-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2012-03-30

Jamuan birthday Aqil

Kalau dah umur anak kita masuk setahun tak lengkap rasanyer kalau tak celebrate apa2...bukan nak beria2 sangat pun...rasa macam umur setahun tu tersangatlah comel dan specialnyer untuk diingat, walhal tuan badan heran pun idak. Bukan paham apa2 pun....cuma mak budak ni jer yang terlebih excitednyer.

Jamuan kecil makan petang ni telah disambut pada 25hb lepas, meraikan hero kecik ibu yang baru masuk setahun tu. Jemputan untuk family jer..
yang paling best dua-dua opah Aqil ade bersama dalam jamuan ni. Terima kasih luangkan masa untuk cucu sorang ni.
Frust nengok kek ni "bolen" tak berbaju...malas nak mention beli kat mana. Yang pastinyer tersangatlah JAHAT kedai itu!! Kalau ibu yang pergi sah2 kene tanye punya. Ni ayah yang pegi sorang2...haram tak perasannyer.
Sian Aqil potong kek "bolen"..hehe..

Langsung tak sporting birthday boy ni!!...Bersungguh2 dia nak tanggalkan topi yg kat atas kepala dia tu. Laju jer tangan dia nak ambik.


Dalam banyak2 gambar yang diambik, ni jerla yang kira nampak Aqil dalam keadaan baik dan tenangnyer....hehe...emmmm mujor ler tak pakai filem2 ni kalau idak kompem...sendiri mau ingat.



Ade ke gaya macam seorang pemain bola sepak tu? Tersangatlah teruja dengan bola yer. Kat tangan ada..kat kaki pun ada..dah macam rupa besor sangat2 dah anak ibu.

0 ulasan:

Catat Ulasan