-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-12-21

Makan-makan hujung tahun

Tahun ni kawan2 jepun nak tumpang buat makan2 hujung tahun dirumah. Tahun lepas pun ada buat jugak...
Begitula kebiasaan orang2 jepun setiap hujung tahun diorang akan mengadakan jamuan makan2 antara keluarga. Tuan rumah plan makan nasi je malam tu, kemudian buat gulai kari, ikan sweet sour, malaysia sarada (pecal), karipap....
Diorang tak bagi buat banyak2 sebabnyer famili diorang pun ada prepare makanan jugak.. Ini antara menu yang sempat ayah tangkap....

Ikan masak sweet sour. Suka dorang makan sweet sour ni..sesuai dengan tekak agaknyer!!
Karipap.


Jom kita tengok apa juadah kawan2 lain buat...

Yer...ada sushi dan inari sushi (taufu manis) dari Sachiyo san...sedap!!!
Ini adalah hasil kreativiti asben Sachiyo san menulis perkataan "Terima Kasih"..pada cheese kek yang dibuatnyer...Pandai betul!!!..

Dan Yoko san famili buat nabe (sejenis makanan rebus)...nyumm..nyumm sedapnyer dapat makan nabe dimusim sejuk begini. Ni adalah antara makanan yang popular bila tiba musim sejuk di Jepun. Senang je kata orang makanan campak2..bermacam2 jenis sayuran dan seafood. Makan ramai2 memang best!!

Makan-makan ni diadakan pada hari Sabtu lepas, bersama dalam jamuan makan-makan ni adalah famili Nakamura (yang bawak pergi Apple Farm dulu..) jangan kenangla sehari suntuk yuki turun hari tu dan teramat tebalnyer!! Jenuh dorang ngangkut barang2 makan dari rumah dorang!!. Tapi nabe masak bila nak start makan ..segala dapur nak masak semua Yoko angkut dari rumah dia..

Sanchiyo san dan asben bersama dengan anak Nakamura san.




Tuan rumah bergambar bersama....anak2 masing2 buat hal sendiri...

Ikmal dan Arata kun tengah melangut tengok TV.

Mifzal dan Arata kun.

Yoko san, Keta kun (anak Yoko) dan Arata kun.


Sebelum Nakamura san nak balik ambik gambar dulu...


2009-12-18

Yuki hari kedua...

Salji tak henti2 turun dari pagi tadi hingga ke malam...mencecah 0 darjah celcius. Diramalkan akan turun hingga hujung minggu ni. Bila tengok salji makin menebal diluar sana rasa macam tak sedap hati pulak nak biarkan anak2 balik sendiri dari sekolah, apa lagi pukul 3ptg tadi keluar rumah la berjalan kaki nak ambik budak2 2 beradik tu... Elok aje nak melintas jalan tengok Mifzal dah balik bersama dengan Arata kun tapi adiknyer tak ada bersama katanyer belum keluar lagi... Sempat dia bagitau lepas balik nak main salji dengan Arata buat yuki durama (snowman)..Ibu passkan kunci rumah je kat Mifzal dan meneruskan perjalanan ke sekolah....

Alahai kesiannyer dia..yang lebih terharu guru besar sekolah sendiri yang guide budak2 darjah satu balik!!...Bersama dengan beberapa guru yang lain...masing2 guide kawasan2 tertentu!!....mungkin budak2 tahun satu takde pengalaman lagi....memang terharu!!. Bila guru besar nampak ibu, terus dia lepaskan budak2 area yang sama dengan Ikmal untuk ibu continue guide...beria ucapkan terima kasih...

Yuki dah hampir menyamai paras lutut Ikmal. Rasanyer tahun ni lagi tebal berbanding dengan tahun lepas!

Suasana sepanjang perjalanan nak balik ke rumah lepas ambik Ikmal.

Lepas dah sampai rumah je terus kanak-kanak ribena tu nak main salji kat koen (tmn permainan) belakang rumah. Sekarang malam cepat sangat...pukul 4.30ptg dah gelap..gagahi jugak la diri ini nak temankan anak2 main salji...sejuk wehhhhh!!



Suasana sekitar koen...


Tak sempat nak tunggu yuki durama siap...nak balik rumah la tak tahan nunggu deme main kat situ.

JOM tengok video kanak2 ribena tengah nak buat yuki durama..

Perjumpaan Ibu Bapa

Semalam telah diadakan satu perjumpaan dengan ibu / bapa murid2 bagi sekolah Mifzal ngan Ikmal ni. Tujuan untuk membincangkan perkembangan anak2 disekolah..dari segi pembelajaran, sukan, pergaulan, makanan dan yang seangkatan dengannyer..
Semalam ayah ambik half day, nak harapakan ibu yang pergi sorang alamat entah apa2 la yang ibu paham....hikhik....

Perjumpaan yang pertama dimulakan dengan Nakamura sensei yang mengajar didalam kelas international. Mifzal dan Ikmal punyer sensei untuk kelas ni.
Tepat 2.30ptg ibu dan ayah sampai, terharu sensei sebab katanyer ontime sampai..
Mula2 sensei bagitau perkembangan Mifzal. Banyak yang dah improve....alhamdulillah...
Komen dari sensei untuk Mifzal :
1) Sudah boleh membaca buku dengan laju
2) Tau banyak tulisan "kanji"

3) Hafalan matematik untuk kali-kali (sini dipanggil kuku) dari kali 1 hingga 9, boleh hafal dengan laju

4) Bila diberi cerita panjang masih belum dapat untuk buat summary cerita tu.

5) Bila diminta untuk buat apa2 karangan (dlm bahasa Jepun) boleh buat.

6) Tulisan hiragana, kanji cantik...

7) Setiap apa yang dilakukan didalam kelas mesti nak no 1. Mifzal selalu nak menang dalam setiap apa yang dia buat. Selalu taknak kalah dengan Martin (anak org Amerika).


Komen untuk Ikmal :
1) Tulisan hiragana dan kanji dah bertambah improve
2) Boleh baca hiragana dengan laju

3) Bila diajar semuanyer cakap "KANTAN"..(senang) tapi bila disuruh buat tak tau!!

4) Suka memuji kawan2 lain dengan nada bersungguh2...contoh...cantiknyer tulisan.....cantiknyer lukis.....pandainyer.....lajunyer...
(org jepun sukalah kalau ade sikap2 mcm ni..suka puji dan ada rasa rendah diri..) seperti yang sedia maklum ayat yang dia biasa guna kalau tengok ibu dia buat sesuatu...."Hebatnyer ibu......"...hikhik
5) Dah pandai main nawatobi (skipping), daripada tak tau langsung...(memang ibu akui sebelum ni memang dia tak tau guna tali skipping tu..) dah boleh melompat hingga 30 pusingan tali!!.

6) Dulu dalam kelas suka tumbuk2 abang dia, tapi sekarang dah tak buat!!...hehe....abis semua sensei report!


Selesai perbincangan, mintak kebenaran nak ambik gambar dengan Nakamura sensei.

_____________________________________________________________________

Beralih ke Mikami sensei iaitu guru kelas untuk darjah 2 (kelas asal Mifzal). Time perjumpaan pukul 3.10ptg.

Komen dari Mikami sensei untuk Mifzal :
1) Seperti komen diatas, boleh baca dengan laju.
2) Ramai mempunyai kawan2 dan boleh bercakap/bersembang dengan kawan2 sekelas.

3) Hafalan untuk kali-kali (sini dipanggil kuku) boleh buat dari kali 1 hingga 9.

4) Teramat suka dengan sukan bola sepak dan juga larian.

5) Kurang makan sayur yang disediakan oleh pihak sekolah. Susu kotak pun langsung tak pernah ambik!!



