-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2012-03-20

Selamat Hari Lahir Yg Pertama...Nizarul Irfan Aqil

Permata hati ketiga kami, ibu namakan sebagai Nizarul Irfan Aqil.

Hari ni 20.03.2012 genap setahun usia Aqil.

Aqil membesar dengan sihat dan sempurna. Bijak Alhamdulillah. Sedikit nakal, lasak and suka nak cuba benda yang bukan–bukan. Satu jari kecil sentiasa nak masuk dalam mulut..berlelehan air liur yg keluar...haha.. pipi nak kene selalu dilap sebab penuh satu muka bau air liur dia..(time2 umur cenggini masih wangi lagi kalau kita cium. Takpe masih macho lagi. Vocab tak banyak sangat tapi bolehlah sikit – sikit. Dah boleh sebut boooaaa, bola la tu.., sebut ayah...dia sendiri tukar abah..dan yang paling best dah pandai sebut ba..ba..ba..maknenyer tu `BoboiBoy`...kartun animasi yang tengah top sekarang ni..hehe..Cukuplah tu kan. Cuma perkataan ibu tak sebut2 lagi ni...tu yang geram tu. Tersangat teruja dan terlebih exited dengan permainan bola. Baik dalam TV atau pun real2 tengok org2 bermain di padang. Alahai...si bapak sibuk nak anak2 berkecimpung dalam dunia badminton, nampaknyer si kecik ni lebih ke bola pulak. Sangat marah dan terus menangis kalau apa yang ada ditangannyer dirampas oleh orang lain. Jalan pun dah pantas sekarang ni. Kaki agak cepat dapat berbanding abang2 dia. Seawal umur 10 bulan nak masuk 11 bulan dah boleh berjalan dengan jayanyer..

Sekejap je masa berlalu. Macam baru semalam je ibu gigih berpantang. Rupanya dah setahun. Takde perkataan yang tepat untuk gambarkan betapa sayangnya ibu pada Aqil. Ibu dan ayah selalu doakan yang terbaik untuk dia. Selalu... Ibu nak Aqil bangga ada ibu macam aku. Hehehh.


Aqil sayang,
Selamat Hari Lahir yang pertama.
Ibu doakan Aqil sihat sentiasa dan dalam lindungan serta kasih sayang yang Maha Esa. Ibu dan ayah sayangkan Aqil sangat – sangat. Jadi anak yang soleh ye sayang. Yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. I love you sayang.


0 ulasan:

Catat Ulasan