Pejam celik pejam celik rupanya dah masuk setahun umur blog ibu ni..begitu cepat waktu berlalu. Pada mulanya memang tak terlintas nak menulis ni tapi disebabkan en suami yang beria2 sangat nak kan ibu menulis tentang kehidupan hidup berkeluarga di negara matahari terbit tu jadi lahir jugaklah "NorNazar Family's".. dan jugak keprihatinan en suami yang tak nak kan ibu boring duk kat rumah sorang2 masa kat jepun dulu....hehe...
Masa mula2 create blog ni sajer krodi2 kawan2 lain punya..memang tak nafikan hampir 3 bulan lamanya belajar sendiri2 (memang benak sungguh..) barulah terlahirnya NorNazar Family's iaitu pada 04hb June 2009..
Pikir2 balik bagus jugak ada blog cenggini sekurang2nya bila anak2 dah besar boleh imbas balik kisah2 hidup kami sekeluarga, dan jugak melalui alam cyber ni dapat menambah kenalan kawan2 baru walaupun tak pernah bersua muka tapi rasa macam mesra sesangat..
Seperkara lagi yang baiknya blog ni adalah kisah anak2. Yerla kawan2 masa zaman2 sekolah dulu yang dah duk merantau luar dari Perak ni bolehlah jugak dapat tau kisah2 budak2 ni. Ada betul????
Banyak ilmu yang boleh dikongsi bersama...ilmu masak2....ilmu didik anak2...ilmu menjadikan rumahtangga bahagia....ilmu deco2...boleh katakan macam-macam perkara baik yang boleh dikongsi bersama melalui alam cyber ni.....itu yang bagusnya!!
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan