-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-08-11

Toyama Matsuri (festival)

Festival ini telah diadakan bermula dari 7hb sehingga 9hb August..ramai sungguh manusia yang datang.

Suasana di tempat festival tu..dengarnyer malam pulak ada orang nyanyi2...tu le stage nyer..ada pulak "Mr.Toyama" besar kepala dari badannyer!!


Suasana di tempat festival tu...orang berniaga ala2 macam pasar malam.


Rehat sekejap sementara menunggu Nakaichi family sampai. Lentuk manja nampak si ayah tu!!

Ibu dapat tau tentang festival ni dari tempat ibu belajar nihongo.
Di center itu berbagai2 maklumat dan aktiviti di Toyama kita boleh ketahui..ibu agak berminat untuk mencuba satu tarian yang diberi nama "Owara dance". Tarian tu lemah gemalai aje..kena pakai yukata dan berarak ramai2 di jalan2. Plan memang nak masuk sekali dengan kawan2 jepun ibu tu.
Masa center tu buat latihan 2 minggu sebelum festival ni ibu tak dapat datang disebabkan kawasan tempat ibu tinggal ni ada buat petandingan bowling. Langsung tak dapat nak ikut latihan tarian tu.


Kalau ibu dapat buat latihan tu mesti dah boleh join ngan diaorang ni. Itulah kata orang takde rezeki. Kalau nak masuk jugak entah apa step ibu belasah nanti..untuk elakkan malu baik tak payah join. Ada betul????




Berbagai2...dari setiap company2 dan pejabat2...cantik sungguh kalau tengok tarian yang mengenakan yukata yang sama color.



Bergambar dengan kawan2 yang sama kelas belajar nihongo, diaorang tu rakyat China.


Kebetulan berjumpa dengan Shichiken sensei. Bekas cikgu Mifzal yang mengajar di sekolah Yanagimachi Elementary School. Tapi sekarang dah bertukar kesekolah lain. Rupanyer dia pun join dalam tarian owara ni.




Nakaichi family yang sentiasa tak bosan menemani ibu sekeluarga. Ada aje apa2 aktiviti mesti diaorang nak turun sekali. Terima kasih bebanyak le...temankan ibu sefamili ni. Sekarang diaorang tengah cuba2 nak belajar Bahasa Malaysia, siap beli buku sekali dengan cd. Sungguh terharu...


Tukar camera man!! sekarang giliran ayahnyer pulak nak bergambar..


Tempat melepak nak tengok owara dance berarak ditepi2 jalan. Sukanyer ayah tu!!


Yoko san lewat sikit sampai...nasib sempat dapat ketemu.

2009-08-10

Party at Toyama City International Center

Sabtu lepas hari terakhir ibu dengan kawan2 yang lain mengikuti japanese course untuk musim summer tahun 2009. Seperti yang ibu bagitau sebelum ni kelas "special musim summer" ni hanye diadakan seminggu sahaja bermula dari hari isnin hingga jumaat lepas, dan hari sabtu kami menikmati sedikit party kecil2an. Kelas dibahagikan kepada 3 kategori. First category "Introductory Class", 2nd category "Beginners Class dan 3rd category is "Intermediate Class". Ibu yang bukan terror mana ni ikutkan nak masuk under 2nd category tapi sensei sorang tu tak berapa bagi ibu masuk under 2nd category tu sebab pelajarannyer agak sama dengan kelas yang biasa ibu ikut iaitu pada hari jumaat dan ahad. Yang ibu agak kecut perut nak join kelas ketiga tu bukan apa sebab semua diajar menggunakan "Hiragana" tu yang agak risau tu...sebab ibu tak berapa pandai sangat2....selalu mesti nak tulis dalam "romanji"...senang sikit!!!. Tapi atas nasihat my hubby untuk challenge ibu setuju jugaklah untuk join kelas ketiga ni.


Bersama dengan kawan2 sekelas dan sensei yang mengajar.


Suasana sebelum bermula party.


Bersama Rien Eu san dan Lavy san.



Ikutkan si ayah dan anak2 hanye nak jamu2 mata aje nak tengok party ni tapi sensei disitu semua baik2 dan suruh join sekali...dapat la makan sekali..nasib party tu diaorang sediakan sushi...bolehla ibu anak beranak makan kalau depe sajikan makanan yang tak boleh makan mesti kecewa....


