Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan anakku Nizarul Mifzal Amin...Allah selamatkan kamu....
Syukran..syukran..bertarikh 31hb July genaplah sudah umur anak sulungku yang ke-10 tahun. Pejam celik..pejam celik..dah besar panjang dah...dah nak sama paras kat bahu ibu dia..
Harapan ibu semoga Mifzal menjadi anak yang soleh, berjaya didunia dan akhirat, jadi contoh yang baik pada adik2, taat pada Allah, ayah dan ibu dan membesar bagai JOHAN!!!

-----> About me
- NorNaza
- Ipoh, Perak, Malaysia
- Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.
2011-07-30
Happy 10th birthday...
2011-07-09
Sukan sekolah
Dua minggu lepas sekolah Mifzal ngan Ikmal ade buat sukan sekolah. Ni kira tahun pertama la dua beradik ni merasa sukan kat sekolah ni, tahun lepas tak dapat join sekali sebab sekolah buat sukan awal tahun. Masa tu belum balik sini lagi..cikgu pun main masuk jer dua2 beradik ni rumah sukan hijau. Bukan nak cakap la, dah macam satu trend pulak kalau rumah sukan hijau ni memang rumah sukan paling corot, betui tak caya zaman ibu sekolah dulu2 pun sama kalau hijau mesti paling last..tiap2 tahun mesti corot..hehe.. Bila tanyer kat Ikmal masuk acara apa, dia kata entah tak tau ler masuk apa.. tanyer abang dia pulak dia cakap masuk acara lompat tinggi dengan lompat jauh. Emm...kalau dengarkan citer si adik bila buat latihan sukan selalu cakap lari dapat no 2 la..no 3 la..latihnyer hari2 sebelum nak tempoh sukan betul2..tapi dia sendiri pun tak tau terpilih ke atau tak bila sukan betui2 nanti...ajenyer budak ni.
Mifzal tak masuk apa2 acara larian hari tu sebabnyer acara lompat tinggi dan jauh dah buat awal sehari dari hari sukan tu. Mifzal dapat gold medal tuk lompat tinggi! Tahniah anak ibu. Kalau dulu di sekolah Jepun Mifzal selalu dipuji sebab lari laju....tapi kat sini dia tak terpilih walaupun masa buat latihan dapat lari no 3 mungkin cikgu nak bagi sama rata kalau semua mifzal masuk nanti tak aci pulak..bagi can semua budak2 merasa masuk.
Si kecik ibu ni pun ikut sekali nak nengok abang dia punyer sukan sekolah. Sayang dia maintain tak ragam. Aqil memang budak baik.
2011-07-03
Majlis Akikah+Berendoi+Cukur jambol
Entry kali ni nak berkongsi cerite "majlis khas" untuk anak teruna kecik kami yang kini berumur 3 bulan setengah. Majlis telah berlangsung pada 05hb June lepas iaitu majlis akikah+naik buai dan cukur jambol yang pada ketika itu umurnyer dua bulan lebih. Tiga dalam satu!! Majlis khas untuk bb Irfan Aqil. Alhamdulillah walaupun bertembong dengan majlis orang kawen tapi kenduri ni tetap ramai yang hadir. Terima kasih pada yang sudi luangkan masa untuk datang kerumah kami.Irfan Aqil yang sangat sporting diendoikan dalam buaian. Memula tu asyik nguik2 jer, tapi ibu diminta oleh makcik2 marhaban join sekali untuk dodoikan Aqil baru dia duk diam dah terus tertido dengan nyanyian zikir dari makcik2 marhaban tu.
Sekarang Aqil dibawa untuk dicukur jambulnyer. Lepas sorang..sorang krodi kepala Aqil. Gambar atas tu opah Aqil tengah nyenget cukur jambul cucunyer.
Sekarang rambut saya nak dibotakkan. Sebaiknyer dicukur pada hari ketujuh atau dalam pantang tapi masa yang tak sesuai terpaksa dipospond. Join sekali buat dengan majlis akikah ni. Dipuji sebab sangat sporting bila dibotakkn kepalanyer..merelakan diri jer!! mana idaknyer member tengah diulik mimpi masa tengah krodi kepala dia.

