Ini adalah aktiviti sebelum makan sushi semalam, tak tau nak bawak kawan2 tu ke mana malam tu, so saje2 je jalan tengok light up di Canal Park berdekatan dengan Toyama Station.
CORETAN HARI INI AKAN MENJADI KENANGAN UNTUK HARI ESOK.... Pengalaman hidup dinegara matahari terbit, dan kini........kembali ke tanah air..
Ini adalah aktiviti sebelum makan sushi semalam, tak tau nak bawak kawan2 tu ke mana malam tu, so saje2 je jalan tengok light up di Canal Park berdekatan dengan Toyama Station.
Malam semalam bawak 4 sekawan tu pekena dengan Toyama punyer sushi. Bagi Ho dengan Eric memang takde masalah dengan makanan Jepun ni cuma nak bagi Azrul dengan Vignes cuba sebab dorang berdua ni masih belum dapat nak menikmati betul2 yang sesungguhnyer sushi ni memang sodap!!.Dorang takut tekak tak boleh terima, so malam tu kita kasi ajar sikit mamat berdua tu makan Toyama punyer sushi! Dengan rasa tak percaya rupanyer tekak mamat berdua tu boleh terima makanan ni!!...hehehe...katanyer sedapppp!!..Tula belum cuba belum tau..bila dah cuba kan sedap! Rugila kalau duduk Jepun tak pandai makan sushi betul tak? Dan sesungguhnyer sushi disini memang sedap.

Kalau tak caya tengok muncung mamat kecik ni..kan panjang je muncung tu!! Itu tandanyer sedap bebenor la tu!!. Takyah susah2 makan dengan chopstik belasah dengan tangan je...ishhh..isshhh..
Hari ni kawan2 satu tempat kerja dari Murata Malaysia datang kerumah. Bukanlah datang dari Malaysia semata2 nak berkunjung kesini tapi diorang ni sedang belajar nihongo (bahasa jepun) di Kyoto. Sampai di Toyama pagi tadi pukul 7.00am naik bas. Datang ke Jepun atas programme yang sama macam kami jugak. Hari Jumaat adalah hari last kerja/sekolah, sekarang disini tengah cuti (fuyu yasumi) iaitu cuti musim sejuk lebih kurang 2 minggu. Jadi empat sekawan ni datang bercuti ke Toyama hingga 30hb ni..tujuan utama nak merasa main ski!! dan tujuan kedua nak memborong baju2 sejuk disini..hehe...
Hari ni bawak dorang bershoping2 kat area2 Toyama dan memang dorang terkejut dengan harga2 yang dijual disini katanyer memang jauh berbeza dengan Kyoto!!..
Azrul siap borong sakan lagi baju2 sejuk untuk wife dengan anak2 dia yang akan turun ke Jepun bulan April depan..katanyer memang tak pernah jumpa harga semurah macam yang dijual disini.. Bergambar sebelum nak makan tengahari...nama je makan tengahari tapi start makan hampir pukul 4 petang..sakan pergi bershoping!!..ibu ngan anak2 tak pergi.. tinggal kat rumah je sebab tak muat kete...huhu..
Bersama didalam gambar : Azrul, Ho, Vignes dan Eric. Bulan April nanti masing2 akan start bekerja. Azrul di Yasu, Ho di Yokaichi , Vignes dan Eric di Tome.
Azrul je yang bawak wife ngan anak2 bulan April nanti, yang lain2 tu single mingle lagi.....
Start dari hari Selasa lepas cuaca dah bertambah cerah..dah nampak matahari hingga ke hari ini. Tengok atap2 rumah jiran dan kat tepi2 jalan dah banyak salji yang cair dan laluan untuk penunggang2 basikal dan penjalan kaki dah kembali clear!..huhhh..betapa pentingnyer laluan tu..mana taknyer hari2 nak ke kedai kena ngayuh basikal kalau idak jenuh le teman nak jalan kaki ke supermarket tu!! Idak ke jenuh nak bawak barang2 kalau jalan kaki!..Dan yang penting anak2 nak kesekolah pun tak susah...