Kami kena nyanyile...lagu kanak2 pulak tu..lagu citer kartun jepun. Seronok jugak. Lirik dah disediakan, pendek aje...


Jomla layan lagu kartun jepun ni...


Kelas2 yang lain pun ada jugak buat persembahan..lokonan pun ada..


Dapat sijil..




Selepas semua satu kelas dengan ibu dah dapat sijil kami bergambar sama2 buat kenangan.


Yang ni pulak kawan2 dari kelas lain..semua pun dapat sijil jugak.


Kuiz jugak diadakan setiap hari. Keratan kecil kertas disediakan dan semua pelajar hendaklah masukkan apa jawapannyer beserta dengan nama kedalam kotak yang disediakan, dan setiap keesokan harinyer barulah sensei tampal kat notice board sapa yang hampir2 tepat jawapannyer. Bermula hari Selasa iaitu kira berapa berat (dlm gram) teddy bear. Yang ni ibu dapat no 5. Hari Rabu teka berapa biji kacang mame. Yang ni ibu dapat no 2. Hari Khamis pulak kira berapa helaian poskad. Yang ni ibu dapat no 6.
Tak sangka kuiz teka berapa panjang ukuran "obi" (kain lilit kat kimono) iaitu pada hari Jumaat ibu dapat no 1. Perghhhh!!! yang lebih rasa tak caya tu ukuran yang tepat!!! 310cm...seronok..seronok..seronok.. Inilah gambar tengah ngambik hadiah. Terima kasih sensei..



Tumpang sibuk bergambar sekali dengan kawan2 dari kelas lain..nasib baik tak kena halau!! Ayah ngan anak2 pun ada....

Memang enjoy!!

2009-08-07

Murata Malaysia Family News

Seronok sangat bila orang di MME masih nak kongsi news about Murata Malaysia dengan ibu sefamili disini. Sekurang2nyer ibu yang jauh ni pun tau jugak apa terlatest punyer perkembangan di tempat kerja ibu ngan ayah disana. Thank you to HR.


Managing Director Mr.Osamu Onishi..banyak memikirkan apa yang terbaik untuk meningkatkan dan mempertahankan Murata Malaysia...ikutkan lama dah bungkus...sekarang semakin kukuh..Alhamdulillah...syukur




Cerita dari Toyama Murata pun ada diselitkan sekali..alhamdullillah ayah dapat bawak "buah tangan" dari sini untuk Murata Malaysia. Dan bulan October ni ada beberapa staff lagi yang akan mengikuti programe yang sama..iaitu bekerja di negara matahari terbit. Semua hendaklah berpegang pada "MALAYSIA BOLEH"...



.
Cayalah....


Ini yang rasa seronok ni boleh tau sapa yang baru kawin..dan sapa yang baru lepas dapat anak baru....terkejut ni kawan ibu sorang ni beranak lagi...Tahniah Samsi Hamizah!!. senang betui korang ni ye!!! Dan tahniah pada Kak Yang ( Roslina )..akhirnye dapat jugak sorang lagi..tahniah!tahniah!. Begitu jugak ngan abg Salim..tahniah no 6!!.dan juga pada yang lain2..pada yang naik pelamin "Selamat Pengantin Baru", dapat yang dapat baby baru.."Congratulation On Your New Baby Born"!! sayangnye ibu jauh tak dapat nak tengok.



2009-08-06

Terkenang semasa dulu...

Demi seorang kawan dia suruh ibu masukkan gambar2 sekitar tahun 2006 untuk dijadikan kenangan dalam blog ibu ni. Siap hantar email send gambar2 ni. Ibu tunaikanlah permintaan kawan ibu tu..Memang rindu suasana macam dulu...memang susah untuk berkumpul bersama...masing2 dah ada keluarga dan kerjaya jadi susah jugak nak bersua. Last adalah pada tahun 2006..masa ni semua dapat berkumpul sekali...bukanlah maksud langsung tk pernah jumpa selepas tu kiranyer tak cukup forum..susah nak dapat kumpul serentak..gitula lebih kurang.


Ibu ngan auntie Zulita aje yang still maintain tak tambah2 lagi...yang lain2 tu semua dah bertambah2 anak diaorang..emmm...jeles..jeles..jeles..
Takpelah bahagian masing2..dan rezeki masing2..Allah tau apa yang terbaik untuk kita kan??



