-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-01-14

Makan kenduri di Nyuzen

Makan kenduri?? Kenduri orang kawen?? Orang jepun ke??? Tak ehhhh, orang Mesia. Nilah citer hujung minggu lepas pengantin yang baru balik dari mengadakan kenduri di kampung halaman (Mesia nun..) dengan baik hatinyer meraikan kawan2 di sini pulak. Telah melangsungkan persandingan hujung bulan December lepas, (nikah awal..) . Tima kasih pada pengantin Ityk (Hafiz) dan pasangannyer Zura yang telah mengadakan kenduri di sini.

Inilah dia pengantin baru, kedua2nyer bekerja disini baru aje tamat muqaddam (habis study daa...) Perjalanan nak kerumah dioarang ni ambik masa lebih kurang 45min yang terletak di Nyuzen,Kurobe. Masih lagi dalam kawasan Toyama.

Port ayah bersama dengan anak2...dimerata2 ceruk ada...habis satu rumah tetamu konker..lebih kurang 30 lebih tetamu!

Yang ni lagi sempoi..asal ade kawasan, kat atas anak tangga pun lebuh..model tangga tengah makan nasi!!

Onna2 jugak yang special makan dalam bilik..hikhik..Kami dijamukan dengan nasi beriani (mana lagi kalau bukan dari Kashmir...), ada salad, pecal dan puding batik (pecal dan puding tu made from Tachidee,Toyama..hehe..paham2 ler yer.)

Berkumpul satu rumah udah macam adik beradik semuanyer..macam2 ragam, macam2 yang digebangkan...dan yang menjadi mangsa usik dan gurau adalah hero2 kecik ibu! Ada yang melayan memang jadi....


Lepas perut kenyang, melayan video persandingan pengantin yang diraikan di kampung halaman.

Terimalah coffee maker ni dari kami sefamili...hikhik... Nilah hadiah dari kami sefamili, mintak ampun tak sempat nak balut!!..

Ni pulak hadiah dari onna2..apa isi dalam tu?? Katanyer set Body Shop..

Apapun tima kasih diucapkan pada tuan rumah atas jemputan ni...

2010-01-13

Selamat Hari Lahir....Istimewa untuk abah!!

Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk terus menghirup udara segar ....SELAMAT HARI LAHIR YG KE-60 pada 13hb Jan 2010...buat abah, Ahmad Zainuddin Bin Shafiei.
Semoga panjang umur , sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki, ada rezeki nanti potong kek bulan Mac nanti yer..






2010-01-12

Cutest Baby Photo Contest

Orang bercontest awak pun nak bercontest jugak...anak sendiri takde yang bawah umur 3 tahun jadi sesaje seronok2 masukkan anak sedara dalam "cutest baby photo contest" ni. Dah refer dengan penganjur katanyer boleh.. asalkan bawah umur 3 tahun..
suka..suka..suka..ni semua gara2 Emi la ni yang cukup rajin masuk contest2 ni tu yang membuatkan akak jadi semangat nak join ni. Tarikh tutupnyer 20hb Jan 2010. Terima kasih pada Sweetloveyshoppe.


Ini antara syarat2nyer..
- Jadi follower kami. - DONE

- Linkkan blog Sweetlovelyshoppe- DONE

- Upload sekeping gambar anak anda yang paling comel dan anda suka- DONE

- Sila sertakan sekali nama anak,umur dan nama ibu - DONE

- Sila tinggalkan link- DONE



Nama anak : Muhammad Haziq Hakim Bin Khirulizwan
Umur : 1 tahun
Nama ibu : Muhizan bt Azman


2010-01-10

Ski lagi....

Memang tak rancang pun nak pergi main ski hari ni, bila bangun pagi tengok cuaca cantik jer..apa lagi bincang punyer bincang.....terus decide nak ke Raicho Valley sekali lagi!! apa lagi kalau bukan nak main ski!!..kebetulan peralatan main masih lagi ade kat rumah ni, apa lagi teruskan lah niat nak pergi ke situ hari ni..

Tula nak jadi cerita elok je sampai ke destinasi, alatan main ski tu (yg batang untuk membolehkan bergerak tu..) haram lupa dibawak....cuma bawak kasut dan alat yang nak pasang ke kaki tu aje...yang batang besi tu sudah lupa daaa...apa lagi kuar duit la 500¥ (rm19) rental untuk sepasang batang tu...tadi sewa untuk 2 batang...tak pasal2 kene kuar duit 1000¥ (rm38)....

Sampai pun lewat lebih kurang pukul 1..ini kes tak plan la ni..hehe...kalau plan boleh gerak awal lagi ni..tapi memang cuaca cantik hari ni, tak la sejuk sangat!! salji pun tak turun jadi tak la menganggu kalau nak main!!

Hero-hero dah bersiap sedia untuk bermain!..cuma ade sorang hero tu jer yang main lain..hero kecik tu!! Gaya macam org nak main snowboard je...

Ni gaya aksi budak yang pandai mengubah cara main!!..sorang duduk..sorang berdiri..lepas tu dua-dua terbalik!!

Bila dah agak boring sikit dorang main baling2 ais pulak..

Ibu nak tumpang posing sikit..boleh????

Main-main jugak...solat jangan dilupakan!!..kebetulan ade jugakla budak2 student ni datang main hari ni!!