2011-06-25
Bungkusan dari jauh lagi
Salam kepada semua pengunjung rumah ini, hampir sebulan tak bersiaran terasa lama sesangat. Jari jemari ni pun dah tak sabar2 nak menari2 di keyboard ni. Hujung minggu yang penuh dengan schedule2nyer, tu yang tak sempat nak update cerita2 baru. Dalam hati ni memang nak sangat kalau boleh update selalu supaya boleh dijadikan memori untuk masa akan datang tapi apakan daya..
Kali ni nak share citer kira2 sebulan yang lepas, kami terima lagi satu bungkusan yang datangnyer dari nun jauh disana...Nihon. Apa lagi kalau bukan dari dua sahabat ibu disana. Segan pulak rasanyer kerap terima barang2 dari sana sedangkan ibu ni plan dari sehari ke sehari nak kirim hadiah kesana tapi tak jugak lepas2...malu..malu.. tapi bulan ni kena beli something jugak untuk membalas walaupun bukan mintak untuk dibalas.
Nak tengok apa kiriman kali ni?? Apa kaitan dengan gambar dua beradik ni main badminton tu?? Haaa...kalau nak tau sut baju badminton tulah kiriman untuk Mifzal dan Ikmal. Pandai dan sangat sesuai saiz yang dikirim. Sekarang ni dua beradik ni adalah pelajar badminton bawah akademi negeri Perak. Setiap Sabtu pukul 2ptg hingga 5ptg di Ipoh. Ayah dorang yang beria nak hantar kesini...nak jadi jaguh negeri ke jaguh negara??? Alah jaguh kampung pun takper...hehe..Doa yang terbaik untuk anak2..
Thank you so much to my lovely friend Sachiyo san and Yoko san. Hopefully we can meet again. Matane..Jumpa lagi..
2011-05-28
28 May ulangtahun kami
Hari ni 28 May,genap sudah usia perkahwinan ibu dan ayah yang ke 12 tahun. Sangat bermakna tahun ni sebab ahli famili sudah bertambah dari berempat kini berlima.
Semoga hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat, walau kadang2 berlaku jugak perselisihan paham..tabahkan hati..sayang selalu.. Cahayamata hati ibu dan ayah..kini dah berusia dua bulan lebih. Dah pandai nak ngajak nyembang dan senyum...
2011-05-16
Kek Hari Ibu
Sempena hari ibu baru2 ni plan nak beli kek untuk mak. Kebetulan hari tu pulak adik masuk rumah baru. Jadi ajak mak potong kek kat rumah baru adik jer..terasa sungguh bermakna pulak bila tarikh "hari ibu" tu mak dapat potong kek kat rumah baru anak dia.
2011-05-07
Kasihnya ibu membawa ke syurga...
Kepada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang mengunjungi blog ini, diucapkan Selamat Hari Ibu dan sesungguhnya kita bertuah dan amat beruntung menjadi orang yang mendapat kasih sayang ibu, tak kiralah ibu kandung, ibu angkat, ibu tiri, ibu saudara atau sebagainya...kasih sayang ibu tiada batasan dan tak pernah berakhir biarpun ke hujung nyawa...Sayangilah ibu dan rajin-rajinlah menatap wajahnya kerana memandang wajah kedua ibu dan bapa itu adalah besar rahmatnya...
Dikesempatan ini ibu ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak iaitu Pn Latipah bt Pandak Zainudin (gambar yg paling atas) dan ibu mertua Pn Zahuriah bt Hj Ismail (gambar dibawahnya). Semoga mak panjang umur, diberi kesihatan yg berpanjangan, di limpahi rahmat dan semoga hidup sentiasa di berkati. Sayang mak....














Toyama Time
Ipoh Time













