-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-06-25

Bungkusan dari jauh lagi

Salam kepada semua pengunjung rumah ini, hampir sebulan tak bersiaran terasa lama sesangat. Jari jemari ni pun dah tak sabar2 nak menari2 di keyboard ni. Hujung minggu yang penuh dengan schedule2nyer, tu yang tak sempat nak update cerita2 baru. Dalam hati ni memang nak sangat kalau boleh update selalu supaya boleh dijadikan memori untuk masa akan datang tapi apakan daya..

Kali ni nak share citer kira2 sebulan yang lepas, kami terima lagi satu bungkusan yang datangnyer dari nun jauh disana...Nihon. Apa lagi kalau bukan dari dua sahabat ibu disana. Segan pulak rasanyer kerap terima barang2 dari sana sedangkan ibu ni plan dari sehari ke sehari nak kirim hadiah kesana tapi tak jugak lepas2...malu..malu.. tapi bulan ni kena beli something jugak untuk membalas walaupun bukan mintak untuk dibalas.
Nak tengok apa kiriman kali ni??

Apa kaitan dengan gambar dua beradik ni main badminton tu?? Haaa...kalau nak tau sut baju badminton tulah kiriman untuk Mifzal dan Ikmal. Pandai dan sangat sesuai saiz yang dikirim. Sekarang ni dua beradik ni adalah pelajar badminton bawah akademi negeri Perak. Setiap Sabtu pukul 2ptg hingga 5ptg di Ipoh. Ayah dorang yang beria nak hantar kesini...nak jadi jaguh negeri ke jaguh negara??? Alah jaguh kampung pun takper...hehe..Doa yang terbaik untuk anak2..

Domo arigatou to auntie Sachiyo and Yoko. Baju cantik kami suka!!..

Kami nak jadi macam anak2 Sidek!!! Kata ayahnyer si kecik yang baru 3 bulan pun nak diajar main badminton bila dah besar nanti....semua geng2 ayah!! Geng ibu pulak?? takdela nampaknyer...

Rupanyer untuk baby Irfan Aqil pun ade jugak..cantik dan cute baju kartun anpaman ni. Kartun ni memang famous giler la kat sana. Irfan tak muat pakai lagi boleh simpan bila dah besar sikit.

Thank you so much to my lovely friend Sachiyo san and Yoko san. Hopefully we can meet again. Matane..Jumpa lagi..

0 ulasan:

Catat Ulasan