-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-01-07

Kembali ke sekolah

Hari ni cukup seminggu bermulanyer tahun baru persekolahan bagi anak2 kita semua. Dan bermula kembalilah rutin harian ibu sebagai "ibu bekerja". Bagi anak2 ibu, tahun ni masih lagi dalam dua sessi. Sorang sekolah pagi...sorang lagi sekolah petang. Emmm..macam tak bestkan, rasa macam susah nak arrange masa dua beradik ni, terpaksalah sorang tuisyen petang....dan sorang lagi tuisyen pagi....kalau dua2 pergi sama2 senang sangat2...bila malam barulah dapat pegi ngaji sama2...

Ini suasana hari pertama persekolahan di dewan sekolah. Paginyer hanya ayah sorang jer yang hantar Mifzal. Ibu duk rumah sama2 ngan Ikmal sebab nak nyiapkan dia pulak untuk masuk sekolah pada tengaharinyer. Tidak ada masalah pada anak2 sebab pengalaman tahun lepas dah ada so senang nak arrange dua beradik ni. Sessi pagi dari tahun 3 hingga tahun 6, dan sessi petang pulak dari tahun 1 dan 2. Hari pertama persekolahan tu memang ibu dan ayah cuti, memang company tutup atas tujuan mak-mak dan bapak-bapak mengesahkan urusan sekolah.

Suasana waktu rehat sessi petang. Ramai mak bapak yang join sekali terutama pada anak2 mereka yang baru masuk alam persekolah tahun satu. Bila tengok suasana murid2 berebut2 membeli makanan rasa macam kesiannyer kat anak ibu. Takut kalau makanan yang dibeli tu terjatuh ke...maklumlah budak2..yang taunyer nak cepat!

Aduhh syahdunyer muka anak ibu tu!! Kalau kat Jepun dulu waktu rehat makan dalam kelas. Murid2 sendiri yang mengendalinyer. Siap pakai apron lagi anak2 jepun dulu. Ikut duty masing2.. pengalaman yang cukup berbeza dengan negara sendiri.... Di waktu ini ibu terasa rindu pulak dengan kehidupan disana...sebabnyer waktu ini adalah winter time!!!!...

0 ulasan:

Catat Ulasan