-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-12-30

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011


Tahun 2010 dah hampir ke penghujungnyer, tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum tahun 2010 menutupkan tirainyer dan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit manis yang dah berlaku sepanjang tahun ni. Peredaran masa yang cukup pantas rasanya pada ibu. Rasa macam baru jer sambut kedatangan tahun 2010, pejam celik pejam celik dah pun sampai hujung tahun. Pejam celik pejam celik perut pun dah semakin membesar...hehe..

Memori 2010....fuhhh kalau nak diceritakan kat sini mungkin tak cukup setakat 1 atau 2 entri . Biarlah semua memori lepas kita sematkan aje dalam ingatan dan hati kita untuk dijadikan panduan dalam mengecap impian dan kejayaan di masa hadapan.



' Azam ' adalah perkataan yang sinonim dengan tahun baru. Setiap kali menjelang tahun baru, semua pakat tanam azam masing2.
Pada mereka yang azamnyer dah tercapai.....Congratulation!! Pada yang belum..masih ada peluang lagi...tutup buku lama dan bukak buku baru. Bagi ibu azam tetap sama macam tahun2 yang lepas jugak. Nak jadi yang terbaik dalam melayari bahtera perkahwinan. Nak jadi seorang ibu yang terbaik untuk anak2...insyAllah...

Semoga azam2 kalian semua berjaya dicapai dan disempurnakan. Teruskan usaha untuk berubah daripada yang buruk kepada yang baik. Buang semua penyakit2 hati...akhir kata Selamat Tahun Baru 2011 buat semua rakan2. Salam Tahun Baru. Happy blogging!



0 ulasan:

Catat Ulasan