Lebih kurang ada sebulan ajer lagi aktiviti Mifzal bermain bersama2 dengan kawan2 nihonjin sekelasnyer.. setiap hari lepas jer balik dari sekolah (pkl 3.30ptg..) pandai la pulak buat temujanji suruh datang rumah, mula-mula settlekan shukudai (homework) bersama dengan kenkawan dan selepas tu baru start bermain. Kadang-kadang dua beradik ni ada jugak pergi rumah kawan2 yang lain..tapi yang bagusnyer anak2 jepun ni kalau sensei dah cakap kene balik rumah sebelum pukul 5ptg mesti diaorang ikut!!.
Bila tengok gelagat budak2 ni main kat dalam rumah ni kejap2..tengok jam pukul berapa..kejap2..kejap2..tengok lagi, sampai la betul2 lagi lima minit nak pukul 5ptg baru bertempiaran lari nak balik! Itu kisahnyer kalau hari sekolah, adalah jugak start datang rumah ni pukul 3.30ptg, kalau kene time2 cuti.....lagi lawak datanglah awal pukul berapa pun...pukul 11pg..pukul 12tghari.....tapi time balik pun mesti sama iaitu pukul 5ptg!!!
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2010-02-18
Mifzal n The Geng
2010-02-17
Gambar studio
Ingat lagi tak last month kami sefamili ade ambik gambar dalam studio Aoyama san?? Bersama2 dengan dua famili lagi tu, tak lain dan tak bukan Tanaka famili dan Nakaichi famili....alkisahnyer gambar ni dah siap 3 minggu lepas lagi tapi lupa nak share. Gambar yang diambil pun bukan dikenakan caj, masa tanyer berapa rege caj gambar2 tu tuan punya studio tu taknak ambik duit..katanyer sajerla bagi ngenangkan kami pun dah nak berangkat ke tanah air tak lama lagi...apa lagi...arigatou ajerle....hehe.. Lagi satu gambar2 tu dia tak tolong cucikan pun just transfer dalam CDR jer....memang banyakla gambar2 tu..kene pilih mana2 yang elok dan cantik, bukan senang nak ambik muka2 yang dalam keadaan bersedia berdiri tegak ni..hehe.. Tuan studio (sebelah ibu) pun ade sekali dalam gambar ni bersama2 dengan wifenya (sebelah ayah). Dengar citernyer sepasang suami isteri ni dah beria2 nak datang rumah kami di Ipoh....
Tak sangka anak teruna sorang ni dah tinggi rupanyer...baru masuk darjah tiga dah nak nyampai telinga ibu dah....balik kampung nanti mesti opah2 ngan tok terkejut tengok ketinggian cucu2nyer...sebelum datang sini renek ajer... Ikmal ni memang tak pernah serius ambik gambar tau...macam2 gelagat dia buat!!
Kesian tengok anak teruna Yoko san ni (sebelah Yoko), dia kan dah besar panjang, ikutkan bukannyer dia nak ambik gambar2 ni..dah ade perasaan malu...macam mana la agaknyer mak dia pujuk..akhirnyer nak jugak dia join. Tu pun semata2 ambik gambar jer..masa party time dia balik tak nak join...huhu
2010-02-16
Kenangan untuk kami...
Entry sebelum ni kan pernah citer pasal kami bertiga nak cari "sesuatu" sebagai kenangan yang boleh mengingatkan kembali tentang ikatan persahabatan ini. Idea ni pun Yoko san yang bagi, katanyer boleh kenang balik memori2 kami pernah bersama disini..
*
*
*
*
*
*
Close up sikit....
2010-02-15
Ke Tulip Galeri
Pada 12 Februari lepas ibu dan kawan nihonjin ni ke Tonami. Plan ni dibuat oleh dua sekawan tu, katanyer nak bawak ibu tengok bunga tulip (perjalanannyer lebih kurang sejam..), kata mereka tahun ni tak sempatlah kami sefamili nak tengok tulip fair yang besar besaran punyer.
Biasenyer setiap tahun tulip fair ni akan bermula pada hujung bulan Apr dan berakhir awal May. Tu pun nasib tahun lepas merasa jugak sampai kesini, memang giler sekejap tengok pelbagai spesis bunga tulip tu...
Untuk tidak menghampakan di tahun ini, jadi diorang sajerla bawakkan jugak tengok yang Galeri Tulip ni jer.. kalau nak bandingkan memanglah jauh berbeza sangat dengan Tulip Fair tu, yang ni buat pun dalam bangunan aje mana nak tanam kat luar2 sana tu...masih lagi tanah dipenuhi dengan salji... Masa datang pun orang tak ramai, maklumlah waktu kerjakan... dan waktu ni salji pun tengah turun lagi...malas agaknyer orang nak keluar. Tak silap rasanyer Tulip Galeri ni berlangsung pada awal Feb hingga 14hb lepas agaknyer...ade ditulis tapi dah lupa pulak tarikhnyer tu..
