-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2013-01-25

Happy Belated Birthday to my son..Ikmal Afif

Selamat Hari Lahir yg ke-10 buat anakku Nizarul Ikmal Afif, biarpun lewat untuk dikongsi disini tapi yang pastinyer setiap 17hb Jan pasti ibu dan ayah mengingatinyer....tapi selalunyer diri dia sendiri yang selalu ingatkan sebabnyer sibuk nak present dan kek...huhu

" Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.

Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.
Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.

Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin "

2013-01-12

Jalan-jalan cuti sekolah 2012

Salam bersiaran kembali... lama rasanyer tak update dalam blog ni, tahun baru 2013 pun dah menjelma. Anak2 kembali bersekolah dan selangkah lagi umur kita berganjak tahun ni.
Apapun semoga tahun ni adalah tahun yang terbaik untuk kita semua. Kalau ada azam yang tak lepas tahun lepas tahun ni masih boleh continue lagi yer...yang penting jangan putus asa. Hidup harus diteruskan.....
Entry yang dah agak lama untuk  dikongsi dan juga untuk tatapan masa hadapan, cuti sekolah tahun lepas kami sefamili jalan2 ke KL. 3 hari 2 malam berada disana, menginap dirumah bapa saudara en. suami di Ampang. Kami pergi ke KL dengan menaiki keretapi pada 24hb Dec lepas. Wah!! teruja sunggu anak teruna kecik ibu ni. Dalam perjalanan nak kesana sangat2 menguji ibu dan ayahnyer sebab dia tak mau duduk diam asyik nak turun minta dilepaskan. Bayangkanlah dalam keadaan keretapi yang sedang berjalan tu dia nak berdiri dilaluan jalan !!. Fuhhh sangat mendugakan OK....tambahan dengan mulutnya yang agak bising membuatkan ibu lagi rasa bersalah dengan penumpang2 yang lain...huhu...

Destinasi pertama ke Zoo Negara. Aqil dah pandai tengok binatang dan tentunyer dia akan teruja bila tengok binatang2 yang besar macam gajah, zirafah dan sebagainya. Cuaca yang sangat cantik pada hari tu agak selesa untuk kami berjalan.


Aqil yang sangat sporting..Langsung tak banyak ragam hari tu.

Binatang yang dia sangat teruja tengok adalah gajah!!, mungkin dia rasa pelik ada binatang sebesar itu kot. Kalau tengok binatang2 yang lain dia macam biasa jer...mungkin saiz binatang tu besar...hehe..

**************************************************************************


Destinasi ke-2 kami adalah pada keesokkannyer pula iaitu ke ICity Shah Alam, pergi pun hanya untuk melihat lampu2 neon yang dikatakan sangat cantik itu. Orang jangan kenang la sangatlah ramai yer..cuti sekolah la katakan.
Dia langsung tak heran rupanyer dengan lampu2 cantik tu. Takde perasaan OK...hanyer yang berperasaan adalah mak budak ni.


 **************************************************************************

Hari ketiga iaitu hari terakhir sebelum pulang ke Ipoh kami singgah pula ke Aquaria KLCC.


Meh kita layan gambar2 sekitar dalam Aquaria ni. Spesis ikan macam2 rupa..



 

Kami bertolak balik ke Ipoh 26hb Dec menaiki keretapi pukul 4ptg dan selamat sampai pada pukul 6.20ptg. Alahmdulillah semua berjalan lancar. TQ to my hubby yang sudi bawak kami jalan2 walaupun dirimu sangat2 sibuk dengan kerja dipejabat. Masa bersama yang sangat2 kami hargai. Terima kasih daun keladi nanti bawak kami jalan2 lagi...

2012-12-01

Selamat sudah abang long Mifzal..

Alhamdulillah syukur..bertarikh 30hb lepas (Jumaat jam 09.30am) anak ibu yang sulung, Mifzal Amin telah selamat "anunyer" dipotong. Sesuai dengan usia kata orang...berumur 11tahun...Ditemani dengan ayah dan atoknyer dalam bilik klinik masa aktiviti itu dijalankan. Ibu duk diluar aje..masa diambil lebih kurang  20 minit.

Seminggu sebelum bersunat ibu ada buat kenduri doa selamat sikit, buatpun di rumah mak di Siputeh. Si Ikmal nampaknyer belum bersedia nak potong anunyer..katanyer tahun depan pulak!. kata orang biar dengan hati yang rela bab2 nak potong ni jangan dipaksa!! kalau dipaksa tu yang jadi citer lain pulak.. Anak sedara maklong sorang ni sibuk jugak dia nak berbaju melayu+songkoknyer..



Jemputan baca doa sedang menikmati juadah makan petang. Syukur dengan cuaca yang sedikit panas hari tu, mujor tak hujan!


 Ni antara dua sahabat ibu yang hadir. Thanks Yanti and K.Azah yang sudi datang kemajlis pada hari itu. Ida sah2 tak dapat datangnyer....drebarnyer udah terbang jauh...hehe...takper ade rezeki boleh jumpa lain. Yang paling bestnyer nak temukan dua orang hero cilik kita tu!!

