Ini adalah salah satu program aktiviti kemasyarakatan anjuran tempat ibu dan ayah bekerja. Program gotong royong membersihkan kawasan ini telah berlangsung pada hari Sabtu lepas bertarikh 26hb Jun, bertempat di Taman Tasek Idaman Batu Gajah. Program ini juga adalah anjuran bersama dengan persatuan penduduk di taman itu. Bertungkus lumus ayah dan staff2 yang lain cuba nak buang sampah sarap yang teramatlah busuknya dalam longkang besar. Jangan tak tau yang turun bersama2 dalam gambar diatas tu adalah staff rakyat2 jepun. Termasuk big boss. Malu tak rasanya kita sebagai orang Malaya????
MACAM-MACAM ADA....ishhhh apa la nak jadi rakyat kita ni. Selamba jer sampah sarap penuh dalam longkang besar tu, bila tersekat/tersangkut macam2 bau kurang menyenangkan yang datang!!!
Dan ada satu dialog yang keluar dari mulut Ikmal " Ibu..ibu..ngape orang buang sampah dalam longkang???"...Sapa nak tolong jawab tu???? Pada hari tu mintak seorang staff dalam tu tolong jawabkan soalan Ikmal...dia berbangsa cina..Sampai dia pun tak dapat nak bagi jawapan yang baik..hehe...
Dan bila ayah bertanya pada salah seorang staff jepun dalam tu, "rasa malu bila tengok negara sana dan negara sini...jawabnyer dengan ayat yang penuh sopan..." Jangan bandingkan dengan Jepun yang jauh tu...cuba bandingkan dengan negara yang dekat iaitu Singapore"....ishhh..ishhh..terkedu seketika!!! Dalam tak maksudnyer tu.. Pada hari tu juga diadakan pemeriksaan kesihatan percuma dengan kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Batu Gajah.
Pemeriksaan tekanan darah dan aras glukosa dalam darah. Peluang yang sangat baik untuk ibu dan ayah membuat pemeriksaan. Yessss....ibu mendapat pujian dari nurse sebab tekanan darah,aras glukosa dlm darah dan tinggi+berat adalah unggul!!!. Alhamdulillah..sihat.
Ayah pulak disarankan untuk menurunkan lagi beratnya...huhu..kena turun lagi 5kg!! Tekanan dan aras glukosa cantikkk...alhamdulillah.. Selain itu diadakan juga pertandingan mewarnan bagi anak2 yang berumur bawah 7 tahun. Meriahlah dalam dewan tu dengan bakat2 mewarna anak masing2. Ikmak tak nak join...
Bergambar dengan kawan2 yang bersama2 turun pada hari itu. Kami sefamili balik awal sikit sebab ade plan lain pada hari itu.
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2010-07-01
Aktiviti Kemasyarakatan
2010-06-25
Makan kenduri
Bila nama je cuti sekolah dah tentu adanya musim orang kawen...tak kiralah cuti panjang ke..cuti pendek ke.... mesti dapat merasa makan nasi minyak kenduri kawen...ada betul?? dan minggu ni persekolahan anak2 bermula kembali dan rutin harian ibu pun kembali normal seperti biasa.
Pada hari Sabtu lepas 12hb Jun, telah berlangsungnya majlis perkahwinan sepupu (side sebelah en suami) di Taman Meru Ipoh. Pasangan raja sehari NorFadzilah dan Nazri. Semoga ikatan dan bahtera yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat..Ameen.. Bertemakan kaler pink..raja sehari cantik dan tampan diatas singgahsana...teringat zaman dolu2..hehe..bila tengok zaman2 la ni punya pakej pengantin jauh bezanya masa zaman2 90an dulu..asal ada duit semua jadi!!
Nak kasi tau kat tuan rumah..Ayahwe dan Makwe, nasi minyak dengan lauk pauk hari tu memang ter..sangat sedapnya!!! Tak rugi datang malam tu lagi masa potong kek sebab dapat bawak balik habuan.. daging rendang tok!!..terima kasih....
2010-06-21
Happy Father's Day - Selamat Hari Bapa
I know..i know i'm way to late wish all the wonderful father out there.. but better late than never kan.. :) So...
Tidak kiralah dengan apa gelaran kepada bapa masing2, yang pentingnyer sebagai anak yang masih mempunyai orang tua sayangilah mereka ketika hayatnya masih ada.
Dikesempatan ini diucapkan Selamat Hari Bapa kepada my lovely abah Ahmad Zainuddin Bin Shafiei dan juga of course to my lovely hubby Nazaruddin Bin Sulaiman. Semoga sentiasa mendapat keberkatan hidup didunia dan diakhirat.

2010-06-17
Terima Kasih..
Keprihatinan seorang sahabat yang berada nun jauh dibumi sakura tu tentang anak2 yang satu ketika dulu suka sangat baca komik doremon dan majalah2 ranger, usaha dia poskan dari sana untuk Mifzal dan Ikmal. Dulunyer memang budak2 ni suka sangat2 sampai terikut2 gaya ranger2 Jepun, tapi bila dah berada disini semua gaya dan ikutan terus terpadam....yang dulunyer sangat suka nyanyi lagu2 jepun semuanyer ditinggalkan ....begitula pada adatnyer bila berada di negara "A" lain pesennyer....dan bila berada dinegara "B" lain pulak caranyer...
