Hari ni Mifzal dapat macam2 kad ucapan dari kawan2 sekelas dia. Termasuk juga Mikami sensei, dia bagi album sekali dengan gambar2 muka Mifzal sepanjang aktiviti2 yang berlaku disekolah tu. Kebiasaannyer begitulah...memang orang2 Jepun lebih menyukai sesuatu hadiah tu adalah dari hasil buatan tangan sendiri..contoh kalau gambar2 kita tu diorang susun dalam bentuk yang fancy2 dan ditulis dengan kata2 semangat...pada mereka itu lebih unik dan penuh kenangan....sesetengah tu lagi la..tulis dan lukis diatas seketul batu!! Dahhh jadi satu hadiah...
Kalau orang2 kita macam mana?? Kalau kita bagi hadiah sedemikian mesti ade yang cakap yang tak sedap telinga dengar kan.....dah tau sesangat...hehe...
Sejak lebih mengenali budaya dan adat orang2 Jepun ini yang lebih menghargai atas kesusahan usaha tangan sendiri, automatik ibu pun rasa suka dengan cara macam ni..rasanyer ini lebih bermakna dari beli hadiah yang mahal2 kan... Cantik2 dan unik kad2 tu beserta dengan origami yang kenkawan Mifzal buat...Dalam kad tu pulak ade ditulis macam2 kata semangat...balik dari sekolah tadi satu persatu Mifzal baca...huhu...simpan baik2 yer jadikan ianyer satu kenangan..
Ini contoh kad dari kawan baik Mifzal...Arata kun. Panjang lebar dia tulis!!
Ini pun salah sorang kawan baik Mifzal iaitu Fujita kun. Siap ada i luv you lagi..hehe
Ade jugak yang bagi handkerchief. Dragon ball untuk Mifzal sebab peberet dia dan Kamen Rider untuk Ikmal sebab yang tu pulak peberet dia...hehe Yang ni hadiah dari dik Hanim kita...tima kasih yer anim..cantik sangat..dulu dah jeling2 jugak bende ni kat kedai letrik tu...tapi dah nak jadi rezeki dapat hadiah dari anim pulak...tankiuu!!
Bila dah tau yang orang2 jepun ni sangat dan terlalu menghargai sesuatu dari hasil tangan sendiri jadinyer kami bagi hadiah macam ni jer...walaupun tidak mahal dari segi wang tapi kami rasa puas sangat!!!
Ini contoh2 yang lain pulak...Ikutkan memang nak bagi lebih ramai lagi tapi apakan daya hanyer ini ajer yang lepas buat...huhu..
Yang ni pulak beberapa contoh kelarai, hasil kerja tangan adik dan abg ipar di kg nun...ini pun kami jadikan satu hadiah untuk kenalan disini...ader dalam 10 keping.
-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2010-03-17
Macam-macam ada...
2010-03-16
Gift untuk kawan2 sekelas
Dua hari jer lagi anak2 akan say sayonara kat sekolah sini. Sajer bagi ngam2 dengan tarikh nak balik supaya anak2 dapat bersama2 dengan kenkawan2 sekelas masing2. Bila ditanyer kat dua beradik tu tak sedih ke nak tinggalkan kawan2 sini, jawab si abang " Tak sedih pun...sebab balik Mesia best..bila tanyer balik apa yang best? Sebab dapat naik kapal terbang!!...huhu...budak2 bukan paham sangat sedih ke..seronok ke..tak pandai nak berperasaan2 kot...tolak ketengah pun masuk...tolak ketepi pun masuk...hehe
Disebabkan hari Rabu ni adalah hari terakhir anak2 bersekolah jadinyer ibu dan ayah prepare sedikit hadiah kecil untuk kanak2 ribenan dalam kelas tu. Memang kebiasaanyer kalau budak2 bertukar sekolah mesti ada sedikit hadiah kecil untuk diberi kepada kawan2. Kata Mifzal sensei dah suruh buat ucapan ringkas kat dalam kelas untuk berucap depan kawan2 esok..dan itulah time yang dikira agak tepat untuk memberi hadiah2 tu.
Dan untuk si adiknyer pulak..sensei tkderla suruh dia cakap apa2 kat depan kelas..agaknyer baru tahun satu kot yer...tapi dah dua tiga hari lepas si abang duk ngajar adiknyer jugak berucap macam yang dia cakap. Request dari ayahnyer....hehe...Kumat kamit menghafal ucapan ringkas tu...." Mai lisau nanti lupa.."..hehe...Tapi nampak spontan dah dia cakap...jangan dia lupa masa tengah2 bercakap tu sudahhh...kepala ingat kelain yang dihafal kuar lain...hehe Ini contoh gift untuk kawan2 perempuan..sama jer untuk tahun satu dan tahun dua...Untuk tahun dua murid2nyer lebih ramai berbanding dengan tahun satu. Dalam tu ada pensel,eraser dan glue.
