-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-07-03

Majlis Akikah+Berendoi+Cukur jambol

Entry kali ni nak berkongsi cerite "majlis khas" untuk anak teruna kecik kami yang kini berumur 3 bulan setengah. Majlis telah berlangsung pada 05hb June lepas iaitu majlis akikah+naik buai dan cukur jambol yang pada ketika itu umurnyer dua bulan lebih. Tiga dalam satu!! Majlis khas untuk bb Irfan Aqil. Alhamdulillah walaupun bertembong dengan majlis orang kawen tapi kenduri ni tetap ramai yang hadir. Terima kasih pada yang sudi luangkan masa untuk datang kerumah kami.
Irfan Aqil yang sangat sporting diendoikan dalam buaian. Memula tu asyik nguik2 jer, tapi ibu diminta oleh makcik2 marhaban join sekali untuk dodoikan Aqil baru dia duk diam dah terus tertido dengan nyanyian zikir dari makcik2 marhaban tu.


Sekarang Aqil dibawa untuk dicukur jambulnyer. Lepas sorang..sorang krodi kepala Aqil. Gambar atas tu opah Aqil tengah nyenget cukur jambul cucunyer.


Sekarang rambut saya nak dibotakkan. Sebaiknyer dicukur pada hari ketujuh atau dalam pantang tapi masa yang tak sesuai terpaksa dipospond. Join sekali buat dengan majlis akikah ni. Dipuji sebab sangat sporting bila dibotakkn kepalanyer..merelakan diri jer!! mana idaknyer member tengah diulik mimpi masa tengah krodi kepala dia.

Muka saya sebelum dibotakkan



Makcik2 marhaban yang datangyer dari Siputeh. Terima kasih sebab dapat datang juga walaupun last minit baru bagitau. Ikutkan memasing ade kenduri kawen hari tu.


0 ulasan:

Catat Ulasan