-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-02-23

Plan baik punya..

Perjumpaan yang tak dirancang betui2 ni, tapi memang best sangat2 sebab susah nak cukupkan forum kalau nak berjumpa dengan kawan2 seanak dara dulu2. Sempena cuti tahun baru cina baru2 ni, inilah masa yang dikira paling sesuai sangat2 nak berjumpa...cuti panjang memasing balik kampung...kalau nak plan jumpa hari raya janganlah harap....yelah kan masing2 mestilah nak beraya ngan famili dan sanak sedara! Ni tumpang cuti raya bangsa lain dapatlah nak berjumpa.

Inilah kawan2 ibu dari zaman remaja lagi, ( Dari kiri: Aton, me, Ida, Yanti, Norzi and Zulita) kalau zaman masa bujang2 dulu ibarat tido sebantal...makan sepinggan..gelak sama2..nangis sama2..minat mamat tu ler...minat mamat ni ler.. adalah salah sorang kawan ibu ni ( ida ) sampai jadi posmen tukang ngantor surat nak ngorat en suami. Fuhhh semua dalam kenangan tu.. kata orang kalau dah jodoh tu tak kemana...kan..kan...thanks ida tolong jadi posmen dolu2..hehe.. Kali ni ibu ngan Ida masing2 bawak perut!! Due pun tak jauh beza. Kawan2 yang lain tolonglah doa2kan kami berdua senang nak beranak yer...

Riuh setaman kalau dapat berjumpa..lebih2 lagi Zulita yang paling kecoh!! Yang lain ngesah ngekor bontot anak2 tapi dia releks takyah susah2 nak ngekor, anak sorang dah besar panjang! Masing2 bawak juadah dari rumah. Orang ni bawak...orang tu bawak.. jadi penuh juadah atas meja! Memang cantik plan korang ni...kalau idak jenuh jugak...hehe...tapi itu small matter no problem!!! Kalau tahun depan buat lagi kami sudi jadi tuan rumah lagi!!..Janji korang bawak makanan....haha..

Manja2 gitu....Aton dah ada sepasang anak..Yanti dah ade tiga heroin dan sorang hero!

En.suami bersama dengan suaminyer si Aton. Ikmal takde geng hari tu abangnyer tertido sebab keletihan. Budak2 ni mula2 nak kenal memang kene ambik masa sikit, memasing buat dont know jer...

Tahun depan ade rezeki kita gather lagi macam ni yer...

Dahulunyer sorang..kemudian berdua...bertiga...dah kininyer beginilah...dah beranak pinak kita yer...tapi perangai masih macam budak2 lagi kalau berjumpa!! Walau apapun kalian tetap dalam ingatan sampai bebila...

0 ulasan:

Catat Ulasan