-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-01-20

Soubetsukai@Farewell Party

Telah berlangsung pada hari Sabtu lepas di kaikan, majlis yang dibuat untuk meraikan adik2 senior kita yang akan grad Mac tahun ini. Terima kasih atas jemputan dan syabas kepada pihak AJK SMAT ( Student Malaysia Association in Toyama) yang telah menganjurkan majlis yang sangat best ni..( rasa macam berada dimalam anugerah pulak..hehe..) Juga pada malam itu telah diadakan satu perbincangan/undian untuk penyerahan tugas kepada ahli2 AJK SMAT baru 2010/2011 nanti.

Sessi makan-makan, malam tu disajikan dengan menu nasi minyak, yogurt buah dan ada cupcake special yang dibuat oleh adik2.

Wajah comot dua beradik yang sedang menikmati yogurt buah2an. Oshiikatta!!

Ada acara penyerahan anugerah pulak.... memang macam malam anugerah artis2 tu..calon2nyer adalah adik2 senior kita. Ada ketegori lelaki hemsem,lelaki lasak,lelaki sopan santun,wanita anggun....bla...bla...Memang sempoi betul idea korang ni..Tahniah kepada yang berjaya mendapat anugerah tu!!

Inilah dia wajah2 yang akan melangkah keluar dari bumi Toyama ni. Termasuklah ada sorang tu..tak lain dan tak bukan ayahlah!!..masing2 memberi ucapan terakhir. Semoga adik2 yang tinggal lagi dibumi Toyama ini akan terus berusaha maju kehadapan dan dapat menjaga/kekalkan surau Musolla demi agama tercinta kita. (gambar ni cilok dari FB Yuki..gomen ne..)

Ucapan dari ayah dan berkongsi cerita tentang pengalaman hidup dan juga pengalaman bekerja. Semoga adik2 semua berjaya dalam apa yang diceburi dan jangan cepat mengalah. Belajar dan bekerja adalah satu dunia yang sangat berbeza..tonjolkan diri dan buktikan kemampuan bangsa kita..

Ye..ini dia wajah "senpai of the year" (senior of the year). Nama : Adam bin Ibrahim. Syabas dan tahniah!!..hikhik

Cupcake comel ni dibuat oleh adik2 perempuan kita, comel dan cantik kan..setiap atas cupcake tu ditulis nama masing2.

Ini ibu ngan ayah punyer. Tima kasih yer..


Masing2 berposing dengan cupcake...kalau cupcake tu boleh cakap mesti dia kata "aku pening..."sebab malam tu semua orang duk bergaya bergambar dengan cupcake je..

Senior2 yang diraikan termasuklah jugak ibu dan ayah dapat cenderahati dari penganjur. Payung kiut!!..tima kasih yer..

Majlis bersurai lebih kurang pukul 12mlm.. terima kasih semua..kepada AJK SMAT baru selamat menjalan tugas 2010/2011. Kepada adik2 yang dah dapat kerja selamat menempuh alam bekerja dan yang belum lagi ade rezeki tu..cuba2 lagi apply insyAllah kalau ada rezeki tak kemana..

2010-01-19

Jom Buat Dialog Lucu Contest

Contest ini dianjurkan oleh "Tadika Aulad". Saje mencuba dan menyahut permintaan Kak Pah untuk join contest ni. Kalau menang alhamdulillah dan hadiahnyer adalah berupa wang ringgit..
tarikh tutupnyer adalah pada 31hb Jan 2010. Jadi jom kita beramai2 memeriahkan contest yang dianjurkan oleh Kak Pah kita..

Syarat2nyer adalah seperti berikut :

1. Menjadi follower Tadika Aulad @ Auladjannah
2. Meletakkan link Aulad di blog anda.

(Mereka yang telah menjadi follower dan sudah meletakkan link di blog, sila ke syarat berikutnya)

3. Copypaste banner Aulad Is The One dan letakkan di dalam N3 peraduan anda.
4. Copypaste gambar di bawah iaitu gambar yang dijadikan bahan peraduan. Karang satu dialog berpandukan gambar. Dialog mestilah di antara boy 1, boy 2 dan boy 3.
5. Dialog mestilah original dan lucu. Hanya satu N3 sahaja yang diterimapakai.
6. Sila tinggalkan jejak di dalam ruang komen di bawah sekiranya anda telah membuat N3 dan sudah memenuhi syarat-syarat di atas. Kakpah akan ke rumah anda.
7. Pemenang akan dipilih melalui dialog yang anda karang.