Mintak kebenaran juga untuk bergambar selepas selesai sesi perbincangan.

_________________________________________________________________

Kemudian beralih ke Nagamori sensei iaitu guru kelas darjah 1 (kelas asal Ikmal). Time perjumpaan adalah pukul 3.30ptg. Berderet kami jumpa semalam...lepas satu...satu cikgu.

Komen dari Nagamori sensei untuk Ikmal:
1) Sudah boleh membaca hiragana dan tulis dengan baik
2) Sudah boleh mengira dan boleh buat kiraan campur dan tolak
3) Sekarang sudah makin berani berbanding dulu...kalau dulu ada apa2 masalah tak cakap.. tau2 je dah menangis..sekarang dah boleh cakap kalau ada apa2 masalah

4) Sudah punyai kawan dan boleh bergaul didalam kelas

5) Suka makan sayur dan ambik susu yang disediakan oleh pihak sekolah. Dulu memang dia tak suka langsung makan sayur tapi sensei ni paksa dia untuk cuba rasa..bila dah rasa automatik dia jadi suka. Berbeza sikit dgn abg dia, abg dia ni pesen memang langsung tak nak cuba sebab tula sampai sekarang susah nak makan sayur. Cuma timun je yang boleh masuk dalam mulut dia.


Selesai perbincangan mintak kebenaran untuk bergambar sekali dengan Nagamori sensei.

Lebih kurang macam tu la sesi perbincangan semalam....banyak yang positif dari negatif...alhamdulillah...next year cabaran baru pulak bagi 2 beradik ni...Semua sensei rasa sedih sebab next year dah tak dapat ajar lagi. Harapan diorang satu masa nanti 2 beradik ni dapat datang lagi ke Toyama...
Terima kasih cikgu sebab telah berusaha untuk mengajar anak2ku. Jasa dikenang....

2009-12-17

Yuki dah turun...

Seperti yang diramalkan dari stesen kaji cuaca malam tadi yuki (salji) dah turun di kawasan Toyama, hari pertama selalu tak tebal mana pun tapi kesejukan tu yang membuatkan nak bangun pagi malas sangat!!...tapi dah nama seorang ibu mestilah nak tunaikan tanggungjawab pada anak2 yang nak ke sekolah dan pada suami tercinta yang nak pegi kerja...Seperti biasa sarapan perlu disiapkan dan bento (bekal) perlu disediakan!

Dan ayah terpaksa keluar awal dari rumah untuk ke pejabat, biasa 7.30pg bila tempuh musim ni kenala kuar awal 20min...nak cuci cermin kerete yg penuh dilitupi ais..nak buang ais2 yang duk kat atas bumbung kete..nak sodok ais2 kat sekitar jalan nak keluar...dan yang penting tu masa nak memandu kena slow2 takut jalan licin!!...tayar kete khas untuk musim ini pun dah ditukar oleh pihak syarikat. Tula sebabnyer orang2 jepun ni kurang suka dengan musim ni kot ye...


Anak2 ibu nak pergi sekolah dengan ditemani yuki sepanjang jalan...ibu la yang kesian dengan dorang tapi dorang heran pun tak...bangun pagi bila tengok yuki penuh atas bumbung2 rumah jiran senyum je...suka...sebabnyer sepanjang jalan nak kesekolah tu mesti dua beradik ni sangkut sekejap main ais!!


Baru keluar dari rumah bersama dengan Arata kun. Hampir sebulan mask kena pakai sebab musim2 sejuk ni mudah terkena penyakit berjangkit terutama demam/selsema enfluenza.


Jalan sebelum nak melintas ke tempat berkumpul. Dalam group ni ada 4 sekawan, yang mengetuai group ni adalah anak kepada Yoko san iaitu Keta kun. Dia dalam darjah enam. Beginilah kehidupan cara anak2 jepun ke sekolah....ramai2 berjalan kaki dan setiap kumpulan ada ketua untuk guide budak2 kecik ni..dan beginilah rutin setiap hari ibu menghantar anak2 hingga ke tempat perkumpulan!!

Arata tu macam dah tak sabar je rupa nak main ais!!..nampak kat tangan tu dah ada ketulan ais..dua beradik ni sebab ibu ada sekali tu yang cuba kontrol tengokla bila hilang depan mata sama naik jugak tu!!..

OK dah sampai tempat perkumpulan....sekarang nak tunggu Keta kun untuk pergi ke sekolah bersama2..


JOM layan video masa tengah yuki turun..ambik dari tingkap rumah je lepas anak2 dah kesekolah..rumah kami tingkat 2 jadi mudah nampak ais atas bumbung2 rumah jiran




2009-12-16

Lunch with nihon jin tomodachi

Hari ni Yoko san ngan Sachiyo san ajak lunch kat luar. Sebulan sekali mesti dorang ajak makan2 kat luar nak pulak masing2 tak keje..suri rumah la katakan, tapi Sachiyo san cuti hari ni. Dia keje sendiri jadi takde masalah kalau nak cuti.
Cuaca semakin sejuk...memang nak keluar rumah tu rasa liat sangat2, tapi siang tadi salji tak turun lagi kemungkinan malam ni akan turun.

Kami lunch di Saizeriya, restoran Itali.

Kalau dah namanyer restoran Itali..makan apa lagi semestinyer spegette la..ni ibu punyer yang kenkawan tu makan yang ade daging2 tu...

Dalam set tu ada sarada (salad) sekali...tinggal sikit je tu sebab dah termakan..

Dan ini desert kami...ibu makan coffee jelly wif aiskrim, yang kek dan kastad puding tu dorang punyer...

Snap satu gambar Yoko san tengah nak start makan....hehe..


2009-12-15

Sira Pisang Rangup

Pengat memang enak kalau dihidangkan pada sebelah petang. Lebih-lebih lagi kalau hari hujan di petang hari. Asyik sungguh!! Minum pulak air kopi yang kurang manis...nikmat tak terkata. Hai tak kecur air liur ke?? Modal nak buat pengat ni bukanlah mahal sangat. Kalau dah terliur tu, cuba-cuba buat. Setakat tenung gambar aje tak kenyang...hikhik

KATA2 DARI : INFO SAJI.....bukan kata-kata dari si empunyer blog yer...harap maklum...hikhik..... Jom petang ni kita pekena dengan " sira pisang rangup".

BAHAN-BAHAN
400ml santan cair
200ml santan pekat
150gm pisang
150gm gula melaka
80gm sagu
50gm gula pasir
100gm kelapa kering
1 biji telur ayam
1 helai daun pandan ( tak pakai sebab takde..)



CARA-CARA
1. Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan
2. Masukkan gula pasir dan santan pekat, biarkan mendidih selama lima minit.
3. Sementara itu, sadurkan pisang dengan telur dan salutkan bersama kelapa kering.
4. Goreng sehingga warnanyer kekuningan.
5. Letakkan ke dalam magkuk dan tuangkan kuah ke atasnyer.


***SELAMAT MENCUBA....***




2009-12-14

Puding Kukus

Hari ni buat aktiviti memuding, resepi diambil dari majalah SAJI. Mudah dan bahan2nyer tersangatlah senang untuk diperolehi. Kalau bab2 mengukus ni memang laju je nak buat!!



BAHAN-BAHAN
2 keping roti gardenia (kalau sini pakai roti PASCO tu..)
1 tin buahan campuran dalam tin
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
1/2 cawan gula castor
2 cawan susu cair / segar



CARA-CARA
1. Roti dimasukkan dalam mangkuk puding (potong kecil2)
2. Tuang pula buahan campuran
3. Telur, esen vanillan, susu dan gula dipukul sebati
4. Tuang ke dalam adunan
5. Kukus selama 25 minit
6. Siap untuk dihidangkan

***SELAMAT MENCUBA....***