Di Malaya sepanjang masa adalah summer, pada kawasan2 tertentu memang tak tertahan kalau kena hari2 panas terik, hujan tak turun2 kan.. Nak pulak kalau kena time bulan puasa..memang dugaan yang teramat sangat. Matahari terik, tekak jadi perit!! Itulah lumrahnyer... walau panas ke...hujan ke...kita tetap kena bersyukur kerana itu adalah kerja yang Esa tak baik kita merungut2....yang penting negara kita bebas dari segala bencana alam yang teruk seperti disesebuah negara yang lain..Syukur alhamdulillah..
Pada dan ketika ini dinegara empat musim adalah musim panas. Mungkin sama panas seperti yang kita rasa di Malaya ni....temperature area 30 darjah..
Pengalaman masa tinggal di Jepun dulu, kata orang2 sana mereka lebih menyukai musim ini kerana banyak aktiviti luar dapat dilakukan berbanding dengan musim sejuk!
Memang banyak aktiviti atau festival yang dilakukan pada musim panas ni. Kalau dulu macam2 festival kami sefamili ikut. Lepas dah habis musim panas terus aktiviti / festival berkurangan.
Jom nak imbas kembali di satu waktu dulu ketika dimusim summer di negara matahari terbit.
Aktiviti bermain bunga api! Banyak bunga2 api dijual pada musim ini. Masih ingat lagi buat pertama kalinyer ibu memakai yukata pergi tengok hanabi! (bunga api).
Sukaneka kawasan tempat tinggal kami. Sangat best dan seronok sukaneka ni! Dapat bermesra2 dengan jiran tetangga.
Semua jadi kenangan!!.
0 ulasan:
Catat Ulasan