni seronok nak menjaganyer dah pandai bawak main kan... Kalau nak tau kete yang dorang naik tu pun Mifzal punyer masa kecik2 dulu..tu yang nampak kusam jer..nanti bila dah polish boleh bagi kat Haziq pulak..
Tumpang kasih sayang kat anak sedara..anak kecik sendiri belum nampaknyer..!!..hehe
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan