Hari Rabu lepas adalah hari pertama anak2 ibu bersekolah disini. Dua sessi yang berbeza, si abang bersekolah pagi dan si adik bersekolah petang...tu yang agak leceh sikit.. Minggu ni startlah ibu belajar jadi driver balik. Dua tahun tak pegang stearing memang rasa janggal sikit..tapi dah masuk hari kedua semuanyer rasa ok cuma bile bertempuh dengan suasana sibuk tu yang masih lagi rasa dup dap..dup dap..
Bila kene time tak berkerja ni rasa releksla sikit nak hantar2 anak2 ni...tapi bila dah masuk kerja nanti macam mana la nak susun masa tu yer...mesti rasa kelam kabut sikit!! Adatla kan orang bekerja...emmmmm..rasanyer macam berat jer nak melangkah kerja bila ngenangkan suasana sibuk tu nanti..alangkah bestnyer dapat beri tumpuan sepenuhnyer pada anak2....takperla tu citer lain..dah lari dari topik sebenarnyer ni!!! Hari pertama datang lewat sikit lebih kurang pukul 8pagi, terus pergi ke opis dulu untuk berjumpa dengan penyelia pagi. Perpandu pada kad laporan sekolah Jepun, penyelia terus tetapkan Mifzal masuk under kelas yang pertama.. Kelas 3 Sukses. Padahalnyer sylibus langsung berbeza cuma yang boleh pakai Mate jer..hikhik...dalam kad laporan tu banyak A dan B jer terus agaknyer dia ingat Mifzal ni berkemampuan...padahalnyer belum lagi tau..hehe..
Aduhh..sebenarnyer kalau boleh biarlah masuk dalam kelas pertengahan jer biar dia mula dari bawah tapi cikgu tu sungguh2 katanyer takper letak dalam kelas teratas. Hari pertama sekolah Mifzal dah dapat ramai kawan..sampai tak guna duit belanja yang ibu kirimkan sebabnyer ade kawan dia belanja makan waktu rehat!!.. mak aiii pandai budak tu ambik hati kawan baru..Nampak wajah seronok bila ambik dia balik sekolah..oklah janji dia seronok pergi sekolah tu yang pentingnyer..
Disekolah Jepun sekarang ni adalah waktu cuti sekolah. Kawan baik Mifzal si Arata kun tu sedang bercutilah disana sempena nak masuk tahun baru (bulan April). Yang Mifzal disini bersekolah tapi dia sedang bergembira di Disney Land bersama mamanyer..Happy Holiday ne... Yang ni si adik pulak masuk sekolah pukul 1 tengahari..tengah panas waktu ni berkerut jer dahi tu. Yang si adik ni tak habis2 lisau=risau.. jenuh nak tenteramkan dia. Sesampai jer disekolah terus pulak jumpa penyelia petang, katanyer kelas dah ditetapkan tak payah ambik test2. Amboi senangnyer koje tu..katanyer penyelia pagi suruh masuk under kelas kedua iaiti 1 Kreatif. Rupanyer kelas ni masih lagi cikgu lama Mifzal yang mengajar masa sebelum ke Jepun. Cikgu tu pun tak sangka kali ni dapat mengajar Ikmal pulak. Yang lebih lawak cikgu tu tanyer kat Ikmal boleh cakap melayu tak...hehe..sebab katanyer dia ade pengalaman budak Mesia dari London datang sekolah disini..sepatah bahasa melayu tak tau...memang jenuh nak ngajar..tapi bahasa inggeris memang cair kata cikgu tu..memang kene ambik masa untuk ajar budak2 dari luar negara katanyer...berkat kesungguhan tengok2 budak tu dapat 5A dalam UPSR yang lepas.
Budak2 panggil Ikmal "budak jepun"..emmm alah..sian anak ibu ade gelaran pulak yang dorang bagi..bukannyer nak panggil nama..ish..ish.. Snapkan jugak suasana sekolah disini sebabnyer segala citer2 dan adat budaya kita disini kawan Jepun di Toyama tu nak tengok..hari2 diorang masuk katanyer nak tengok bagaimana kehidupan kami di Mesia ni. Jadinyer biolehla dorang comparekan sekolah disana dengan sekolah disini. Apa yang kami nampak semuanyer itu adalah pengalaman....
Dan ini ade sedikit peristiwa yang berlaku semasa ibu berada di dalam kawasan sekolah.
Budak sekolah : Cikgu..cikgu..budak tu pukul kepala saya
Ibu : Kenapa pukul kepala dia...
Budak sekolah : Takde..takde..mana ada saya pukul kepala dia
Kawan budak sekolah : Ye...dia pukul kepala budak ni..
Ibu : Adik darjah berapa?
Budak sekolah : Darjah satu cikgu..
Haha....ade gaya cikgu ke ibu ni!! Sampai budak sekolah pun jadi kompius cikgu tulin dengan cikgu tiruan..hikhik...balik citer dengan ayah ngekek ayah gelak..katanyer mana taknyer awak bawak fail tu yang ade rupa gaya cikgu...hehe...
Dalam hati..seronok pulak budak2 tu panggil cikgu...walaupun cikgu tiruan..huhu..
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2010-04-01
Hari pertama di sekolah baru
2010-03-31
School re-entry registration
Minggu ni ayah dapat cuti seminggu dari syarikat, yerla baru jer balik sini dah kene kerja hari isnin tu (22hb lepas..) tak dapat nak rehat2kan diri dah kene lapor diri..sebab utamanyer terpaksa buat job transfer atau ambil alih kerja staff berkenaan yang akan turun ke Jepun untuk 2nd batch yang sama programme macam kami dulu, jadinyer staff tu kenela turunkan segala ilmu2 sebelum dia berangkat ke Jepun pada Jumaat ini.
Jadinyer dapatlah minggu ni settlekan urusan2 kemasukan anak2 masuk sekolah. Semalam dah pergi laporkan diri kat sekolah lama Mifzal masa dia sempat masuk darjah satu selama 4 bulan sebelum ke Jepun. Segala history tentang bertukar sekolah sementara memang dah direkodkan sebab ibu dah buat surat jadinyer masa kami datang ke sekolah semalam terus2 jer kerani sekolah berkenaan tu ingat citer 2 tahun lepas tu....( senang keje teman...) Inilah sekolah baru anak2 ibu..tapi leceh sikit sebab abang dan adik berbeza masa. Mifzal yang masuk tahun 3 bersekolah pagi dan Ikmal tahun satu akan bersekolah petang..jenuh jugak nak arrangekan masa tu.. Kelas belum ditentukan lagi sebabnyer akan diadakan satu test untuk menentukan kelas2 yang mana...
Pada ibu untuk permulaan ni takperla kalau tak dapat kelas yang bagus, nanti bila dah lama sikit buat yang terbaik yer nak.. Ambik masa jugak nak kenalkan dengan sylibus sini yang sah2 berbeza dengan sekolah di Jepun tu!!.. Sebelum tu kene buat re-entry registration kat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan kene dapatkan surat pengesahan dari JPN. Hari ni menyettlekan urusan disini dan esok anak2 dah boleh masuk sekolah. Bermulalah alam baru disekolah sini pulak...Gambatte kudasai... (SEMOGA BERJAYA..). Ibu dan ayah doakan yang terbaik untuk anak2 disini......
2010-03-30
Pertemuan yang tak dirancang
Ini citer hari Sabtu (20hb Mac yang lepas..) sehari selepas kami menjejakkan kaki ditanah air ni. Walaupun dah agak terlewat untuk share tapi dalam hati ini memang tak akan lupa saat2 pertemuan yang tak dirancang dengan seorang sahabat karib ini. Kami berkawan baik seawal umur 6 tahun lagi bersama2 tadika di tadika Tronoh...hehe..sehingga masing2 dah beranak pinak masih lagi kami berhubung....dia memang antara kawan yang terlalu mengambil berat bab2 persahabatan ni..sayang kamu Ida....( kawan2 yang lain pun sama...sayang kalian semua...jangan ade pulak yang berkecil hati yer..) Bersama dengan Ida yang secara mengejut datang kerumah mak di Siputeh dengan harapan dapat berjumpa dengan kami yang baru balik dari Jepun ni..tak sangka sangat2 memang waktu sampai rumah mak tu kebetulan Ida and famili tengah round2 buat spotcheck!! Rezeki dapat jumpa...
Dan juga pertama kalinyer dapat jumpa dengan anak sedara sorang ni..Muhammad Haziq Hakim.Yang ni pulak adik ipar. Baby tu anak sedara baru yang kedua..adik kepada baby Haziq..setahun sorang wehhh!!..baby girl..Nur Khalisa Balqish kalau tak silap namanyer le....nanti kompem balik hehe....
Cik abe Ida yang sangat sporting..sampai kami berdua kena perli katanyer "Ngalahkan tak jumpa 10 tahun.." huhu....biasela mula2 jumpa kecoh tu yang ibarat 10 tahun tak berjumpa tu..kadang2 tu bukan apa bila dah berjumpa dengan kawan2 satu kepala terlupa pulak yang kita ni mak budak bukan anak2 dara macam dulu2 lagi..hehe..tak caya tunggula kalau dapat buat reunion dengan yang lain2 tu..lagi gamat..betui tak Ta, Aton...???
Tumpang kasih kat anak sedara..mula2 liat sungguh dia nak dapatkan kita..maklumlah entah dari mana datang tetiba terus nak dukung tu yang dia takut tu...takper slow..slow..sekarang ni pun dah mau sikit2...
Inilah dia famili bahagia..kesemuanyer tiga orang puteri, bila dah besar jadi tiga dara pingitan...hehe. Senangla ko Ida terima duit jer nanti...teman jugak yang kene ngangtor duit.. Bila la pulak turn kita nak nambah ni????
2010-03-28
Murata Malaysia Annual Dinner
Semalam telah diadakan satu majlis annual dinner anjuran syarikat tempat ibu dan ayah bekerja. Tak sangka jugak dapat jemputan walaupun hampir dua tahun bercuti tanpa gaji. (Kalau deme lupakan kita memang sajerler...hehe) Ini adalah ulang tahun syarikat yang ke 16 tahun. Seperti biasela mana lagi tempatnyer kalau bukan di hotel Syuen Ipoh..dari zaman dolu2 lagi asyik2 Syuen Hotel jer....
Meriah jangan kenangla tambahan lama tak jumpa kawan2 dalam tu!! Untuk pengetahun ibu ni belum lagi melaporkan diri kat tempat kerja...huhu...masih lagi bercuti sehingga 20hb April insyAllah, ( ajer melampau..sakan ke tak sakan tu....) cuma ayah jer yang dah start kerja..angin nak mula kerja tu rasa liat sikit, ke rasa dah??????? Sebab tu gaya tak jumpa tu ngalahkan sepuluh tahun!! Banyak dah muka2 baru dalam tu.. Nasib tahun ni tak bertema..bebas berpakaian!! Kalau tak rungsing jugak nak ngesahkannyer..tambahan baru balik ni..
Suasana yang penuh warna warni dengan pakaian2 yang anggun...masing2 bergaya sakan dan tak kurang jugak minah2 indon yang menampilkan gaya yang kurang sopan itu!!!!! Nasib orang2 kita sopan2 belaka!! Itu yang bagus warga2 Malaysia ni!!!
Wajah-wajah kesayangan teman2 ku..dah book siap2 suruh Kak Azah reservedkan tempat duduk. Tankiuu akak..dua tahun tak berjumpa dengan kalian..

Kepada pemenang2 award dari kategori2 tertentu diucapkan tahniah semoga berusaha untuk tahun2 yang akan datang lagi..sangat2 lumayan hadiah yang berupa wang ringgit itu!! Kepada rakan2 baik..Malinda, Kak Yan bolehla bukak satu table belanja makan untuk kami yang baru balik ni. Kepada ayah dan rakan2 lain tahniah sebab telah berkhidmat selama 15tahun di syarikat ini dan telah dapat award long services berserta dengan duit yang dikira sangat lumayan..lepas ni nak manja2 lebih sikit kot2 boleh dapat apa yang nak!!!..
2010-03-26
Cerita2 di Mesia
Hari ni cukup seminggu kami berada di tanah air...badan pun terkejut dengan kejutan cuaca disini...bayangkanlah sebelum kesini temperature di jepun adalah 5-8 darjah...tapi disini over 30 darjah!! tak ke badan pun rasa terkejut..
Setiba ajer menjejakkan kaki di KLIA minggu lepas agak berpinau rasa badan...sebab bahang panas yang terasa tu!!! Dari bapak..mak sampai anak2 kecoh mencari toilet nak salin pakaian. Dari 3 helai tinggal sehelai ...hehe..itulah penangan cuaca disini....
Pepagi hari Sabtu lepas kami anak beranak pekena dengan roti canai + teh tarik!! Ni kira sarapan kat kedai mamak Salim de Corner la ni....dekat jer dari rumah kat Seksyen 18 nun...masih tak berubah suasana di kedai tu.. perghhhh baru betui nampak suasana di Mesia!!! Nak compare lebih2 pun nanti ade orang yang marah....nanti ade orang cakap " Haaa..pi la duk lama2 kat Jepun tu!!.."hehe.. (paham2 la maksud tu yer....) Pengalaman mengajar segalanyer.... Lepas ni naik balik ke badan wehh..takper mula2 sampai memang semua nak rasa..lepas tu jaga balik kesihatan yer bang...hehe. Bukan apa bila umur dan nak masuk 40an ni kesihatan memang kene titik beratkan risau macam2 penyakit yang datang..
Selepas pekene sarapan terus pecut ke rumah mak mertua di Parit,Perak, belum jumpa lagi dengan famili disana. Famili sendiri dah jumpa malam2 sesampai jer kami disini sebabnyer diorang dah tunggu kat rumah kami nun.. Ini kenduri doa selamat kecil2an yang dibuat dirumah mak mertua. Hanyer adik beradik dan sedara terdekat jer..Buat pada hari Ahad lepas..
Dan yang hemsem diantara yang paling hemsem ni adalah tok (bapak pada mak mertua)..umur pun dah lewat 80an..tak larat dah..rezeki kami dapat jumpa dengan tok lagi..tapi ingatan tak berapa kuat dah.....semedang lupanyer...ayat yang sama selalu diulangnyer...." Kamu sapa???"...hehe
2010-03-25
Salam bersua kembali.....
Salam bertemu kembali..setelah hampir seminggu tak bersua dialam maya ni. Memang sangat2 nak keudara tapi line tenet takde kat rumah ni..baru jer apply tu yang dapat guna ni. Pada kawan2 yang cuba hubungi no phone nor tu mintak ampun mintak maap sebabnyer tipon tu tertinggal di hotel Kyoto masa menginap semalam disana...huhu...tapi kawan disana dah tolong ambikkan..lega selamat dah ade dalam simpanan kawan tu...Terima kasih pada Athari sebab dah susahkan terpaksa pergi ke hotel tu..
Alhamdulillah perjalanan kami ke tanah air berjalan dengan lancar...terima kasih pada semua yang mendoakan perjalanan kami dan sudi share bersama2 kisah kesedihan meninggalkan rumah kedua kami di Jepun tu..huhu..
Kami selamat sampai pada Jumaat lepas (19hb Mac) pada pukul 7.15malam. Transit di Kota Kinabalu sejam...kalau tak boleh lagi cepat sampai...
