Ahad lepas en.hubby bawak tiga sekawan nijonjin (yang ditugaskan beberapa minggu/bulan kesini) jenjalan sekitar kawasan2 dekat sini. Niat hati memang nak ikut sekali sebab tak pernah masuk lagi G.Tempurung dan dah lama sangat2 tak ke Telok Batik. Plan asal memang ade sorang lagi kawan ayah yang nak pergi, jadinyer bolehla pergi dengan dua bijik kereta. Tapi rezeki nak ikut sekali tak kesampaian sebabnyer kawan ayah tu bagitau tak berapa sihat jadi terpaksalah ayah jer yang ngangkut nihonjin2 tu. Ibu dan anak2 terpaksalah ditinggalkan....
Layan jerla gambar2 diorang yang tengah bersuka ria ni. Kemain suka lagi dapat masuk Gua Tempurung.
Ibu yang dah duduk lama kat sini pun tak pernah SEKALI pun masuk kesini....kata ayah macam best jer...
Nak share lebih2 pun tak reti sebab tak dapat rasakan suasana dalam tu. Tapi secara kasarnyer masuk dalam gua ni nampak gelap gulita jer..hehe
Lepas tu ajak nijonjin tu pekene dengan ayor nyor aka air kelapa muda disitu. Kata ayah abis hati bebenor dapat minum ayor nyor ngan goreng/cekodok pisang..haha..
Destinasi seterusnyer mereka ke Telok Batik, apa lagi bermandi mandaan la...ayah pulak memang tak plan pun nak mandi sebab sajer bawak mamat2 jepun tu jer.
Tak ingat dah berapa tahun tak kesininyer...anak2 pun tak pernah merasa mandi laut sini lagi..!! Betul tak tak tipu...
Tapi kalau ke tempat2 cenggini alamat muka pun lebam semacam..tu yang agak keboringan sikit kan..kalau kat air terjun..sungai2 ok sikit berbanding laut ni.
Kononnyer tadi ada orang tu cakap tak plan nak mandi, penyudahnyer dia pun turun padang sama!!. Terpaksalah beli seluar pendek nak berendam bersama. Tengok ramai jugak manusia pada hari tu. Cuaca panas macam ni sesekali berendam kat laut best jugak kan..
*** Plan ingat kalau ikut serta sekali dalam rombongan diorang ni boleh jugak drop sekejap rumah kawanku Ida di Manjung nun. Biaqlah jejaka2 tu jer yang ke Telok Batik tu..takperla..nanti plan lain pulak yer kawan...
Petang sikit bawak diorang merasa dengan raja buah ni!! Memula2 tu nak cuba pun keberatan jer sebabnyer diorang pernah dengar ade sesetengah orang cakap tak sedap. Haha....apa lagi kasi paksa mamat2 tu cuba makan jugak!!. Dalam pada risau dan takut nak cuba alih2 jadi suka bebenor...sedap..sedap..haha.. itulah penanagan durian D24. Mahal..sebiji rm10. Adala ayah bawak balik sebiji nak merasa. Dalam tu tau tak ada berapa ulas??? Ada 5 ulas jer!!..ish..ish.. tapi isinyer memang wallah...sedap!! Arigatou ne...
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
1 ulasan:
Salam, wahh, kak naza berjalan-jalan sakan..best x pegi teluk batik? sue belaja kat utp, sri iskandar, jarang pegi telok batik..mane tau satu hari nanti dpt jumpe akak face to face :)
Catat Ulasan