Nota penting: Dialog tu tulis di bawah gambar. Kalau ditulis di dalam box kat gambar tu, nanti tulisan jadi kecil tak dapat baca.





Boy 1 - Ehh..ehh ade kete orang cabut gigi datangla..

Boy 2 - Mane..mane..yela...doktor itam tu mesti jahat cek kasar2 kan..

Boy 3 - Gigi kita putih...tu aaa mak kita bagi makan scott bagi gigi cihat.

2010-01-18

Birthday boy potong kek!!

Birthday boy tanyer "ibu takde duit ke nak beli kek cantik?.." fuuhhh..ayat yang boleh buat telinga berdesing dengonyer!!..almaklumlah dia pun tau kot agaknyer ibu dia ni tak reti nak buat kek lawa2 macam yang jual kat kedai2 tu dan macam kawan2 luar sana yg buat cantik2..huhu...
Apapun rasa bangga jugak buatkan kek hasil dari tangan sendiri untuk anak tersayang..walaupun simple takde deco-deco yang meriah2...
Selesai sudah meraikan hari jadi Ikmal yang sederhana aje, kata orang birthday ni syarat jer nak bagi anak2 seronok potong kek peh tu nyanyi tuk dia habis hati le kembang kempis hidung senyum....suka....
Jom nyanyi sikit.." Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi Ikmal...Seamat Hari Jadi..."

OK ..kasi potong itu kek!!, hasil penyusunan stoberi oleh ayah..

Apa menu malam tu?? Takde yang special...makan mee hailam jer, plan macam2 nak masak tapi hari sabtu tu kawan tipon bagitau nak ajak main ski hari ahad tu! Tak nak hampakan request dari kawan tu join jugak la pagi tu main hingga pukul 3.30ptg...balik tu kelam kabut nak prepare masak..buat yang penting dulu iaitu "kek" lepas tu menu yg simple seterusnyer mee aje ler...plan asal sudah lari daa...

Ni hadiah dari Nakaichi famili...aiskrim "Baskin Robbins". Arigatou ne..oishii katta..yum-yum...

Peminat ais krim...especially orange flavor.


"Tima kasih ayah".....inilah hadiahnyer!! Beli pun guna auction murah sikit berbanding beli kat kedai. Tima kasih pada Faiz yang telah berusaha untuk bit dah akhirnyer berjaya dapatkannyer...jasa dikenang!!



2010-01-17

Birthday boy

Allah selamat kan kamu..Allah selamat kan kamu..Allah selamat kan Nizarul Ikmal Afif..Allah selamat kan kamu...
Happy Birthday to you..Happy birthday to you..Happy birthday to you..Happy birthday to you..
Hari ni 17hb Januari 2010 genaplah sudah usia Ikmal yang ke 7 tahun. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, berilmu, berjaya didunia dan diakhirat...Ameen


2010-01-16

Forever friend...

Kata mereka " watashi tachi wa zutto tomodachi ne.." tak sangka lepas makan "zenzai" di rumah Sachiyo san hari tu, 3 sekawan ni menangis...sebab diorang menghitung hari bila ibu sefamili akan berangkat balik ke Malaysia.. (inila gambar mula2 kami bertangkap bertiga masa mula2 sampai disini)

Dalam hati ini pun terasa sedih sangat2 bila akan tinggalkan kawasan ini, memang rasa tak percaya pulak ada timbul perasaan macam tu..kat umah pun kadang2 menangis..teruk betui mak budak ni..
Kata orang seronokla kalau dah nak balik kg halaman, ade ke patut nak bersedih....

Biar ibu jawab dari hati kecil ini....
- Dari Malaysia nak ke Jepun menangis sebab tinggalkan keluarga, adik beradik, sedara mara, kawan2...tapi kata ayah kita tak perlu ada rasa sedih yang melampau sebabnyer pasti lepas 2 tahun kita akan balik ke tanah air....itu memang pasti!!!

- Tapi bila dari Jepun nak balik ke Malaysia, kami akan terus balik dan mustahil akan datang kembali kesini (harapan semoga anak2 esok dapat datang melanjutkan pelajaran kesini...) tu yang buatkan hati ni rasa sayu sangat2..bukan apa banyak sangat kebaikan kawan2, pertolongan jiran2 di sekitar kawasan sini..tu yang sedih.. walaupun kita orang asing tapi jiran2 dan kawan2 tetap melayan kami sefamili dengan sangat baik.



