-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-07-11

Moh bersukan...

Pengalaman hidup dirumah kedua kami dulu iaitu di nihon, telah mengajar kami erti betapa perlunya beriadah demi menjaga kesihatan dan menikmati kehidupan yang cergas dan cerdas. Ikutkan tak pernahnyer dulu kami betul2 ambik kisah benda2 macam ni tapi keseronokan yang pernah kami lalui masa lampau di negara matahari terbit tu yang membuatkan rasa nak paksa diri jugak untuk bersukan at least seminggu sekali. Apa lagi kalau bukan main badminton!!! Dah jadi gian nak main!! Dah hampir sebulan turun bermain, setiap hari Jumaat lebih kurang pukul 8pm sampai 10pm. Sengaja pakat dengan kawan yang arrange tu untuk pilih hari last sekolah/kerja supaya anak2 pun dapat turut serta. Kalau hari2 yang lain tu confirm memang tak dapat ikut sekali!!


Double player lawan triple player!! Si kecik ibu terselit sekali dalam grup ni, tak cukup geng main belasah masuk sekali..hehe

Ayah dan partnernya yang bersama2 ke nihon baru2 ni.. Jumaat ni tak cukupla ahli2 yang turun bermain!!



Dalam keletihan..dengan dewan badminton yang hangat pijor ibarat seperti duduk dalam bilik sauna!!


Pemain2 cilik..adakah akan menjadi pemain harapan Malaysia satu hari nanti???? Haha...

0 ulasan:

Catat Ulasan