Hari ni cukup seminggu bermulanyer tahun baru persekolahan bagi anak2 kita semua. Dan bermula kembalilah rutin harian ibu sebagai "ibu bekerja". Bagi anak2 ibu, tahun ni masih lagi dalam dua sessi. Sorang sekolah pagi...sorang lagi sekolah petang. Emmm..macam tak bestkan, rasa macam susah nak arrange masa dua beradik ni, terpaksalah sorang tuisyen petang....dan sorang lagi tuisyen pagi....kalau dua2 pergi sama2 senang sangat2...bila malam barulah dapat pegi ngaji sama2... Ini suasana hari pertama persekolahan di dewan sekolah. Paginyer hanya ayah sorang jer yang hantar Mifzal. Ibu duk rumah sama2 ngan Ikmal sebab nak nyiapkan dia pulak untuk masuk sekolah pada tengaharinyer. Tidak ada masalah pada anak2 sebab pengalaman tahun lepas dah ada so senang nak arrange dua beradik ni. Sessi pagi dari tahun 3 hingga tahun 6, dan sessi petang pulak dari tahun 1 dan 2. Hari pertama persekolahan tu memang ibu dan ayah cuti, memang company tutup atas tujuan mak-mak dan bapak-bapak mengesahkan urusan sekolah.
Suasana waktu rehat sessi petang. Ramai mak bapak yang join sekali terutama pada anak2 mereka yang baru masuk alam persekolah tahun satu. Bila tengok suasana murid2 berebut2 membeli makanan rasa macam kesiannyer kat anak ibu. Takut kalau makanan yang dibeli tu terjatuh ke...maklumlah budak2..yang taunyer nak cepat!
Aduhh syahdunyer muka anak ibu tu!! Kalau kat Jepun dulu waktu rehat makan dalam kelas. Murid2 sendiri yang mengendalinyer. Siap pakai apron lagi anak2 jepun dulu. Ikut duty masing2.. pengalaman yang cukup berbeza dengan negara sendiri.... Di waktu ini ibu terasa rindu pulak dengan kehidupan disana...sebabnyer waktu ini adalah winter time!!!!...
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2011-01-07
Kembali ke sekolah
2010-12-30
Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011
Memori 2010....fuhhh kalau nak diceritakan kat sini mungkin tak cukup setakat 1 atau 2 entri . Biarlah semua memori lepas kita sematkan aje dalam ingatan dan hati kita untuk dijadikan panduan dalam mengecap impian dan kejayaan di masa hadapan.
' Azam ' adalah perkataan yang sinonim dengan tahun baru. Setiap kali menjelang tahun baru, semua pakat tanam azam masing2.Pada mereka yang azamnyer dah tercapai.....Congratulation!! Pada yang belum..masih ada peluang lagi...tutup buku lama dan bukak buku baru. Bagi ibu azam tetap sama macam tahun2 yang lepas jugak. Nak jadi yang terbaik dalam melayari bahtera perkahwinan. Nak jadi seorang ibu yang terbaik untuk anak2...insyAllah...
Semoga azam2 kalian semua berjaya dicapai dan disempurnakan. Teruskan usaha untuk berubah daripada yang buruk kepada yang baik. Buang semua penyakit2 hati...akhir kata Selamat Tahun Baru 2011 buat semua rakan2. Salam Tahun Baru. Happy blogging!

2010-12-27
Musim makan kenduri
Bila sebut jer bulan Dec atau hujung tahun, rata2 orang dah tau dah..musim ape tu?? salah satunyer emmm..musim hujan/tengkujuh...lepas tu apa lagi yer...nak nunggu bonuih..yihaaa!!! Ada memang pasti ada setiap tahun..cuma bezanyer sikit ngan banyak jer...hehe...emmmm lagi..lagi..musim ape yer?? Musim cuti sekolah dan waktu2 macam ni pasti ramai parents yang dah selesai urusan2 hal2 anak2 dengan baju barunyer..beg sekolahnyer..buku2... Apa lagi?? Emmm musim kawen semestinyer...boleh dikatakan dari mulanyer awal bulan sampai la ni ade jer undangan orang kawen! Baik sedara mara maupun kawan2...tima kasihlah pada yang menjemput dan mintak maap banyak2 kalau ada rumah yang tak sempat nak jenguk....Semoga ikatan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat..
