Ulangtahun perkahwinan tahun ni takde yang special untuk diraikan, cuma satu jer yang terasa teringin.....teringin nak makan-makan kat Restoran Pakeeza yang terletak di pekan Ipoh nun.. Masakan ala2 India+Pakistan. Kira dianggap salah satu restoran yang agak terkenal la disini. Jadinya malam 28hb lepas kami empat beranak pun plan la kesitu....suka..suka..
Inilah dia Pakeeza Restaurant & Catering. Menyediakan perkhidmatan catering jugak..Terima kasih abang sebab usaha balik keje awal Jumaat lepas...ibu hargai sangat!!
Tapi frust yang teramat sangat!!!!!!!! Sebabnya makanan yang kami makan tu oleh dikatakan semuanya MASIN!!!! Agaknya lori garam tumpah kot... Mutton Masala, Kebab Fish, Prawn masak apa dah lupa daaa........dan beberapa menu lain...huwaaaaa tak dapat nak menikmati betul2 kesedapan pada hari tu.
Cuba jugak telan walau frust yang teramat sangat! Dah itu rezekinya malam tu..apa nak kata betui tak??. Syukur alhamdulillah..
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan