Selang seminggu selepas adanya pertandingan berboling, diadakan pula pertandingan badminton. Bertarikh 24hb Oct lepas (Ahad) telah berlangsungnya pertandingan yang memang menjadi salah satu kegemaran kami masa berada dibumi sakura satu waktu duhulu. Keadaan yang tidak mengizinkan untuk ibu join sekali dalam pertandingan ini..hanya ayah jer yang join.
Ini diantara pemain2 yang menyertai pertandingan ini..ada yang bermain perseorangan, beregu..( wanita dan lelaki ) pendaftaran bermula pada pukul 9.30pg. Boleh dikatakan ramai yang masuk bertanding dalam pertandingan ni..Jenuh nak nunggu habisnyer!!
Tumpang sekaki nak bergambar dengan kawan2 under spot committe ni. Nampak tu kipas tangan yang ibu dan ayah kumpul sewaktu berada di nihon dulu..terkenang waktu itu bila masuk musim summer mesti melambak kami dapat..asal pegi supermarket tepi2 jalan tu mesti ada orang siap nunggu bagi..bagus kan??? Memang spare bawak lebih sikit kipas tangan hari tu sebabnyer ayah dah bagitau awal2 tempat tu memang panas macam berada dalam bilik sauna!! Dia biasa main bila hujung2 minggu kat situ, tu yang tau tu!!
Dua hero ibu ni jangan kenanglah basah lencun duk dalam bilik tu!! Sibuk main jugak kat kawasan tepi2 gelanggang! Nasib tak bising sebab lewat habis hari tu...lebih kurang pukul 3.45ptg baru selesai!!
*
*
*
*
*
*
Pemenang perseorangan lelaki...hanya no 1 dan 2 sahaja yer.. Kategori wanita tak masuk. Tak berdaya wehh nak ngejornyer!! Sama jugak ler ngan en.suami memang tak berdaya nak masuk single2 ni!! Badan udah tua!!*
*
*
*
*
Ini pemenang naib juara untuk kategori lelaki beregu!!.. Muda belia lagi main pun tersangatlah dasyat adik2 ni..
Jeng..jeng..jeng..inilah juara beregu kita!! Tak lain dan tak bukan en.suami dan kawan sepasukannyer..
Keseluruhan juara menjadi milik "Team Ranger"..Wahh tak sia2 ibu dan anak2 nunggu dalam keadaan panas yang tak terhingga ni!!
Bergambar kenangan sebelum balik..hanya muka2 pemenang2 ni jer yang sanggup nunggu dalam bilik macam sauna ni!! Ramai yang dah cabut awal2 bila dah tau tertewas pada awalnyer..
Inilah hadiah yang ayah bawak balik..berupa dua buah hamper dan dua buah medal!!.. Rezeki kami pada hari tu..
0 ulasan:
Catat Ulasan