-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-06-02

Reunion...

Memang sangat bermakna wedding anniversary tahun ni. Tarikh special tu telah menemukan ibu dengan kenkawan2 yang sama2 satu kepala masa zaman sekolah dulu. Perjumpaan yang dirancang baik punya oleh kawan baikku iaitu Zulita. Berlangsung dirumah maknya di Siputeh. Sangat meriah dan gamat dengan jerit pekik mak2 budak ni memarahi anak masing2..hehe.... Korang masih seperti dulu.....gaya nak masuk era 40an macam tak nampak jer.....haha....

Kebetulan kene dengan Wesak Day, jadinya masing2 dapat cuti melainkan diri ini yang memang kene kerja!! Pada 28hb tu terpaksalah mintak belas ehsan boss nak masuk shift pagi, dapat awal sikit jumpa dengan kawan2...alhamdulillah reason baik punya kasi kat boss dapatlah balik cepat!!


Walaupun tak lengkap forum ni tapi cukup bermakna sangat2 sebab dapat berjumpa dengan korang!! Next time gather kat rumah kami pulak..Aton join sama yer.. paling best sebenarnya kalau dapat bergambar dengan anak2 sekali...emmmmm....anak dah besar panjang macam tu jenuh la kene jerit pekik nak suruh bergambar..lain la kalau macam dulu kecik2 tengah beriba lagi, senang sikit kalau nak diajak bergambar sekali.hehe...
Dari kiri : Zulita, Ida, Norzi, me dan Yanti


Purposely kosongkan tanki perut dari tempat kerja sebab nak makan masakan special yang Zulita masak. Sedap la kawan....nasib ade Norzi yang datang lambat, dapatlah jugak jadi peneman makan sama2...hehe


Keletah dan gaya anak2...rasa tak caya pulak dah besar panjang..especially Nasuha. dah nak sama paras tinggi dengan auntie Nor...hehe...


Korang adalah sahabatku dunia akhirat. Walau dimana berada korang tetap dihati!!.


0 ulasan:

Catat Ulasan