Ini pulak contoh gift untuk kawan2 lelaki, isi dalam sama jer cuma kaler plastik packing tu jer yang berbeza. Senang nak bezakan untuk lelaki dan perempuan sebab pensel jenis yang berbeza!!
Ada jugak hadiah untuk sensei. Sepasang pen dan pensel..tu pun baru beli pagi tadi..huhu..suruh balut siap2 masa beli kat supa tadi.... Di setiap luar kotak tu suruh dua beradik tu tulis sedikit kata2....
Tahun satu = Nagamori sensei
Tahun dua = Mikami sensei
International kelas = Nakamura sensei
Jutaan terima kasih diucapkan kepada sensei2 yang telah berusaha untuk mengajar Mifzal dan Ikmal sepanjang bersekolah di sini. Segala jasa dan kesungguhan sensei mengajar tidak akan dilupakan...
2010-03-15
Makan sushi puas2....
Bila minggu2 akhir nak balik ni, asyik rasa nak pekene dengan makanan2 jepun jer....nanti bile balik takde le terasa2. Nak pulak sushi disini memang tip top sedap dan fresh tu yang nanti asyik terbayang2 jer...
Kali ni nak makan takde control2, selagi lalu boleh masuk..jalan!!! Anak2 pun sama jugak...makan sungguh2 diaorang!!...memang dah cakap nanti balik Mesia tak boleh nak jumpa yang sesedap dan fresh macam disini... Pekene dengan udon jugak disitu... udon ni pun salah satu peberet kami!! taruk lada2 lebih perghhhh memang terangkat!!!....kalau pegi makan dengan kawan2 nihonjin tu takut diorang tengok serbuk lada yang ibu taruk...hehe...
Share makan udon sebabnyer perut diorang dah penuh dengan sushi nanti makannyer separuh selebihnyer mak bapak yang kene habiskan!!! Mak bapaknyer nak melayan sushi jer..tak pandang menu2 lain dalam tu...hehe....
2010-03-14
Hari terakhir di Kaisha
Hari semakin menghampiri untuk kami mengucapkan sayonara kepada bumi sakura ini..Untuk pengetahuan last jumaat (12hb Mac) adalah hari terakhir ayah bekerja disini.
Sedikit luahan dari en.suami tentang pengalaman pertama bekerja dan hidup di negara matahari terbit.
Pencapaian yang terbaik sejak 16 tahun bekerja di syarikat ini, pengalaman bekerja 2 tahun setengah di bumi sakura ini adalah satu pengalaman yang banyak mengajar diri sendiri untuk lebih maju dan mengetahui lebih dekat lagi budaya kerja dan juga teknologi orang2 disini. Banyak yang baik boleh dicontohi dan diharapkan ramai lagi org Mesia yang dapat merasai pengalaman ini dan boleh membuat kemajuan untuk diri sendiri dan juga masyarakat setempat....
Dibawah ini gambar terakhir makan dikafetaria. Menu2 akhir lunch untuk kenangan.
Dan beberapa lagi hadiah yang lain....macam2 ada!!! Dan yang paling best dapat hadiah ini....jom scroll*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
2010-03-12
Lepas geram di StarBucks!!!
Ni kira entry nak lepas geram ni!! Tak kira jugak lewat macam mana pun nak issue jugak malam2 ni walaupun jam dah menunjukkan pukul 1am time Jepun. Geram punyer hal berlaku kat StarBucks malam tadi.!!
Lepas dinner lebih kurang pukul 7.30mlm, ayah ajak pekene kat StarBuck pulak..sajer duk lepak2 sambil minum2 kopi kat situ..nak kan suasana releks gitu....
Sambil2 minum kopi, mood kita punyer baik time tu ade ler pulak satu minah jepun ni duduk betui2 sebelah ibu boleh dijangkaunyer tangan dia mintak ayah ambikkan gambar dia ngan kawan dia!!..bayangkanlah kita duk sebelah dia heran pun idak, bukan jeles ke apa tapi tak hormat langsung kita ni duk sebelah dia....sambil jangkau2 tangan nak bagi kamera tu kat ayah!!! Apa salahnyer suruh ibu ke yang tangkapkan gambar tu!!! Yang lebih geram masa diaorang dah nak kuar dari situ ber-arigatou ngan ayah jer!!!! Mata pulak sikit tak pandang kat kita!!! Duk fokus kat laki kita jer!!!! Kita ni senyum la kat dia pandang pun idak kat kita!!! Geram betui.....