Kami balik lebih kurang pukul 4.30ptg...hampir nak gelap dah time tu..tahun ni kena main puas2 nanti tak boleh main lagi....bak kata Asmara..hehe

2010-01-08

Home-Made Pop Corn

Dah tengok lama dah resepi pop corn ni dari blog ChikMi ngan Emi..tapi tak ketemu jagung kering, tu yang asyik tertunda je nak try......dan sebetulnyer memang tak pernah perasan pun ada jual...jagung kering ni pun jumpa masa pergi Jusco baru2 ni, terus la sambaq!!.
Bile tengok kawan-kawan yang mencuba home-made pop corn ni terus keinginan nak buat tu datang tambahan pop corn ni memang peberet hero-hero dalam rumah ni...

Nak kena improvekan lagi la..sebab terhangit sikit..hikhik...takpe nanti kita cuba improvementkan yer...
To ChikMi ngan Emi, mintak izin yer resepi ni untuk dijadikan panduan kemudian hari

Bahan-bahan :
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
Jagung kering secukupnyer
Garam secukup rasa
Tambah karamel (optional)
1 sudu mentega / margerin
3-5 sudu besar gula pasir (ikut suka banyak mana pop corn yang ada)



Cara-cara
1) Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panaskan minyak & butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
2) Masukkan jagung kering menutupi dasar periuk. Tuang jagung kering rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
3) Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
4) Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)

Untuk Karamel [Optional]
1) Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
2) Siap..

Senang rupanyer buat pop corn ni...nanti balik Malaya boleh buat business jual pop corn..hikhik..

2010-01-07

Makan-makan awal tahun

Dah duk negara Jepun ni ikut jela adat budaya diorang ni...dulu makan-makan hujung tahun, ni ade pulak makan-makan awal tahun..dalam bahasa jepun nyer (shinnenkai), yang makan hujung tahun tu dalam bahasa jepunnyer (bonenkai).
Party shinnekai ni buat kat rumah Yoko san pada hari Ahad lepas (03hb Jan), katanyer asben dia yang beria-ria nak buat makan-makan ni jadi dijemputnyer 2 famili ni..tak asing dan tidak bukan lagi......"Nazar famili and Nakaichi famili", hehe...

Macam-macam makanan ada malam tu. salah satunyer adalah sushi!! yang ni Sachiyo san sponsor beli kat kedai "kura sushi".

Rajin rupanyer asben Yoko ni..patutla bila kami sampai tak nampak batang hidung rupanyer duk kat dapur tengah ngesahkan ebi/ika tempura (udang/sotong salut tempura)

Ni lagi satu menunyer...takoyaki..boleh dikatakan makan tak berenti2 malam tu..lepas satu...satu...satu...
Jangan terkejut yer ade pulak glob besar tu sekali kat atas meja tu...kisahnyer tuan rumah sibuk nak cari negara Malaysia...hehe

Asben and wife tengah membalik2kan takoyaki...berminat rupanyer asben Yoko bab2 masak ni!!..dia yang banyak ofer diri nak balik2kan tako tu!!

Kek coklat tu buat dari rumah, takkan datang bawak perut jek...buatkan kek coklat tu dengan daging masak merah...nasi semua Yoko yang prepare. Tak sangka suka rupanyer tekak2 jepun ni dengan daging masak merah tu...tima kasih...

Tuan rumah menyediakan ebi/ika tempura (udang dan sotong tempura), sashimi, miso sup (ikan taro) dan ade macam jeruk2 sayur tu..sedap jugak...tak tau apa pulak namanyer...

Anak2 Yoko san, Keta dan Shoya...
Terima kasih pada Tanaka family yang arrange makan-makan ni, next year tak dapat join macam ni lagi..huhu....

Sale..sale..sale..dah bermula!!

Menjelang je awal tahun rata2 supermarket ade buat sale besar-besaran. Kekadang tu dah terlampau banyak sangat salenyer sampai tak reti apa yang nak dibeli, mata pun naik juling tengok sana sini buat sale!!.

31hb lepas sebelum melangkah ke tahun baru, sempat cuci mata di A-Eon aka Jusco ni. Selain nak tengok jualan sale tu sebenarnye ada tujuan lain yang menyebabkan kami sampai kesini. Jauh jugak dari rumah kira2 45min perjalanan..Masa ni pun salji tengah lebat, nampak kat parking kete tu putih je...


Disini bila masuk je awal tahun setiap supermarket pasti buat jualan longgok2.
Sebagai contoh dalam satu beg disediakan 4-5 helai baju2/seluar2 mengikut saiz2 tertentu . Semua paten dan jenis2 baju/seluar kita tidak ketahui..(tapi ade jugak yang dah diberitahu mengikut brand2 tertentu..) macam mana rupa coraknyer..kalernyer... Diorang letak la dalam satu beg tu dengan rege yang murah sangat2!!

Last year masa takde pengalaman bende2 macam ni tertanyer2 jugak apa ke bendenyer style diorang berniaga ni!!..rupanyer jualan untuk awal tahun baru je. Bukan hanyer pada baju2 yang diaorang jual longgok2, ade jugak barang2 lain yang dijual dalam bentuk macam ni, contoh kasut2..handbeg2..kosmetik2 yang berjenama..ade jugak barang2 eletrik..Tapi rasa macam tak berapa minat pulak kalau nak membeli tak dapat tengok isi dalamnyer kan?? Rasa tak puas hati walau pun nilainyer murah dari yang biasa. Kena pada yang tak berkenan dihati kan dah rasa tak best..

Posing jap ambik gambar kat dalam Jusco ni..


Yeahhh... ni lah tujuan asal sampai kesini sebab nak tebus voucher ni. Ni hasil dari buat kaizen (improvement) kat tempat keje ayahnyer..dapat pun tak la banyak...tapi syukur alhamdulillah dapat la beli periuk cantik ni 2 bijik!! Tankiuu ayah belikan periuk ni untuk ibu!!..