-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2012-04-14

Opening of AEON Station 18, Ipoh

Ramai yang menantikan sudahnya pembinaan pusat membeli-belah baru Aeon Jusco di Station 18 Pengkalan. Pembukaan rasmi adalah pada 29 March yang lepas. AEON ni merupakan yg kedua di Perak dan dikatakan antara yg terbesar di Malaysia.

Memang besar pun AEON Station 18 ni. Jauh lagi besar dari Jusco Kinta City di Ipoh Garden tu. Antara restoran yang ada kat sini ialah seperti Nandos, Sakae Sushi, Sushi King, Mister Donut, Coffee Bean Leaf, La Boheme, Secret Recipi, Pizza, KFC, Papa Johns Pizza, Pappa Mia, ..fuhhh kalau nak sebut satu2 berjelar2 lagi.
Jom kita layan gambar2 dibawah ni.

Selamat Datang


Information counter

Clown

Ballon monkey

Restaurant street
Dengarnyer lebih kurang 160 buah restoran yang ada dalam bangunan ni. Ini antara gambar2 nyer-:

Nandos Restaurant

Mister Donut. ( Teringatnya pada kawan2 Jepun ibu dulu..pernah keluar dengan dorang makan2 kat Mister Donut)

Sakae Sushi

Kafe Sweet Chat


Food court

Lebih menarik ada Daiso shop aka 100yen shop, semua barangan bernilai rm5 satu. Wahhh rindunyer dgn kedai barangan Jepun ni. Rasanyer lebih murah kalau dalam bentuk nilai YEN. Kalau rm5 tu rasanyer agak mahal!! kalau di Jepun baru rm3++.



**** Last sekali nak ucap terima kasih pada en goggle sebabnyer gambar2 ni semuanyer cedok dari situ... Arigatougozaimashita!!

0 ulasan:

Catat Ulasan