2010-03-11
Album kenangan
Plan nak tempah album kenangan2an ni adalah dari idea dua sahabat tu. Memang satu idea yang sangat bagus tu!! dengan saiz yang sederhana besar dan kiut senang dibawa kalau nak tunjuk kat famili di Mesia. Sekali pandang macam note book jer memang takde rupa album pun.. kami bertiga select gambar2 dari bermulanyer perkenalan hingga gambar yang terlatest bersama2... Gambar untuk kulit depan tu ibu yang pilih sebab suka sangat2 dengan gambar ni ...Nampak tak setangkai bunga ros yang pegang tu?? Itu adalah pemberian makcik bawah rumah sempena anniversary yg ke-10 tahun lepas...asalnyer datang nak tengok laman makcik tu yang penuh dengan bunga2 ros yang macam2 spesis dan berbagai2 kaler tu...memang meriah taman makcik tu....sajerla dia bagi sebab dua sahabat tu citer yang hari tu adalah hari anniversary ibu.....baik makcik tu...hehe....
Lebih jelas kan.......dan lagi satu nampak tak tajuk album kami tu???? Pandai pun...."Teman Selamanya". kalau nak tau husband Sachiyo yang berusaha sendiri cari perkataan tu...hebat ke tak hebat tu!!!...Pandainyer diorang tu, belajar sendiri semata2 nak buat tajuk album....apa lagi berbangga la kejap bila diorang tau maksud tu...terharunyer!!!!
Macam2 design dan corak kaler yang ade kat kedai gambar tu, kami pilih yang biase2 jer, yang biase2 pun nahhhh kena 1600yen (rm59++), tempah untuk 3 set. Kalau ingatkan dalam RM memang la terasa2 mahal tu...hehe, tapi takper yang penting nilai persahabatan tu. Nanti bile dah tua2 kenang balik album special ni mesti tak sangka..."ohh masa muda2 dulu aku ade kawan jepun rupanyer....hehe..."
2010-03-10
Sakura OH Sakura
Dalam banyak2 musim kami berada dinegara ini, hanya musim bunga jer yang dapat tempuh sekali, berbanding musim2 yang lain. Baik panas, luruh dan salji semua2 tu dapat tempuh atau merasa dua kali!! Sebabnyer masa mula2 sampai sini pada tahun 2008 tu adalah bulan May, ikutkan memangla masa bulan tu adalah musim bunga, tapi baru2 sampai tempat orang tercangak bangak lagi..nak jalan2 pun tak reti lagi..berkurung dalam rumah jer masa tu...hehe...
Tahun ni gayanyer tak sempatla nak merasa tengok bunga sakura dan spesis2 bunga yang lain. Seronok sebenarnyer tempuh musim bunga ni...cantik sangat2..dan cuaca pun sangat best dan nyaman pada ketika itu..sana sini penuh dengan warna warni bunga...huhu
Disebabkan tahun ini tak sempat nak tengok bunga sakura bermekar2an jadinyer sahabat sorang ni dengan sedaya upaya mendapatkan beberapa batang bunga sakura daripada seorang kawannyer untuk dibagikan kepada ibu. Bunga ni akan cepat mekar jika kawasan tempat tu suam2, dengan kata lain tak sejuk sangat!!! Jadinyer bile bunga tu berada didalam rumah berserta dengan heater yang terpasang cepatlah bunga2 tu mekar.. Begitu prihatin si Yoko san tu... Jom sama2 tengok bunga sakura dalam rumah kami ni!! Bunga sakura ni kaler putih...ader jugak spesis yang kaler pink2 slow tu...wahhh merasa jugak tengok bunga sakura tahun ni walaupun tak merimbun yang macam tahun lepas tu...memang betul kata sahabat tu, kalau duk tempat suam2 cepat dia mekar!!, masa dia bagi bunga ni semuanyer masih berputik lagi....suka..suka..

Tunggu masa jer yang putik2 tu nak mekar!!..terima kasih pada Yoko san yang baik hati tu, bersusah2 dapatkan bunga sakura ni untuk ibu!!..
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Jom nak share beberapa gambar kenangan masa tengok bunga sakura ni pada tahun lepas.
Rindua-rinduan...jadi kenang-kenangan...












Toyama Time
Ipoh Time













