Sejak kebelakangan ni kesihatan ibu tak berapa baik, mungkin keadaan cuaca yang tak menentu dan panas sangat kot..demam, batuk, sakit perut semuanyer datang..tak tauler kenapa. Ayah pun sama jugak, tahap kesihatan dia pun tak berapa sangat kalau dibandingkan dengan dulu. Maklumla exercise dah tak buat..hari2 balik kerja lambat..hampir pukul 10pm baru sampai rumah makan pun lambat..peh tu terus tidor!!. Aduhhh rindunya dengan kehidupan dulu2...
Berbalik kepada tajuk diatas, memang sebelum balik ke sini plan untuk tidak melupakan bahasa jepun kami merancang untuk berkomunikasi dengan kawan2 nihonjin dengan menggunakan sistem teknologi canggih sekarang iaitu SKYPE. Yang pentingnyer untuk anak2..sayang sangat2 kalau dorang lupa terus sebab basic tu dah ade..tapi yang frust sikit tu bebudak berdua tu malu la pulak nak bercakap dengan kawan2 sana...jenuh suruh dorang cakap..sepatah yang ditanya sepatah la dijawab!! Rindu sangat nak dengar anak2 berceloteh bahasa jepun macam dulu2...dengan gaya spontan tu!! Kalau dulu masa kat sana bila ibu cakap bahasa melayu dorang marah..katanyer malu kalau kawan2 jepun dengar ibu cakap entah apa2....tapi sekarang bila dah ada kat sini dorang marah pulak kalau cakap bahasa jepun..katanyer malu cakap sebab semua orang cakap bahasa melayu....memang banyak songeh budak2 berdua tu tau!!.
Buat masa ni dua minggu sekali ibu dan kawan2 sana berhubung dengan SKYPE. Dapat tengok muka dorang sekali guna webcam. Dapat jugak dengar berita dari sana...
Sempat snap gambar dorang masa berwebcam. Tapi lupa nak snap masa kawan2 Mifzal tengah bersembang..kalau tak mesti budak2 berdua tu suka tengok ada muka kawan2 jepun dorang.
Selain daripada tu ade jugak bukak2 website sekolah anak2 kat jepun dulu. Sajer jer nak tengok apa2 aktiviti2 sekolah buat. Yang terbaru ni kata Sachiyo ada buat pertandingan lari berganti2. Katanyer kalau dulu Mifzal la yang selalu disebut2 sebab lari lajunyer tu...tapi sekarang tinggal kenangan kat sekolah tu.
Gambar yang diambil dari website sekolah Yanagimachi Elementary School. Kelihatan kawan rapat Mifzal, Sakulai-kun dan Fujita-kun. Memang ngam dengan budak berdua ni. Tapi gambar Arata-kun takde la pulak..
Dan ini pulak swimming pool baru yang tak sempat anak2 ibu guna. Khabarnya akan digunakan tak lama lagi..
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan