-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-01-16

Forever friend...

Kata mereka " watashi tachi wa zutto tomodachi ne.." tak sangka lepas makan "zenzai" di rumah Sachiyo san hari tu, 3 sekawan ni menangis...sebab diorang menghitung hari bila ibu sefamili akan berangkat balik ke Malaysia.. (inila gambar mula2 kami bertangkap bertiga masa mula2 sampai disini)

Dalam hati ini pun terasa sedih sangat2 bila akan tinggalkan kawasan ini, memang rasa tak percaya pulak ada timbul perasaan macam tu..kat umah pun kadang2 menangis..teruk betui mak budak ni..
Kata orang seronokla kalau dah nak balik kg halaman, ade ke patut nak bersedih....

Biar ibu jawab dari hati kecil ini....
- Dari Malaysia nak ke Jepun menangis sebab tinggalkan keluarga, adik beradik, sedara mara, kawan2...tapi kata ayah kita tak perlu ada rasa sedih yang melampau sebabnyer pasti lepas 2 tahun kita akan balik ke tanah air....itu memang pasti!!!

- Tapi bila dari Jepun nak balik ke Malaysia, kami akan terus balik dan mustahil akan datang kembali kesini (harapan semoga anak2 esok dapat datang melanjutkan pelajaran kesini...) tu yang buatkan hati ni rasa sayu sangat2..bukan apa banyak sangat kebaikan kawan2, pertolongan jiran2 di sekitar kawasan sini..tu yang sedih.. walaupun kita orang asing tapi jiran2 dan kawan2 tetap melayan kami sefamili dengan sangat baik.



2010-01-15

Zenzai

Dari semalam yuki turun hingga ke hari ini, kawasan2 menjadi putih dilitupi salji..nampak bersih saujana mata memandang. Amat kerap salji turun ditahun ini, seolah2 tau pulak ini adalah tahun akhir kami menikmati suasana ini....( ada duit pasti nak turun Jepun lagi..huhu )
Anak2 pun seakan dah biasa sangat musim ni. Alhamdulillah setakat ini kesihatan anak2 masih ok, harap dijauhi dari sebarang penyakit dimusim sejuk2 ni. OKlah berbalik pada tajuk asal hari ni iaitu "zenzai". Apa tu "zenzai"????

Zenzai adalah salah satu dessert orang Jepun. Ia sejenis bubur manis yang dibuat dari kacang merah (read bean) dan disajikan dengan mochi (sticky rice cake) .

Inilah rupa mochi yang akan digandingkan bersama dengan red bean nanti. Gambar ni pinjam dari Mr.Goggle..
Cara nak masaknyer senang jer...masukkan mochi tu dalam oven select 3-4 minit kemudian mochi tu akan masak dan keluarkan.

Taraa......dan boleh terus dimakan dengan kacang merah yang telah direbus bersama dengan sedikit gula. Mudah dan senangkan....inilah rupa Sachiyo san masakkan semalam. Sachiyo san, arigatougozaimashita...oishikatta

Inilah kisah semalam, Sachiyo san telipon suruh datang rumah dia semata2 nak jamu kan "zenzai" ni. Dijemputnyer sekali dengan Yoko san..
Pernah jugak nampak mochi tu banyak dijual di supermarket2 ( especially nak masuk tahun baru hari tu..) tapi tak tau ape ke bendenyer tu...adusss malunyer ...dah hampir nak balik kg pun tak tau lagi.. Rupanyer iniler rupa cara makannyer...

Tau tak berapa kandungan kalorinyer kalau kita makan zenzai ni?? Mengikut kata kawan-kawan jepun tu setiap satu mochi tu ibarat makan satu mangkuk nasi, kalau semalam ibu disajikan dengan 3 ketul mochi tu ibarat makan 3 mangkuk nasi...Ohhhhh tidakkkk!!!!!!!
Dengan nada bergurau katanyer lepas makan semalam bolehle exercise sodok yuki kat kawasan2 rumah....hehe

2010-01-14

Makan kenduri di Nyuzen

Makan kenduri?? Kenduri orang kawen?? Orang jepun ke??? Tak ehhhh, orang Mesia. Nilah citer hujung minggu lepas pengantin yang baru balik dari mengadakan kenduri di kampung halaman (Mesia nun..) dengan baik hatinyer meraikan kawan2 di sini pulak. Telah melangsungkan persandingan hujung bulan December lepas, (nikah awal..) . Tima kasih pada pengantin Ityk (Hafiz) dan pasangannyer Zura yang telah mengadakan kenduri di sini.

Inilah dia pengantin baru, kedua2nyer bekerja disini baru aje tamat muqaddam (habis study daa...) Perjalanan nak kerumah dioarang ni ambik masa lebih kurang 45min yang terletak di Nyuzen,Kurobe. Masih lagi dalam kawasan Toyama.

Port ayah bersama dengan anak2...dimerata2 ceruk ada...habis satu rumah tetamu konker..lebih kurang 30 lebih tetamu!

Yang ni lagi sempoi..asal ade kawasan, kat atas anak tangga pun lebuh..model tangga tengah makan nasi!!

Onna2 jugak yang special makan dalam bilik..hikhik..Kami dijamukan dengan nasi beriani (mana lagi kalau bukan dari Kashmir...), ada salad, pecal dan puding batik (pecal dan puding tu made from Tachidee,Toyama..hehe..paham2 ler yer.)

Berkumpul satu rumah udah macam adik beradik semuanyer..macam2 ragam, macam2 yang digebangkan...dan yang menjadi mangsa usik dan gurau adalah hero2 kecik ibu! Ada yang melayan memang jadi....


Lepas perut kenyang, melayan video persandingan pengantin yang diraikan di kampung halaman.

Terimalah coffee maker ni dari kami sefamili...hikhik... Nilah hadiah dari kami sefamili, mintak ampun tak sempat nak balut!!..

Ni pulak hadiah dari onna2..apa isi dalam tu?? Katanyer set Body Shop..

Apapun tima kasih diucapkan pada tuan rumah atas jemputan ni...

2010-01-13

Selamat Hari Lahir....Istimewa untuk abah!!

Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk terus menghirup udara segar ....SELAMAT HARI LAHIR YG KE-60 pada 13hb Jan 2010...buat abah, Ahmad Zainuddin Bin Shafiei.
Semoga panjang umur , sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki, ada rezeki nanti potong kek bulan Mac nanti yer..






2010-01-12

Cutest Baby Photo Contest

Orang bercontest awak pun nak bercontest jugak...anak sendiri takde yang bawah umur 3 tahun jadi sesaje seronok2 masukkan anak sedara dalam "cutest baby photo contest" ni. Dah refer dengan penganjur katanyer boleh.. asalkan bawah umur 3 tahun..
suka..suka..suka..ni semua gara2 Emi la ni yang cukup rajin masuk contest2 ni tu yang membuatkan akak jadi semangat nak join ni. Tarikh tutupnyer 20hb Jan 2010. Terima kasih pada Sweetloveyshoppe.


Ini antara syarat2nyer..
- Jadi follower kami. - DONE

- Linkkan blog Sweetlovelyshoppe- DONE

- Upload sekeping gambar anak anda yang paling comel dan anda suka- DONE

- Sila sertakan sekali nama anak,umur dan nama ibu - DONE

- Sila tinggalkan link- DONE



Nama anak : Muhammad Haziq Hakim Bin Khirulizwan
Umur : 1 tahun
Nama ibu : Muhizan bt Azman


2010-01-10

Ski lagi....

Memang tak rancang pun nak pergi main ski hari ni, bila bangun pagi tengok cuaca cantik jer..apa lagi bincang punyer bincang.....terus decide nak ke Raicho Valley sekali lagi!! apa lagi kalau bukan nak main ski!!..kebetulan peralatan main masih lagi ade kat rumah ni, apa lagi teruskan lah niat nak pergi ke situ hari ni..

Tula nak jadi cerita elok je sampai ke destinasi, alatan main ski tu (yg batang untuk membolehkan bergerak tu..) haram lupa dibawak....cuma bawak kasut dan alat yang nak pasang ke kaki tu aje...yang batang besi tu sudah lupa daaa...apa lagi kuar duit la 500¥ (rm19) rental untuk sepasang batang tu...tadi sewa untuk 2 batang...tak pasal2 kene kuar duit 1000¥ (rm38)....

Sampai pun lewat lebih kurang pukul 1..ini kes tak plan la ni..hehe...kalau plan boleh gerak awal lagi ni..tapi memang cuaca cantik hari ni, tak la sejuk sangat!! salji pun tak turun jadi tak la menganggu kalau nak main!!

Hero-hero dah bersiap sedia untuk bermain!..cuma ade sorang hero tu jer yang main lain..hero kecik tu!! Gaya macam org nak main snowboard je...

Ni gaya aksi budak yang pandai mengubah cara main!!..sorang duduk..sorang berdiri..lepas tu dua-dua terbalik!!

Bila dah agak boring sikit dorang main baling2 ais pulak..

Ibu nak tumpang posing sikit..boleh????

Main-main jugak...solat jangan dilupakan!!..kebetulan ade jugakla budak2 student ni datang main hari ni!!

Kami balik lebih kurang pukul 4.30ptg...hampir nak gelap dah time tu..tahun ni kena main puas2 nanti tak boleh main lagi....bak kata Asmara..hehe

2010-01-08

Home-Made Pop Corn

Dah tengok lama dah resepi pop corn ni dari blog ChikMi ngan Emi..tapi tak ketemu jagung kering, tu yang asyik tertunda je nak try......dan sebetulnyer memang tak pernah perasan pun ada jual...jagung kering ni pun jumpa masa pergi Jusco baru2 ni, terus la sambaq!!.
Bile tengok kawan-kawan yang mencuba home-made pop corn ni terus keinginan nak buat tu datang tambahan pop corn ni memang peberet hero-hero dalam rumah ni...

Nak kena improvekan lagi la..sebab terhangit sikit..hikhik...takpe nanti kita cuba improvementkan yer...
To ChikMi ngan Emi, mintak izin yer resepi ni untuk dijadikan panduan kemudian hari

Bahan-bahan :
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
Jagung kering secukupnyer
Garam secukup rasa
Tambah karamel (optional)
1 sudu mentega / margerin
3-5 sudu besar gula pasir (ikut suka banyak mana pop corn yang ada)



Cara-cara
1) Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panaskan minyak & butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
2) Masukkan jagung kering menutupi dasar periuk. Tuang jagung kering rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
3) Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
4) Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)

Untuk Karamel [Optional]
1) Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
2) Siap..

Senang rupanyer buat pop corn ni...nanti balik Malaya boleh buat business jual pop corn..hikhik..