Bila budak2 berdua tu terima hadiah komik tu, automatik terus bertukar watak. Terus diaorang teringat kenangan pada waktu itu. Sengaja ibu biarkan tengok gelagat diorang...suka sangat2 tak habis2 dibelek2nyer buku2 tu. Apa lagi.... watak2 Jepun dalam rancangan ranger tu terus hidup kembali..hehe.. itulah namanyer budak2....mudah mengingati...dan mudah jugak melupainyer..
Bila dah ada komik tu barulah dapat dengar balik ayat2 nihongo yang satu ketika dulu pernah dorang lakonkan.
Terima kasih pada Sachiyo san yang baik hati mengepos komik tu pada Mifzal dan Ikmal. Gambar2 kenangan kami disana pun dia ada hantar jugak. Bila tengok gambar2 dalam CD yang dia hantar tu automatik rasa rindu bila ingatkan kehidupan disana.
2010-06-15
Aktiviti suka-suka
Aktiviti berboling ini telah dianjurkan oleh salah seorang kawan sekerja. Tak silap dua minggu lepas berlalunya...bukan sahaja pekerja2 tempatan diundang sampai big2 boss pun turun sama2 main pada malam itu. Itu yang bagusnya.. tak sangka mamat2 Jepun yang ada dalam tu bagi respond, sama2 nak main jugak.
Bila dah start berjinak2 dengan dunia beriadah ni masa duk kat Jepun dulu memang terasa nakkan suasana yang sama jugak bila berada disini. Bila dah ada kawan yang organize bende2 macam ni sajerla cuba2 arrange masa..bila kene dengan gaya waktu dan keadaan memang lajulah nak join sekali..nak kena tengok jugak kalau kene time anak2 sekolah memang susahlah nak ikut tapi kalau buat hari last keje/sekolah iaitu hari Jumaat (malam) memang sesuai bebenor. Inilah grup yang hadir sama2 bermain malam itu. Ade setengah dah cabut balik dulu. Taklah ramai yang hadir tapi cukup meriah dengan gelak besar sebabnya....banyak kali bola masuk longkang!!! ( especially mak budak ni la..hehe..)
Suasana disekitar kawasan boling di GreenTown Mall Ipoh. Mifzal dan Ikmal pun bawak sekali pada hari tu...
2010-06-08
1 tahun sudah....
Pejam celik pejam celik rupanya dah masuk setahun umur blog ibu ni..begitu cepat waktu berlalu. Pada mulanya memang tak terlintas nak menulis ni tapi disebabkan en suami yang beria2 sangat nak kan ibu menulis tentang kehidupan hidup berkeluarga di negara matahari terbit tu jadi lahir jugaklah "NorNazar Family's".. dan jugak keprihatinan en suami yang tak nak kan ibu boring duk kat rumah sorang2 masa kat jepun dulu....hehe...
Masa mula2 create blog ni sajer krodi2 kawan2 lain punya..memang tak nafikan hampir 3 bulan lamanya belajar sendiri2 (memang benak sungguh..) barulah terlahirnya NorNazar Family's iaitu pada 04hb June 2009..
Pikir2 balik bagus jugak ada blog cenggini sekurang2nya bila anak2 dah besar boleh imbas balik kisah2 hidup kami sekeluarga, dan jugak melalui alam cyber ni dapat menambah kenalan kawan2 baru walaupun tak pernah bersua muka tapi rasa macam mesra sesangat..
Seperkara lagi yang baiknya blog ni adalah kisah anak2. Yerla kawan2 masa zaman2 sekolah dulu yang dah duk merantau luar dari Perak ni bolehlah jugak dapat tau kisah2 budak2 ni. Ada betul????
Banyak ilmu yang boleh dikongsi bersama...ilmu masak2....ilmu didik anak2...ilmu menjadikan rumahtangga bahagia....ilmu deco2...boleh katakan macam-macam perkara baik yang boleh dikongsi bersama melalui alam cyber ni.....itu yang bagusnya!!
2010-06-04
Dinner kat Pakeeza
Ulangtahun perkahwinan tahun ni takde yang special untuk diraikan, cuma satu jer yang terasa teringin.....teringin nak makan-makan kat Restoran Pakeeza yang terletak di pekan Ipoh nun.. Masakan ala2 India+Pakistan. Kira dianggap salah satu restoran yang agak terkenal la disini. Jadinya malam 28hb lepas kami empat beranak pun plan la kesitu....suka..suka.. Inilah dia Pakeeza Restaurant & Catering. Menyediakan perkhidmatan catering jugak..Terima kasih abang sebab usaha balik keje awal Jumaat lepas...ibu hargai sangat!!
Tapi frust yang teramat sangat!!!!!!!! Sebabnya makanan yang kami makan tu oleh dikatakan semuanya MASIN!!!! Agaknya lori garam tumpah kot... Mutton Masala, Kebab Fish, Prawn masak apa dah lupa daaa........dan beberapa menu lain...huwaaaaa tak dapat nak menikmati betul2 kesedapan pada hari tu.
Cuba jugak telan walau frust yang teramat sangat! Dah itu rezekinya malam tu..apa nak kata betui tak??. Syukur alhamdulillah..












Toyama Time
Ipoh Time