2010-01-15

Zenzai

Dari semalam yuki turun hingga ke hari ini, kawasan2 menjadi putih dilitupi salji..nampak bersih saujana mata memandang. Amat kerap salji turun ditahun ini, seolah2 tau pulak ini adalah tahun akhir kami menikmati suasana ini....( ada duit pasti nak turun Jepun lagi..huhu )
Anak2 pun seakan dah biasa sangat musim ni. Alhamdulillah setakat ini kesihatan anak2 masih ok, harap dijauhi dari sebarang penyakit dimusim sejuk2 ni. OKlah berbalik pada tajuk asal hari ni iaitu "zenzai". Apa tu "zenzai"????

Zenzai adalah salah satu dessert orang Jepun. Ia sejenis bubur manis yang dibuat dari kacang merah (read bean) dan disajikan dengan mochi (sticky rice cake) .

Inilah rupa mochi yang akan digandingkan bersama dengan red bean nanti. Gambar ni pinjam dari Mr.Goggle..
Cara nak masaknyer senang jer...masukkan mochi tu dalam oven select 3-4 minit kemudian mochi tu akan masak dan keluarkan.

Taraa......dan boleh terus dimakan dengan kacang merah yang telah direbus bersama dengan sedikit gula. Mudah dan senangkan....inilah rupa Sachiyo san masakkan semalam. Sachiyo san, arigatougozaimashita...oishikatta

Inilah kisah semalam, Sachiyo san telipon suruh datang rumah dia semata2 nak jamu kan "zenzai" ni. Dijemputnyer sekali dengan Yoko san..
Pernah jugak nampak mochi tu banyak dijual di supermarket2 ( especially nak masuk tahun baru hari tu..) tapi tak tau ape ke bendenyer tu...adusss malunyer ...dah hampir nak balik kg pun tak tau lagi.. Rupanyer iniler rupa cara makannyer...

Tau tak berapa kandungan kalorinyer kalau kita makan zenzai ni?? Mengikut kata kawan-kawan jepun tu setiap satu mochi tu ibarat makan satu mangkuk nasi, kalau semalam ibu disajikan dengan 3 ketul mochi tu ibarat makan 3 mangkuk nasi...Ohhhhh tidakkkk!!!!!!!
Dengan nada bergurau katanyer lepas makan semalam bolehle exercise sodok yuki kat kawasan2 rumah....hehe

2010-01-14

Makan kenduri di Nyuzen

Makan kenduri?? Kenduri orang kawen?? Orang jepun ke??? Tak ehhhh, orang Mesia. Nilah citer hujung minggu lepas pengantin yang baru balik dari mengadakan kenduri di kampung halaman (Mesia nun..) dengan baik hatinyer meraikan kawan2 di sini pulak. Telah melangsungkan persandingan hujung bulan December lepas, (nikah awal..) . Tima kasih pada pengantin Ityk (Hafiz) dan pasangannyer Zura yang telah mengadakan kenduri di sini.

Inilah dia pengantin baru, kedua2nyer bekerja disini baru aje tamat muqaddam (habis study daa...) Perjalanan nak kerumah dioarang ni ambik masa lebih kurang 45min yang terletak di Nyuzen,Kurobe. Masih lagi dalam kawasan Toyama.

Port ayah bersama dengan anak2...dimerata2 ceruk ada...habis satu rumah tetamu konker..lebih kurang 30 lebih tetamu!

Yang ni lagi sempoi..asal ade kawasan, kat atas anak tangga pun lebuh..model tangga tengah makan nasi!!

Onna2 jugak yang special makan dalam bilik..hikhik..Kami dijamukan dengan nasi beriani (mana lagi kalau bukan dari Kashmir...), ada salad, pecal dan puding batik (pecal dan puding tu made from Tachidee,Toyama..hehe..paham2 ler yer.)

Berkumpul satu rumah udah macam adik beradik semuanyer..macam2 ragam, macam2 yang digebangkan...dan yang menjadi mangsa usik dan gurau adalah hero2 kecik ibu! Ada yang melayan memang jadi....


Lepas perut kenyang, melayan video persandingan pengantin yang diraikan di kampung halaman.

Terimalah coffee maker ni dari kami sefamili...hikhik... Nilah hadiah dari kami sefamili, mintak ampun tak sempat nak balut!!..

Ni pulak hadiah dari onna2..apa isi dalam tu?? Katanyer set Body Shop..

Apapun tima kasih diucapkan pada tuan rumah atas jemputan ni...