Jomla layan gambar2 raja2 sehari ni. Ini antara rumah2 yang sempat kami tandang di bulan Dec ni..
2010-12-19
Bila budak kecik merempit...
Vroomm...vroomm...vroomm...istilah budak2 laki2 dengan motor memang sangat2 tepat!!..memang kata orang bila dah masuk alam remaja mesti menggatal nak bermotor. Kekadang budak2 umur 12 tahun pun dah pandai bawak motor kat kawasan2 perumahan..ada sesetengah tu dah pandai cuba2 nak bawak kat jalan2 raya..perasaan yang memberontak bila tengok kawan2 atau pun bila tengok adengan kat kaca tv tu mendorong keinginan nak mencuba. Akhirnya berlakulah kes2 merempit yang akhirnya membawa padah....ish..ish.. mintak simpangler yer pada anak2 kita semua...especially yang ada anak laki2 macam tuan rumah ni..hehe... Kalau kat Jepun dulu susahnyer nak nampak motor kat atas jalan raya..basikal banyakler...hehe.. tapi kat Malaysia ni terbalik...basikal tu biasenyer atau selalu yang gunakannyer adalah orang2 bangla, myanmar..vietnam...hehe.. tapi kalau motor tu memang berlambak kat jalan raya tu kan..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
2010-12-12
Jenjalan Penang
Alang2 dah sampai kat rumah makcik di Bukit Mertajam masa kenduri tunang anaknyer tu, keesokkan harinyer kami sefamili dan famili makcik ke Penang. Memang bukan plan asal pun nak kesana sebab masa yang suntuk dan hari seninnyer dah nak berkeje balik curi2 masa jer jalan ke Penang bawak budak2 ni. Kalau ambik cuti awal2 bolehlah langkah panjang lagi....tapi memang tak boleh pun ambik cuti hari senin tu sebabnyer ayah dah nak ke Shah Alam atas urusan keje pulak. Kesian ayah terpaksa memandu jauh lagi....
Lihatlah pemandangan yang sangat cantik dan tenang, suasana dilaut ketika kami diatas feri nak menuju ke Penang. Anak2 teruja dapat naik feri buat kali pertamanyer...macam2 soalan yang keluar dari mulut Ikmal. Tak terjawab nak menjawabnyer..
2010-12-05
Majlis Bertunang
Pejam celik..pejam celik dah nak masuk hujung tahun..kejap jer masa berlalu 2010 dah nak tinggalkan kita..begitulah jugak selangkah lagi menjangkaunyer umur masing2..
Perut semakin membesar..alhamdulillah dah nak masuk 24 minggu dah..baru2 ni checkup baby sihat dan dah nampak jantinanyer....sebetulnyer masa kandungan masuk 3 bulan dulu doktor kata dah nampak...jeng..jeng..jeng...nampaknyer ibu boleh tubuhkan grup KRU!!! Rezeki nampak ke boy jugak kali ni...tapi ibu tetap syukur sebab hajat yang utama ialah memang nak nambah ahli keluarga...tak kirala apa yang Allah bagi...syukur tetap syukur..
OKlah berbalik kita ke tajuk entry kali ni..20hb Nov lepas ibu dan famili ke Bukit Mertajam untuk meraikan sepupu sorang ni bertunang..nama tuan badan Farahidayu..
Dah lama sesangat tak kerumah makcik di Bukit Mertajam ni...sesekali pergi teringat zaman remaja2 dulu ade kesini dengan kawan baik ibu..si Zulita tu...Bersama dengan Ayu, selamat dah sarung cincin bertunang..khabarnyer dengan orang selatan nun...Johor.
2010-11-27
Party @ DKita Garden
Kawasan yang dikira paling dekat dan menepati selera sesiapa yang mencubanya...mana lagi kalau bukan salah sebuah restoran sekitar dekat dengan kawasan rumah ni...DKita Garden.
Meraikan salah seorang rakan yang akan terbang jauh nun......mana lagi kalau bukan di bumi sakura!! Makan2 sempena meraikan kawan yang akan meninggalkan bumi Malaysia untuk beberapa bulan sahaja.













Toyama Time
Ipoh Time













