-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-07-01

Aktiviti Kemasyarakatan

Ini adalah salah satu program aktiviti kemasyarakatan anjuran tempat ibu dan ayah bekerja. Program gotong royong membersihkan kawasan ini telah berlangsung pada hari Sabtu lepas bertarikh 26hb Jun, bertempat di Taman Tasek Idaman Batu Gajah. Program ini juga adalah anjuran bersama dengan persatuan penduduk di taman itu.

Bertungkus lumus ayah dan staff2 yang lain cuba nak buang sampah sarap yang teramatlah busuknya dalam longkang besar. Jangan tak tau yang turun bersama2 dalam gambar diatas tu adalah staff rakyat2 jepun. Termasuk big boss. Malu tak rasanya kita sebagai orang Malaya????
MACAM-MACAM ADA....ishhhh apa la nak jadi rakyat kita ni. Selamba jer sampah sarap penuh dalam longkang besar tu, bila tersekat/tersangkut macam2 bau kurang menyenangkan yang datang!!!

Dan ada satu dialog yang keluar dari mulut Ikmal " Ibu..ibu..ngape orang buang sampah dalam longkang???"...Sapa nak tolong jawab tu???? Pada hari tu mintak seorang staff dalam tu tolong jawabkan soalan Ikmal...dia berbangsa cina..Sampai dia pun tak dapat nak bagi jawapan yang baik..hehe...
Dan bila ayah bertanya pada salah seorang staff jepun dalam tu, "rasa malu bila tengok negara sana dan negara sini...jawabnyer dengan ayat yang penuh sopan..." Jangan bandingkan dengan Jepun yang jauh tu...cuba bandingkan dengan negara yang dekat iaitu Singapore"....ishhh..ishhh..terkedu seketika!!! Dalam tak maksudnyer tu..


Pada hari tu juga diadakan pemeriksaan kesihatan percuma dengan kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Batu Gajah.
Pemeriksaan tekanan darah dan aras glukosa dalam darah.
Peluang yang sangat baik untuk ibu dan ayah membuat pemeriksaan. Yessss....ibu mendapat pujian dari nurse sebab tekanan darah,aras glukosa dlm darah dan tinggi+berat adalah unggul!!!. Alhamdulillah..sihat.
Ayah pulak disarankan untuk menurunkan lagi beratnya...huhu..kena turun lagi 5kg!! Tekanan dan aras glukosa cantikkk...alhamdulillah..


Selain itu diadakan juga pertandingan mewarnan bagi anak2 yang berumur bawah 7 tahun. Meriahlah dalam dewan tu dengan bakat2 mewarna anak masing2. Ikmak tak nak join...

Bergambar dengan kawan2 yang bersama2 turun pada hari itu. Kami sefamili balik awal sikit sebab ade plan lain pada hari itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan