-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2012-05-18
Kasihnya ibu membawa ke syurga...Selamat Hari Ibu
Kepada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang mengunjungi blog ini, diucapkan Selamat Hari Ibu dan sesungguhnya kita bertuah dan amat beruntung menjadi orang yang mendapat kasih sayang ibu, tak kiralah ibu kandung, ibu memertua, ibu ngkat, ibu tiri, ibu saudara atau sebagainya...kasih sayang ibu tiada batasan dan tak pernah berakhir biarpun ke hujung nyawa...Sayangilah ibu dan rajin-rajinlah menatap wajahnya kerana memandang wajah kedua ibu dan bapa itu adalah besar rahmatnya...
Dikesempatan ini ibu ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak iaitu Pn Latipah bt Pandak Zainudin (gambar yg paling atas) dan ibu mertua Pn Zahuriah bt Hj Ismail (gambar dibawahnya). Semoga mak panjang umur, diberi kesihatan yg berpanjangan, di limpahi rahmat dan semoga hidup sentiasa di berkati. Sayang mak....
Terima kasih yg tak terhingga pada en.suami dan dua anak teruna ibu, ingat jugak nak belikan kek sempena hari ibu ni...luv u so much...emmmmmuahhhh
2012-05-04
Farewell Party
Salam bersiaran kembali, lama rasanyer tak menjenguk kesini..kalau seminggu tak update rasa lain sangat, dah jadi kemestian pulak seminggu sekali mesti nak update. Kekadang masa tak mengizinkan tu yang banyak cerita2 yang dah agak basi. Tapi share tetap share untuk kenangan dimasa hadapan. Esok2 dah tua bolehla cucu2 tengok cerita2 opah ngan atok dia masa muda2 dulu...hehe
OKla entry kali ni ibu dengan kawan2 ade buat makan2 kecik2 dekat kafeteria tempat keje ibu, buat masa lunch time pun...ade ler dalam setengah jam.
Ini buat untuk geng2 perempuan jer...kira yang paling rapat dengan Lin la ni..
Kami kawan2 sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Lin, kami pasti akan merindui Lin disana. Mula2 pasti akan rasa janggal berjauhan dengan famili..tapi percayalah pengalaman akak disana dulu banyak mengajar kita erti kehidupan sebenar. Dan yang paling seronok sekali dapat merasa suasana 4 musim dan belajar adat dan kehidupan orang2 jepun. Rezeki dapat kesana...
Gambatte Lin..
Thanks kepada Huda atas hasil air tangan mengsponsor kek yang sangat sedap ini. Nanti pasti Lin teringat2 kek yang sedap ni.
2012-04-14
Opening of AEON Station 18, Ipoh
Ramai yang menantikan sudahnya pembinaan pusat membeli-belah baru Aeon Jusco di Station 18 Pengkalan. Pembukaan rasmi adalah pada 29 March yang lepas. AEON ni merupakan yg kedua di Perak dan dikatakan antara yg terbesar di Malaysia.
Memang besar pun AEON Station 18 ni. Jauh lagi besar dari Jusco Kinta City di Ipoh Garden tu. Antara restoran yang ada kat sini ialah seperti Nandos, Sakae Sushi, Sushi King, Mister Donut, Coffee Bean Leaf, La Boheme, Secret Recipi, Pizza, KFC, Papa Johns Pizza, Pappa Mia, ..fuhhh kalau nak sebut satu2 berjelar2 lagi.
Jom kita layan gambar2 dibawah ni.
Dengarnyer lebih kurang 160 buah restoran yang ada dalam bangunan ni. Ini antara gambar2 nyer-:
Mister Donut. ( Teringatnya pada kawan2 Jepun ibu dulu..pernah keluar dengan dorang makan2 kat Mister Donut)
Lebih menarik ada Daiso shop aka 100yen shop, semua barangan bernilai rm5 satu. Wahhh rindunyer dgn kedai barangan Jepun ni. Rasanyer lebih murah kalau dalam bentuk nilai YEN. Kalau rm5 tu rasanyer agak mahal!! kalau di Jepun baru rm3++.
**** Last sekali nak ucap terima kasih pada en goggle sebabnyer gambar2 ni semuanyer cedok dari situ... Arigatougozaimashita!!
2012-04-10
11.04.12.. Happy Birthday my Friend
Happy Birthday
Your birthday is
the perfect time
to wish you nothing less
than favorite memories
plans and dreams
that bring you
happiness
-
2012-03-30
Jamuan birthday Aqil
Kalau dah umur anak kita masuk setahun tak lengkap rasanyer kalau tak celebrate apa2...bukan nak beria2 sangat pun...rasa macam umur setahun tu tersangatlah comel dan specialnyer untuk diingat, walhal tuan badan heran pun idak. Bukan paham apa2 pun....cuma mak budak ni jer yang terlebih excitednyer.
Jamuan kecil makan petang ni telah disambut pada 25hb lepas, meraikan hero kecik ibu yang baru masuk setahun tu. Jemputan untuk family jer..
yang paling best dua-dua opah Aqil ade bersama dalam jamuan ni. Terima kasih luangkan masa untuk cucu sorang ni.Frust nengok kek ni "bolen" tak berbaju...malas nak mention beli kat mana. Yang pastinyer tersangatlah JAHAT kedai itu!! Kalau ibu yang pergi sah2 kene tanye punya. Ni ayah yang pegi sorang2...haram tak perasannyer.
Sian Aqil potong kek "bolen"..hehe.. Langsung tak sporting birthday boy ni!!...Bersungguh2 dia nak tanggalkan topi yg kat atas kepala dia tu. Laju jer tangan dia nak ambik.
Dalam banyak2 gambar yang diambik, ni jerla yang kira nampak Aqil dalam keadaan baik dan tenangnyer....hehe...emmmm mujor ler tak pakai filem2 ni kalau idak kompem...sendiri mau ingat.
Ade ke gaya macam seorang pemain bola sepak tu? Tersangatlah teruja dengan bola yer. Kat tangan ada..kat kaki pun ada..dah macam rupa besor sangat2 dah anak ibu.
2012-03-20
Selamat Hari Lahir Yg Pertama...Nizarul Irfan Aqil
Permata hati ketiga kami, ibu namakan sebagai Nizarul Irfan Aqil.
Hari ni 20.03.2012 genap setahun usia Aqil.
Aqil membesar dengan sihat dan sempurna. Bijak Alhamdulillah. Sedikit nakal, lasak and suka nak cuba benda yang bukan–bukan. Satu jari kecil sentiasa nak masuk dalam mulut..berlelehan air liur yg keluar...haha.. pipi nak kene selalu dilap sebab penuh satu muka bau air liur dia..(time2 umur cenggini masih wangi lagi kalau kita cium. Takpe masih macho lagi. Vocab tak banyak sangat tapi bolehlah sikit – sikit. Dah boleh sebut boooaaa, bola la tu.., sebut ayah...dia sendiri tukar abah..dan yang paling best dah pandai sebut ba..ba..ba..maknenyer tu `BoboiBoy`...kartun animasi yang tengah top sekarang ni..hehe..Cukuplah tu kan. Cuma perkataan ibu tak sebut2 lagi ni...tu yang geram tu. Tersangat teruja dan terlebih exited dengan permainan bola. Baik dalam TV atau pun real2 tengok org2 bermain di padang. Alahai...si bapak sibuk nak anak2 berkecimpung dalam dunia badminton, nampaknyer si kecik ni lebih ke bola pulak. Sangat marah dan terus menangis kalau apa yang ada ditangannyer dirampas oleh orang lain. Jalan pun dah pantas sekarang ni. Kaki agak cepat dapat berbanding abang2 dia. Seawal umur 10 bulan nak masuk 11 bulan dah boleh berjalan dengan jayanyer..
Sekejap je masa berlalu. Macam baru semalam je ibu gigih berpantang. Rupanya dah setahun. Takde perkataan yang tepat untuk gambarkan betapa sayangnya ibu pada Aqil. Ibu dan ayah selalu doakan yang terbaik untuk dia. Selalu... Ibu nak Aqil bangga ada ibu macam aku. Hehehh.
Aqil sayang,
Selamat Hari Lahir yang pertama.
Ibu doakan Aqil sihat sentiasa dan dalam lindungan serta kasih sayang yang Maha Esa. Ibu dan ayah sayangkan Aqil sangat – sangat. Jadi anak yang soleh ye sayang. Yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. I love you sayang.
2012-03-10
Section Dinner@Sameer Al-Arabi
Ini kali kedua buat makan2 bersama dengan section tempat kerja. Kali ni pilihan tempat di Restoran Pak Arab. Restoran Sameer Al-Arabi. Lokasi di Station 18 berdekatan dengan rumah...hehe. Berlangsungnyer bulan lepas pada 17 Feb. Pilihan lokasi dipilih oleh diri sendiri. Sebelum ni dah pekena dengan famili dulu..anak2 amatlah suka dengan menu2 disini jadinya sajer la select sini pulak. Kalau tak dorang masih lagi nak select tempat yang sama masa buat makan mula2 dulu, kat Restoran Pakeeza tu. Macam tak best jer kalau nak buat kat situ lagi...
Ni antara menu2nyer..paling sedap dan best desert yang diberi nama Labey Sehri. Suka sangat2..

Ni sebahagian yang hadir. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Bergambar bersama sebelum balik.Terima kasih pada en suami yang bagi kebenaran untuk join dalam section dinner ni. TQ sebab jaga anak kita hero kecik tu yang semakin ligat sejak dah dapat kaki ni. Tak boleh lepa mesti kene perhati selalu. Paling aktif dibandingkan dengan abang2 nyer...Semoga anak ibu membesar bagai johan!!






















Toyama Time
Ipoh Time













