-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2011-01-20

Sejuknya disana..panasnyer disini..

Minggu ni memang sangat-sangat terasa bahang panasnyer...bila kuar jer dari tempat kerja rasa bahang panas yang teramat sangat!! Tapi bila duk dalam opis leganyer dik kerana adanyer aircond!! huhu...Tambahan kata orang kalau orang mengandung ni memang mudah sangat terasa hangat/panas!! Ada setuju???? Anak2 pun muka macam lebam semacam jer..bila kena hari yang ada pendidikan jasmani jenuh ler berpanas bermain ditengah padang!!. Especially Ikmal yang bersekolah diwaktu petang. Bila ibu cakap kulit Ikmal dah hitam ler..lebam..katanyer mana ada!! Kulit mai (ikmal) putih!! betui..kawan mai pun cakap..tengok badan mai ni!! dan-dan tu diangkatnyer baju tunjuk tang perut dia. Hehe...

Tapi dikala ini tersangatlah sejuknyer kalau berada di nihon dulu! Sebab tu ibu sajer2 suka masukkan widget cuaca di nihon dalam blog ni. Bila tengok butir2 putih yang turun tu rasa...ohhhh teringatnyer diwaktu ini terasa sangatlah sejuk dan anak2lah orang yang sangat seronok bermain salji..

Baru2 ni bukak laman web sekolah anak2 masa di nihon dulu. Yanagimachi Elementary School. Sajer la nak share suasana anak2 jepun disekolah sana tengah sodok2 salji disekitar kawasan sekolah. Kalau anak2 ibu disana sekarang ni mesti sama2 turun join kan..



Memori indah disana sentiasa kami tak lupakan. Kebaikan kawan2 dan jiran2 persekitaran yang sangat kami hargai. Ade rezeki duit lebih sikit rasa macam nak pergi lagi ke Toyama..jumpa kawan2..jumpa cikgu2..jumpa jiran2..

0 ulasan:

Catat Ulasan