-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2012-05-04

Farewell Party

Salam bersiaran kembali, lama rasanyer tak menjenguk kesini..kalau seminggu tak update rasa lain sangat, dah jadi kemestian pulak seminggu sekali mesti nak update. Kekadang masa tak mengizinkan tu yang banyak cerita2 yang dah agak basi. Tapi share tetap share untuk kenangan dimasa hadapan. Esok2 dah tua bolehla cucu2 tengok cerita2 opah ngan atok dia masa muda2 dulu...hehe
OKla entry kali ni ibu dengan kawan2 ade buat makan2 kecik2 dekat kafeteria tempat keje ibu, buat masa lunch time pun...ade ler dalam setengah jam.

Yang diraikan Razlina (bertudung kelabu) yang akan terbang jauh nun ke bumi sakura pada 04hb May ni. Rezeki dapat merasa macam ibu dulu. Berada disana selama 2 tahun setengah...
Ini buat untuk geng2 perempuan jer...kira yang paling rapat dengan Lin la ni..

Kami kawan2 sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Lin, kami pasti akan merindui Lin disana. Mula2 pasti akan rasa janggal berjauhan dengan famili..tapi percayalah pengalaman akak disana dulu banyak mengajar kita erti kehidupan sebenar. Dan yang paling seronok sekali dapat merasa suasana 4 musim dan belajar adat dan kehidupan orang2 jepun. Rezeki dapat kesana...
Gambatte Lin..
Thanks kepada Huda atas hasil air tangan mengsponsor kek yang sangat sedap ini. Nanti pasti Lin teringat2 kek yang sedap ni.

Kalau ade sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ade umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..

InsyaAllah berjumpa kita ditahun 2014..

0 ulasan:

Catat Ulasan