Sebelum tu nak share jugak pertemuan yang terakhir kalinyer kami bersama2 dengan sensei anak2 di sekolah Yanagimachi ni. Mikami sensei (guru kelas Mifzal) yang arrangekan untuk kami berjumpa dengan Guru Besar sekolah. Kata Guru Besar yang sangat sedih atas kehilangan dua beradik disekolah itu.
2010-03-18
Sayonara Toyama...
Akhirnyer hari yang ditetapkan telah tiba untuk kami mengucapkan sayonara...Seawal pagi bangun ( walaupun tido pukul 4.30pg..huhu..) untuk sambung menyiapkan saki baki keje2 mengosongkan rumah dan sampah2 yang bertimbum tu..nasib ada makcik yang incharge sampah tu tolong sama2 ngesahkan pembahagian sampah tu..kelam kabut jugak maklumlah nak tinggalkan rumah buat selama2nyer ni ...huhu.. Suasana rumah tamu yang telah dikosongkan, hanye tinggal barang2 yang dari hak syarikat aje..sedih sangat rasanyer...banyak kenangan walaupun 2 tahun tinggal sini.
Pukul 2.19ptg masa untuk kami say bye2 pada Toyama...dengan ditemani dengan kawan2, jiran2 dan adik2 student..Nak jadi rezeki hari ni sekolah anak2 ni balik awal pukul 11pagi sebabnyer meraikan murid2 tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah itu, jadinyer dapatlah kawan2 Mifzal hantar ke stesen. Sebelum naik keretapi famili Tanaka, Nakaichi dan Nakamura kongsi duit untuk belanja kami lunch. Terima kasih yang tak terhingga...banyak sangat duit yang dah berhabis untuk kami....
Kepada makcik Yoshino dan Tanimura san terima kasih bagi hadiah yang berupa wang kepada kami. Alhamdulillah bile convert ke rm malaysia lepaslah sebulan nak makan...
Ade lagi beberapa hadiah yang kami dapat last2 minute ni...hontoni arigatou...dan lebih terharu dapat dua pucuk surat dari Yoko san dan Sachiyo san. Penuh bermakna dan terharu dengan mereka berdua. Yang lebih terperanjat Sachiyo dan Yoko menggunakan bahasa inggeris + malaysia..huhu...sayang sangat dengan kalian...
Wajah-wajah sedih Mifzal yang teringatkan kawan2 sekolahnyer terutama yang bersama2 pergi dan balik ke sekolah. Kata Sachiyo san cuti musim spring yang akan tiba nanti dia akan bawak Arata ke Disney Land untuk bagi seronok...sebab selalu kalau ade cuti2 panjang mesti ade ajer aktiviti bersama...tapi kali ni dah takde lagi....huhuCiter tentang Ikmal pulak.. patutla dia takde perasaan langsung nak balik Malaysia ni, rupa2nyer dia ingatkan pergi balik bercuti ajer dan akan balik ke Jepun. Bila diterangkan betul2 barulah dia terkejut!!!..Memang tak prihatin langsung budak bertuah tu...
Sampai di Kyoto lebih kurang pukul 5.30ptg, sempat berjumpa dengan kawan2 dari Malaysia...sama2 dinner malam tadi..
Malam ni kami tido semalam di hotel Kyoto dan pagi2 esok dalam pukul 6.30pagi akan checkout..
InsyAllah kalau berpandu pada tiket penerbangan kami akan sampai KLIA pada pukul 7.30mlm.....berjumpa pulak dengan citer2 di Malaysia!!!
Rindu nak jumpa wajah2 kesayangan di kampung...tunggu dan nantikan kepulangan kami....
Semoga perjalanan kami untuk sampai ke destinasi yang sebenar akan berjalan dengan lancar. Doakan perjalanan kami semoga semua selamat....Ameen...












Toyama Time
Ipoh Time













