Ini aktiviti famili pada 010111 yang lepas. Sempena tahun baru dan cuti sekolah yang dah ngujung2 sesangat..kesian kat anak2 langsung tak plan nak bawak diaorang kemana2..minta maaf yer anak2 berdua. Ibu dan ayah tak buat plan pun..sibuk kerja jer semedang...
Kali kedua sampai kesini, sebelum tu pernah sekali sampai kesini masa famili day anjuran tempat ibu dan ayah kerja dulu..seingat area tahun 2007 sebelum kami sefamili berhijrah sementara ke Jepun.
Kali ni plan pergi ke Sungai Klah Hot Spring bersama dengan abang ipar famili. Tempat cenggini memanglah menjadi pujaan semua anak2..iaitu berendam dalam air!!
Bersama dengan Kak Ana (biras). Ibu tak dapat join berendam sekali..huhu..tengah memboyot macam ni tukang cuci2 mata jer la tengok gelagat anak2 orang yang mandi manda pada hari tu.Ini aktiviti board walk. Berjalan atas batu2.. Lega tapak2 kaki tapi bila lama sangat jadi sakit pulak!!
Ada bermacam2 facilities lagi yang disediakan didalam ni..ada famili bath, tradisional massage, therapy pool, kedai cenderamata, food court...macam2 ada..
Jadi pada sapa2 yang nak kunjung kesini tiket masuk tersangatlah murahnyer..bolehla nak bawak anak2 bermandi manda disini
Operating hours: 8am - 10pm daily
Entrance Fee: RM10/adult and RM8/child
Address:
Sungai Klah Hot Springs Park
36000 Sungkai
Perak













Toyama Time
Ipoh Time














0 ulasan:
Catat Ulasan