-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-07-09

Sukan sekolah

Dua minggu lepas sekolah Mifzal ngan Ikmal ade buat sukan sekolah. Ni kira tahun pertama la dua beradik ni merasa sukan kat sekolah ni, tahun lepas tak dapat join sekali sebab sekolah buat sukan awal tahun. Masa tu belum balik sini lagi..cikgu pun main masuk jer dua2 beradik ni rumah sukan hijau. Bukan nak cakap la, dah macam satu trend pulak kalau rumah sukan hijau ni memang rumah sukan paling corot, betui tak caya zaman ibu sekolah dulu2 pun sama kalau hijau mesti paling last..tiap2 tahun mesti corot..hehe..

Bila tanyer kat Ikmal masuk acara apa, dia kata entah tak tau ler masuk apa.. tanyer abang dia pulak dia cakap masuk acara lompat tinggi dengan lompat jauh. Emm...kalau dengarkan citer si adik bila buat latihan sukan selalu cakap lari dapat no 2 la..no 3 la..latihnyer hari2 sebelum nak tempoh sukan betul2..tapi dia sendiri pun tak tau terpilih ke atau tak bila sukan betui2 nanti...ajenyer budak ni.

Mifzal tak masuk apa2 acara larian hari tu sebabnyer acara lompat tinggi dan jauh dah buat awal sehari dari hari sukan tu. Mifzal dapat gold medal tuk lompat tinggi! Tahniah anak ibu. Kalau dulu di sekolah Jepun Mifzal selalu dipuji sebab lari laju....tapi kat sini dia tak terpilih walaupun masa buat latihan dapat lari no 3 mungkin cikgu nak bagi sama rata kalau semua mifzal masuk nanti tak aci pulak..bagi can semua budak2 merasa masuk.

Si kecik ibu ni pun ikut sekali nak nengok abang dia punyer sukan sekolah. Sayang dia maintain tak ragam. Aqil memang budak baik.

Sampai tido2 dia...

Abang Ikmal ngambik tempat nak lari pas beton tu.

Ke garisan....sedia..

Mula !!...Ikmal..gambare..nasib ade sorang cikgu tu baik hati tolong ayah tangkapkan gambar. Dapat la tangkap dari jarak dekat. Terima kasih cikgu Min.

Yeah..tahniah anak ibu dapat pingat gangsa.


0 ulasan:

Catat Ulasan