-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-01-07

Makan-makan awal tahun

Dah duk negara Jepun ni ikut jela adat budaya diorang ni...dulu makan-makan hujung tahun, ni ade pulak makan-makan awal tahun..dalam bahasa jepun nyer (shinnenkai), yang makan hujung tahun tu dalam bahasa jepunnyer (bonenkai).
Party shinnekai ni buat kat rumah Yoko san pada hari Ahad lepas (03hb Jan), katanyer asben dia yang beria-ria nak buat makan-makan ni jadi dijemputnyer 2 famili ni..tak asing dan tidak bukan lagi......"Nazar famili and Nakaichi famili", hehe...

Macam-macam makanan ada malam tu. salah satunyer adalah sushi!! yang ni Sachiyo san sponsor beli kat kedai "kura sushi".

Rajin rupanyer asben Yoko ni..patutla bila kami sampai tak nampak batang hidung rupanyer duk kat dapur tengah ngesahkan ebi/ika tempura (udang/sotong salut tempura)

Ni lagi satu menunyer...takoyaki..boleh dikatakan makan tak berenti2 malam tu..lepas satu...satu...satu...
Jangan terkejut yer ade pulak glob besar tu sekali kat atas meja tu...kisahnyer tuan rumah sibuk nak cari negara Malaysia...hehe

Asben and wife tengah membalik2kan takoyaki...berminat rupanyer asben Yoko bab2 masak ni!!..dia yang banyak ofer diri nak balik2kan tako tu!!

Kek coklat tu buat dari rumah, takkan datang bawak perut jek...buatkan kek coklat tu dengan daging masak merah...nasi semua Yoko yang prepare. Tak sangka suka rupanyer tekak2 jepun ni dengan daging masak merah tu...tima kasih...

Tuan rumah menyediakan ebi/ika tempura (udang dan sotong tempura), sashimi, miso sup (ikan taro) dan ade macam jeruk2 sayur tu..sedap jugak...tak tau apa pulak namanyer...

Anak2 Yoko san, Keta dan Shoya...
Terima kasih pada Tanaka family yang arrange makan-makan ni, next year tak dapat join macam ni lagi..huhu....

Sale..sale..sale..dah bermula!!

Menjelang je awal tahun rata2 supermarket ade buat sale besar-besaran. Kekadang tu dah terlampau banyak sangat salenyer sampai tak reti apa yang nak dibeli, mata pun naik juling tengok sana sini buat sale!!.

31hb lepas sebelum melangkah ke tahun baru, sempat cuci mata di A-Eon aka Jusco ni. Selain nak tengok jualan sale tu sebenarnye ada tujuan lain yang menyebabkan kami sampai kesini. Jauh jugak dari rumah kira2 45min perjalanan..Masa ni pun salji tengah lebat, nampak kat parking kete tu putih je...


Disini bila masuk je awal tahun setiap supermarket pasti buat jualan longgok2.
Sebagai contoh dalam satu beg disediakan 4-5 helai baju2/seluar2 mengikut saiz2 tertentu . Semua paten dan jenis2 baju/seluar kita tidak ketahui..(tapi ade jugak yang dah diberitahu mengikut brand2 tertentu..) macam mana rupa coraknyer..kalernyer... Diorang letak la dalam satu beg tu dengan rege yang murah sangat2!!

Last year masa takde pengalaman bende2 macam ni tertanyer2 jugak apa ke bendenyer style diorang berniaga ni!!..rupanyer jualan untuk awal tahun baru je. Bukan hanyer pada baju2 yang diaorang jual longgok2, ade jugak barang2 lain yang dijual dalam bentuk macam ni, contoh kasut2..handbeg2..kosmetik2 yang berjenama..ade jugak barang2 eletrik..Tapi rasa macam tak berapa minat pulak kalau nak membeli tak dapat tengok isi dalamnyer kan?? Rasa tak puas hati walau pun nilainyer murah dari yang biasa. Kena pada yang tak berkenan dihati kan dah rasa tak best..

Posing jap ambik gambar kat dalam Jusco ni..


Yeahhh... ni lah tujuan asal sampai kesini sebab nak tebus voucher ni. Ni hasil dari buat kaizen (improvement) kat tempat keje ayahnyer..dapat pun tak la banyak...tapi syukur alhamdulillah dapat la beli periuk cantik ni 2 bijik!! Tankiuu ayah belikan periuk ni untuk ibu!!..

2010-01-05

Posto..posto..nengajo dah sampai!!

Seperti yang telah diceritakan dalam entry lepas tentang "Kad Tahun Baru" (nengajo), kebiasaan setiap tahun pada 1hb Jan, kad2 tahun baru ini akan diedarkan oleh posmen2 kesetiap rumah2 (ikut pada alamat yang perlu dihantar la..). Jadi tahun ni keluarga kami tak jugak ketinggalan menerima kad2 tahun baru dari kawan2 (especially dari kawan tempat keje ayah dan jugak dari sensei2 sekolah Mifzal ngan Ikmal).

Kebetulan tahun ni (1hb Jan) hari yang posmen ditugaskan untuk mengedar kad2 tahun baru ni, salji turun agak lebat di sekitar Toyama, tengok dalam siaran TV pagi2 tu semua posmen2 bersiap sedia untuk melaksanakan tugas mereka walaupun dalam keadaan bersalji, kesian dengan pakcik2 posmen tu meredah salji2 yang tengah lebat ketika itu!!..Tugas tetap tugas..bukan halangan pada diorang..

Tahun ni agak banyak kad yang diterima berbanding dengan tahun lepas...sesetengah poskad tu dimasukkan sekali dengan gambar2 famili. Jadi secara tak langsung kita tau perkembangan sesuatu keluarga. Dari gambar kawennyer..kemudian ke anak satu, ke anak dua seterusnyer anak masuk tadika..masuk sekolah rendah dan berterusan dari situ..

Dah balik Malaysia nanti harap2 masih boleh dapat kekalkan amalan ni, secara tak langsung dapat tau jugak perkembangan ahli2 keluarga masing2 (tu yang kalau ade attachkan sekali gambar famili la...) dan yang pentingnyer hubungan persahabatan dapat dikekalkan..

2010-01-04

Anak2 Malaya : Back to school..

Pejam celik..pejam celik..hari ni 04hb Jan bermulalah kembali alam persekolahan di Malaya. Kejap ni sempat singgah rumah kawan2, rata2 menceritakan kisah bermulanyer alam persekolah.. bagi kaum2 ibu rutin harian kembali normal la yer!!..pagi2 sibuk mengesahkan hal anak2...bagi yang bekerja agak kelam kabut la jugak mana nak ngesahkan diri sendiri nak bersiap ke pejabat lagi..tapi yang suri rumah tu tak la parah sangat...jadi drebar la pagi2, kemudian boleh balik uruskan hal2 rumah pulak..

Kiranyer hari ni kalau Ikmal berada disana dia pun akan masuk tahun satu!!. Dan abangnyer akan berada di tahun tiga..tapi berbeza dengan sini, tahun baru persekolahan hanyer bermula pada awal bulan April. Itula kalender tahun baru bagi negara Jepun. Maksudnyer disini Mifzal yang sepatunyer dalam tahun tiga disana, tapi disini masih di tahun dua sehingga hujung Mac. Cuma Ikmal je yang untung sikit sebab 2 kali tahun satu. Disini dia tahun satu bila balik Malaya nanti pun dia akan masuk tahun satu jugak, sebab sapa2 yang lahir antara Jan hingga Apr (sebelum tahun baru Jepun) consider umur dah 7 tahun walhal kalau ikut tahun kelahiran sepatutnyer baru umur 6 tahun!

Gambar Ikmal masa masuk tahun satu pada 7 April 2009. Pengalaman di sekolah sini...hari pertama nangis sikit sebab takut tak reti nak cakap jepun...kesian kecik2 dah terpaksa merantau dan bersekolah disini.

Anak2 di Malaya dah start sekolah hari ni tapi disini masih lagi bercuti, (fuyu yasumi) iaitu cuti musim sejuk. Mifzal ngan Ikmal seronok main salji je kojenyer memang tak makan saman!!..

Kepada anak2 diluar sana yang baru masuk tahun satu atau pra sekolah...selamat menempuh alam persekolahan yang baru...jangan nangis2 yer...hehe



Orang memberi kita merasa...(Part 6)

Buah tangan dari kawan2 yang study nihongo tu..tima kasih banyak2..kuih mochi made in Kyoto dan satu lagi tu tak tau apa pulak nama kuihnyer..tapi yang pasti kuih tu memang tersangat popular di Kyoto.

Mochi yang sangat popular di sini, dibuat dari beras pulut jepun, ditumbuk sehingga lembut dan likat kemudian dibentuk menjadi bulat. Dalamnyer berintikan kacang merah. Memang peberet kami sekeluarga!!

Inilah yang dimaksudkan tu..rasa macam adik beradik kuih mochi jugak...macam berasaskan tepung pulut jepun sebab likat2 tu...tapi nama kuih ni wallah hualam..ade sapa2 yang tau ke??? Yang pastinyer kuih ni tersangat popular di Kyoto!!

Yang ni pulak buah tangan dari Sachiyo san sefamili, dia baru balik bercuti dari Osaka. Buah tangan dari sana la ni....sedap rasa macam kuih sepit tu!!..Arigatou gozaimasu....

Dan yang lebih terharunyer masa Arata kun hantar omiyage (buah tangan) ke rumah ni ada sekali disertanyer dengan lukisan bendera Malaysia yang dibuatnyer!! Pandai dan bijak budak tu!!...memang terharu sangat2 dengan famili diorang ni sebab diorang berminat untuk belajar bahasa kita...belajar dengan sendiri tu yang membuatkan rasa terharu sangat2...siap beli buku bahasa malaysia lagi..

2010-01-02

Bye-Bye Toyama....

Selamat tinggal Toyama...bye2...kita jumpa lagi tahun 2012 di Malaysia!!..itulah kata2 dari kenkawan berempat tu yang datang bercuti ke sini. Merasala diorang tidur rumah kami 3 malam..memang terasa seronok sangat kalau ada kenalan2 dari Malaysia yang datang kerumah, anak2 pun jadi seronok kalau ada tetamu..nak pulak ada yang melayan main lagi suka la budak dua beradik tu!!.
Diorang naik bas pukul 9.30mlm dan sampai Kyoto pada pagi 31hb. Perjalanan dengan bas lebih kurang 6~7 jam..

Bergambar dalam rumah sebelum nak berangkat ke stesen bas.

Sarat beg Azrul dengan baju2 yang dishoppingnyer...beg bagasi tu memang bawak kosong dari Kyoto sebab semata2 nak borong kain baju disini....tu pun ade yang tak lepas nak borong sebab katanyer susah nak bawak!!..Tak termasuk lagi beg sandang..beg pegang lagi...hehe

Ho borong sikit2 je..orang single mingle ni tak susah, yang dah kawen beranak pinak ni yang parah sikit nak ngesahnyer...hidup negara 4 musim ni macam ni la..kalau kat Malaya tak yah susah2 nak ngesahkan kain baju kan?? Satu musim je.....

Sendat2 semua beg!! nasib semua barang2 shoping lepas sumbat dalam beg tu.

Selamat semuanyer......

Ada selingan sekejap....
Ni jalan2 sekitar bandar Toyama pada petang 29hb...jumpa pulak kete2 idaman jejaka2 Malaya ni..sempat bergambar diluar..
Dapat bergambar pun jadila...hehe

2010-01-01

Tateyama Skijo

Pada Isnin lepas (28/12) kami ke Raicho Valley, Tateyama. Bawak kenkawan berempat tu merasa main ski di sana. Segala peralatan main semua Yoko san yang bagi pinjam. Tak tau macam mana nak balas jasa baik dorang tu!!..terlalu ambik berat dan jenis tak berkira. Padahal boleh aje kalau nak sewa peralatan2 tu tapi dah dia nak bagi pinjam terima kasih aje le...

Pemandangan di skijo (tempat main ski), pada hari tu orang kurang sangat jadi takdela nampak crowded sangat.

Kalau dah terror main ski atau snowboard bolehla naik ke atas tu guna lift ni..seorang caj ¥2500 (rm93++) boleh le turun naik..turun naik hingga 10 kali, untuk sehari suntuk pun ade caj ¥3000 (¥2000 kalau untuk student), kalau tak pandai jangan la memandai2 nak cuba naik..alamatnyer 2 jam sekali baru turun kot sebab taakutttt!!!..pengalaman orang la..yang nangis takut turun pun ade...hehe..walau apa cara pun kalau dah naik tu memang terpaksa turunla..takde pilihan!!..

Ini dia hero-hero ibu, tahun ni kira dah hebat la sikit ayah ngan Mifzal main..kalau nak banding ngan tahun lepas jatuh je kojenyer....terima kasihla pada Tanaka famili yang berusaha untuk mengajar anak2 dan ayah bermain ski..

Ade gaya macam seorang pro tak???..hehe..memang tak sangka Mifzal dah boleh main sendiri2...ikutkan last year ade le 3 kali datang main kesini...dah confident rupanyer mamat ni!!..

Ngebat ayah hari tu dah pandai naik atas sorang2..kena main puas2 nanti tahun depan dah tak merasa dah....hehe


Ikmal masih fail la main ski...hehe..yang dia terror main sori je la..sepatutnyer sori ni main dengan cara duduk tapi dia tukar cara sendiri..nak tau apa caranyer???? Dia main dengan cara berdiri macam ala2 main snowboard!!..hebat ke tak hebat tu??

Tengokla bapak2 budak dan bukan budak naik sori..nasib tak patah sebab berat yang melampau...hikhik...jangan marah ye kawan!!..

Rela dalam paksa..hikhik..semuanyer tak nak mencuba main ski ni..jenuh kena paksa dengan ayah..paksa punyer paksa akhirnyer diorang main jugak!!..dorang tak berapa berani..takut jatuh..hehe...
Memang la sapa2 pun kalau takde pengalaman akan merasa gayat...tapi rugila kalau dah sampai tak cuba kan?? Bila dah cuba kan ok je tu..hehe.. Sebab di tempat diorang tu takde yuki so inilah masanyer nak merasa!!!

Ni pulak mak budak teringin nak join sekali main sori!!..nak main ski tu memang teringin tapi takut jatuh je kojenyer macam tahun lepas..huhu...tengokla next2 kalau datang lagi mungkin kugagahi diri ini untuk main..hehe

Ni pulak grup student2 sini..memang hebat diorang semua tu main snowboard!! datang sini dengan dorang pun..sebab terpaksa guna khidmat Faiz jadi drebar satu hari untuk bawak kawan2 tu..almaklumlah kerete kecik!!!...

Mengabadikan kenangan bergambar disini...ade orang tu bawak kamera canggih bolehla nak melaram gambar cantik2. Thank you to Ho and Vignes..banyak gambar2 guna kamera dorang..

Tertunai jugak hajat nak bawak dorang datang sini..kenangan yang tak boleh dilupakan..mesti warga2 MME jeles tengok kan...hehe...

Panggil adik2 student tu bergambar sekali..ade lagi yang takde dalam gambar ni..diorang masih sibuk bermain snowboard lagi..

Posing dari anak2 terunaku..main puas2 nanti tahun depan dah tak merasa main dah...

Yeahhh...yuki daruma (snowman) hasil kerja dari kenkawan berempat tu!!..Ho,Azrul,Eric ngan Vignes..

Hari tu memang enjoy!!!...ingat ye kawan2 kita berjumpa ditahun 2012 nanti di MME!!