Dengan tiket masuk yang dikenakan 500yen (rm18++) inilah ajer rupa tulip2 yang dapat tengok!! Taklah meriah sangat...dalam bangunan ni jugak ade Muzium Tulip, kraftangan dan kedai cenderahati..

Kalau kita cakap kat mana nak beli bende alah tu yer...hahh tengoklah siap diorang usaha tolong carikan jugak apa yang kita nak tu...
Adoi kadang2 kita ni sekadar bertanya atau sekadar bercerita apa yang kita nak kongsikan tapi semua tu jadi sebaliknyer..diorang pulak yang merelakan diri bersama sekali dalam hal2 kita.....
Cantik tak cermin muka ni???? Cantikkk kan....suruh diorang gayakan diri didepan cermin muka tu dan ambik gambar. Pada kita2 dah biasekan cara bergambar macam gini, tapi dua sekawan tu sangat2 suka sebab katanyer sebelum ni diorang tak pernah ambik gambar macam ni lagi...hehe2010-02-13
Happy BirthDay to Me...
"Ya Allah ya tuhanku terima kasih kerna hingga kehari ini engkau telah memberi hambamu ini untuk terus hidup dan menikmati kehidupan yang indah dan bahagia dibumimu ini Ya Allah...ku bersyukur kepadamu kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan hidup penuh kasih sayang darimu Ya Allah..juga rezeki yang telah engkau berikan hingga saat ini...Ameen..."
Semalam 12 Feb, genaplah sudah umurku yang ke-33 tahun. Syukur alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup dibumi Allah ini dan harap dapat besarkan anak2 hingga berjaya...insyAllah.. Kalau nak tau Februari ni memang bulan yang special sikit sebabnyer semua adik beradik side ayah pun lahir bulan yang sama. Masa kat Malaysia dulu bile bulan Februari kitaorang celebrate sama2!!..kalau anak2 pun join Februari pun cantik gak tapi tak pandai nak plan daa....hehe
Pagi2 semalam sibuk dengan aktiviti kawan2 nihonjin ni, diaorang ajak pergi ke Tonami (lebih kurang sejam perjalanan) untuk tengok Galeri Tulip, sambil tu diorang sajer nak celebrate kan birthday untuk ibu ni!!..terima kasih sangat2.. lately ni dorang selalu sangat luangkan masa untuk ibu, tak terbalas rasanyer kebaikan dorang ni..baik sangat2!! Nanti bolehla share serba sedikit gambar2 kami bersama yer..
Untuk entry hari ni sajer nak kongsikan sekitar suasana potong kek bersama dengan anak2 pada malam semalam, no special2!! jadilah ade jugak orang tu yang sudi belikan kek untuk ibu ni...terima kasih yer bang!!!...luv u so much.. Kek yang penuh dengan coklat!! yum-yum...sedap tapi tak boleh makan banyak2 nanti muak...
Coklat lagi....pemberian dari en.suami...tima kasih yer bang sampai 2 kotak sekali coklat tu!!..
2010-02-11
Main masak-masak [ Part II ]
Bertemu lagi dengan topik main masak-masak....dimana lagi kalau bukan dirumah kawan nihonjin ni...apa menu kali ni???? OK jom nak share aktiviti semalam ni.....kata Sachiyo san menu semalam tu khas untuk kami sefamili punyer dinner..so semalam memang ibu tak masak pun, sebab dia dah call awal2 lagi bagitau... Apa la yang dibuat di Yoko san tu???? Macam masukkan nasi dalam bekas acuan jer...cuba teka apa agaknyer main masak-masak kami semalam tu??
*
*
*
*
2010-02-10
MR.Nippon Express dah datang...
Semalam ayah ambik cuti sehari sebab mr.nippon express nak datang rumah buat checking apa item2 yang nak bawak balik kg, termasukla jugak sedikit explanation tentang urusan2 packing mempacking. Kalau dari Malaysia nak ke Jepun dulu company arrangekan dengan "Yamato Transport" (kucing itam), tapi kali ni bukan guna transporter yang sama rupanyer tukar dengan "Nippon Express".. Nampak tak melambak kotak yang disediakan oleh mr.nippon express ni...
Melalak jap...ngape tu???????
Jadi semalam dah buat perjanjian, pada 09 Mac diorang akan datang lagi untuk angkut barang2 yang nak naik kapal laut ajer....dan pada 17 Mac pulak barang2 yang nak naik kapal terbang..huhu times is flying now!!!!










Toyama Time
Ipoh Time