Saje nak share gambar2 kat bawah ni masa hari ke3 yuki turun iaitu pada Sabtu lepas (19 Dec) Masa ni memang tengah lebat sangat2..Aktiviti bawah rumah je ni..kat paking kerete. Inilah yang dikatakan budak2...tersangat suka main salji especially si adik. Memang tak makan saman.
Semalam masa tengok resepi homemade chocolate ni rasa macam teringin nak cuba. Nak pulak tengok bahan2 tak susah sangat. Intai dari rumah K.Hanieliza (chef terkenal kita tu..) Kat dalam rumah ni start dari bapak sampai ke anak memang peminat chocolate!!..

Akhir Disember dan awal January adalah waktu paling sibuk untuk pejabat pos Jepun. Orang Jepun mempunyai kebiasaan menghantar kad "Hari Tahun Baru" (nengajo) untuk kawan2 dan kaum famili. Walaupun sudah dipos pertengahan Disember tetapi posmen hanyer menghantar serentak pada tarikh 1hb January sahaja.
Inilah projek ibu dan ayah semalam...ambik peluang sebab semalam adalah hari cuti. Tak tau apa pulak nama cuti tu!!...sebetulnyer semalam adalah hari kerja tapi kebetulan ibu sakit tekak konon nak bawak pegi klinik tak perasan pulak cuti jadi klinik semua tutup!!...jadi ibu plan ajak buat poskad untuk dihantar kepada kawan2 sepejabat ayah dan kawan2 yang lain..sehari suntuk ngesahkan benda ni!! mula2 beli poskad rupanyer bukan khas untuk yang print gambar jadi bila print langsung tak cantik blurrr!! Nasib kedai kombini tu bagi tukar..lega sangat2!!
Last year kami ada terima banyak poskad tapi satu pun kami tak balas!!...semua berpunca dari sikap suka tangguh menangguh..at last langsung tak berbalas.
Pada adatnyer setiap kad yang diterima sepatutnyer perlu dibalas dengan maksud menghargai pemberian dari orang yang menghantar poskad tu.
Inilah hasil deco mendeco poskad semalam..buat biase2 je taknak nampak crowded dengan corak2 lain sebab orang2 jepun bukan suka yang colourful2 sangat.
Terjemahan kad : Tajuk title ( Happy New Year)
Dibawah title tu ( Saya mengharapkan semoga tahun baru adalah tahun
yang terbaik untuk kita semua.
Pagi Jumaat yang lepas ayah ke Nagano atas urusan kerja dia. Pergi bersama dengan 3 orang staff nihonjin (org jepun). Seawal 6.30pg dah bertolak dari rumah sebab takut sangkut kat jalan raya disebabkan salji yang turun tanpa henti bermula dari hari Khamis lepas. Parking kete kat tempat keje kemudian naik kete syarikat bersama dengan staff nihonjin tu. Perjalanan nak menuju ke Nagano. Dari Toyama mengambil masa lebih kurang 3 1/2 jam perjalanan...fuhhhh jauh jugak tu ye...dalam keadaan sejuk macam ni mesti asyik nak berenti cari toilet je ye...macam kat Malaysia bolehle nak cari petrol pump Petronas ke..Shell ke.. kalau kat sini kene le cari kombini store...hehe, kalau petrol pump tu tujuan nak isi minyak je le....
Tujuan ke Nagano adalah ditugaskan buat audit dan buat presentation kepada supplier untuk improvekan metal cap. (salah satu part untuk membuat chips resonator). Dengar citernyer hampir 6 bulan ayah buat analisis dan experiment untuk menukarkan design part tersebut. Setelah 6 bulan buat kajian barulah dapat membuktikan bahawa design part tersebut perlu ditukar untuk improvekan kualiti produk. OK dah sampai destinasinyer...takde le pulak teruk saljinyer yer..kalau kat Toyama jangan kenanglah tebalnyer!!