-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-05-30

Happy 11th Wedding Anniversary

Semalam tanggal 28hb May 2010 genaplah sudah umur perkahwinan kami yang ke 11 tahun. Tak terasa, dah 11 tahun rupanya usia pernikahan kami ... alhamdulillah ... moga hidup kami sejahtera, harmoni, berjaya di dunia + akhirat ... dimurahkan rezeki yg baik + halal. Syukur alhamdulillah dalam usia ini dah rasa manis, pahit, payau, pedas, masam, masin dan sebagainya. Bagi ibu, itulah rempah ratus perkahwinan. Dan juga kehadiran dua orang hero2 ibu menjadi pelengkap dalam rumahtangga kami. Moga ada diberi rezeki olehNYA untuk menambah zuriat lagi..Ameen..

Macam tak percaya langsung. Aik? Sudah 11 tahun? Apasal rasa macam baru 10 minit nikah? HAHA.

Aku terima nikahnya.
Okay SAH.
Bagi mas kawin.
Sarung gelang. ( hari tu dpt gelang..)
Kucup dahi.
Yeay, kahwin!

Sungguh cepat masa berlalu.


Terima kasih abang kerna hingga ke hari ini masih menyayangi diri ini. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat...

0 ulasan:

Catat Ulasan