Ni pulak gambar kat rumah ibu di Ipoh. Rindula kat korang semua!! dan jugak rindu kat rumah tu...sabar2...lebih kurang 8 bulan lagi nak balik..
Yang penting kawan2.. kita tak putus contact ok...walau dimana jua berada kalian tetap dalam ingatan...tak pernah lupa punye..

2009-08-05

Hanko Making

Minggu ni Toyama City International Center (CIC building 3F) ada buat Summer Intensive Japanese Course dari hari Isnin hinggalah ke hari Sabtu. Bermula pukul 10.30pg-12.00tgh. Kesian anak2 kat rumah terpaksa tinggal berdua minggu ni sebab ibu kena keluar belajar. Boringle depe berdua tu, kalau time sekolah takde le masalah sangat kena pulak time bebudak berdua tu cuti sekolah. Belum habis sempat keluar kelas berdering2 telefon bunyi tanyer bila nak sampai rumah...bila tengah kayuh basikal pun berbunyi lagi telefon tanyer kenapa tak sampai2...kesian jugak takde sapa2 kat rumah.
Hari ni habis kelas ada pulak special lesson belajar nak buat Hanko. (cop nama buat dari rubber eraser). Murah aje nak belajar buat tu..100¥ aje.



Pelajar2 tengah asyik toreh rubber eraser tu dengan pisau untuk bentukkan nama masing2.


Nak confirm ngan sensei ok ke tak?? Bila tengok sendiri2 macam buruk aje..ibu tertoreh besar sangat la....macam tak cantik aje...tengok bawah.


Dah siap nama ibu - NOR -. Paling mudah nak buat sebab tulisan katagana, dan pendek berbanding dengan orang lain. Yang kena guna tulisan kanji nak buat nama lagi la jenuh..Jangan perbetulkan gambar pertama tu memang tengok nama tu terbalik tapi bila dah dicop atas kertas jadi OK!!.



Kawan2..baju hitam tu namanyer Lavy san dari negara Romania, baju brown namanyer Eya san dari negara France dan yang sorang lagi tu namanyer Rin Eu san dari negara China.

2009-08-02

Hanabi

Plan asal nak pergi tengok hanabi (bunga api) sekali dengan Yoko san tapi disebabkan anak dia tak sihat jadi dia tak dapat join sekali. Kesian Yoko..it's ok..important thing please take care your son. Ibu pergi dengan Nakaichi san family aje. Dapatle nak mengenakan yukata sekali lagi. Tu pun atas kerjasama Sachiyo san dia yang tolong ibu nak pakai..hehe..kalau sendiri2 entahlah..

Bergambar dalam rumah sebelum sama2 nak pergi tengok hanabi.
Nanti dah balik Malaysia entah bila pulak la nak pakainye. Thank you Sachiyo san because help me how to wear yukata. Anak2 dan ayah mengenakan "jinbei".


Tahun ni agak cepat sikit diaorang main hanabi..pukul 7.45 mlm dah start. Ibu terlewat sikit sampai.









Soalan dari Ikmal "Ibu..ibu..langit tu tak pecah ke??"..



Mifzal ngan Arata melangut aje nengok bunga api..tapi si adik entah apa yang dia termenung!!


Anak2 bersama dengan Nakaichi san family. Ayah hilang sekejap, si Ikmal bising nak minum..terpaksa pergi cari kedai nak beli air.


Asyiknyer tengok hanabi tu!!!


Cantik2 adik2 akak ni..macam model aje menggayakan yukata..jangan marah ye adik2 sebabkan frust tak dapat ambik gambar cantik macam ni kak nor cuba sedut dari facebook dan masukkan dalam blog ni..Jeles tengok si Anis tu..hehe..
Semua2 ni student dari Toyama universiti. Tapi sayang tak dapat jumpa la hari tu..ramai sangat manusia..


Wajah2 ayu wanita Malaya..."Siapa bilang gadis melayu tak menawan..tak menarik hati tiada memikat.." chewah lagu Jamal Abdillah la pulak!!!


Nakaichi san family.




Dalam perjalanan nak balik, sempat nak bergambar berlatar belakangkan Toyama Jo ( Istana lama Toyama)