Lepas ni abang long Mifzal akan jadi "budak besar". Pesan dari ibu jadi anak yang dengar kata ibu ayah, jadi anak yang soleh dan boleh membanggakan ibu ayah tak kira dalam apa bidang pun! Ibu dan ayah tak paksa apa bidang pun...kalau dipaksa bukan jadi apapun janji berjaya dunia akhirat..dan yang penting 2013 nak ambik periksa UPSR...ingat tu!! Lagi satu...kena sentiasa jaga adik2...

2012-11-10

Terujanyer dia bila dapat makan sushi....

Salam bersiaran kembali. Cuti persekolahan sudah pun bermula minggu ni. Sekejap jer 2012 nak meninggalkan kita, dan selangkah lagi umur kita berganjak...huhu..anak2 pun udah selangkah lagi umur diaorang. Ibu rasa tak puas lagi nengok Aqil masa baby dulu, sangat cepat masa berlalu..bau baby pun dah takde..bau masam peluh jer sekarang ni...hehe Mulut pun dah macam2 perkataan yang dapat. Makan sangat memilih...kalau nak pulak time dia selsema/batuk....semua "anakkk..anakkk (tak nak la tu...) Ibu yang paling risau+pening kepala kalau dia tak nak makan...malam2 alamatnyer bergantung jer la sebab lapor tak makan apa2.

Tapi bila dia dapat makan sushi ni...wallaaa...sangat suka rupenyer dia. Walaupun "made in tempoyak" huhu...tak sangka anak teruna kecik ni suka. Tapi yang dia berkenan tu hanya nasi+seaweed jer yer...ikan/telor+++ habis dicampak korek dari mulut dibuangnyer. Kalau time2 dia tak sihat tak nak makan nasi, tryla bagi bende ni...percaya atau tak 10 bijik habis dimakannyer...
Tengok besarnyer mulut dia nganga. Sayang dia....Sekarang ni dah pandai/sibuk nak bercakap jer. Ibu dan ayah pun dah tak susah sebab dah paham apa yang dia nak. Dia dah boleh sebut banyak perkataan walaupun tak sempurna..(sesuai la dengan umor ye tak...)
Ibu sangat merindui kehidupan di jepun satu ketika dulu, rindu nak makan sushi jepun...huhu..ade ke can dapat pergi lagi..moga-moga satu hari nanti dapat kesana lagi...

2012-09-30

Selamat pergi dan balik....

Sedihnya melepaskan en.suami ke negara matahari terbit petang semalam. Ibu doakan dia selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Hampir seminggu di sana, atas urusan kerja. Setelah hampir 3 tahun berada ditanah air dan ini diarahkan untuk kesana kembali. Emmm....kalau waktu2 cenggini mesti cuaca dingin jer...rindu rasanyer dengan kehidupan disana satu ketika dulu.



 Ini kali pertama ayah dan anak bongsunyer (buat masa ni....huhu) yang berumur 1 1/2 tahun tu berenggang..... petang semalam dalam pukul 5.30ptg, masa teksi nak ambik ayah dia melalak tersedu2 nak ikut....ayah...ayah...ayah...nangis sampai sedu2....Ya Allah siannyer dia! Terlalu rapat dengan ayahnyer. Tak paham bahasa lagi....sampai ibu pulak join sekali bergenang air mata nengok dia dalam keadaan macam tu. Tapi syukur alhamdulillah.....tangisannyer berhenti bila kelibat teksi hilang dari pandangan! Pujuk dia macam2...esp pasang jer citer UPIN n IPIN atau BOBOBOI.
 Kami semua RINDU pada ayah....

 Moga ayah di lindungi sepanjang perjalanan pergi dan balik, ibu akan sentiasa mendoakan untuk ayah. Sayang ayah!!

Terima kasih ye ayah kerana selalu memikirkan kepentingan isteri serta anak dahulu berbanding diri sendiri. Sangat menghargainya, kualiti bersama keluarga harus didahulukan.

2012-09-15

Open house 2012

As-salam.. Alhamdulillah, diberi peluang mengupdate blog ni lagi. Selang minggu2 pun ok la kan, yang pasti update tetap update walaupun macam biskut chips more....kejap ada...kejap takde..terubat jugak jari jemari menari di atas kibod ni. Keadaan yang tak mengizinkan untuk mengadap pc ni...kalau ON pun curi2 masa jer lepas tu OFF balik...

OK ini citer open house yang berlangsung pada 01 Sept lepas...(dah naik basi pun dah...) takla besar sangat...cuma ngajak adik beradik, saudara mara terdekat, kenalan2 keje dan jiran2 terdekat jer...
mintak maaf banyak2 andai ade yang terasa hati...terlepas pandang ngajak..almaklumlah nama lagi manusia kadang2 kita mudah terlupa..

Alhamdulillah semua rezeki yang kami saji hari tu licin dan tak membazir....syukur...tahun depan ade rezeki boleh buat lagi....Thanks to Kak Ani yang sponsor ketupat palas dan Kak Shima sponsor kek.


Ini antara tetamu yang hadir, memang sebenarnya lupa sangat2 nak ngambik gambo2 ni...sibuk melayan tetamu yang hadir...ni pun nasib baik tetiba jer teringat...bolehla buat kenangan..tu pun masa tengah tak ramai orang...masa dah ramai tu langsung dah tak teringat nak ngambik.


Sahabat baik ayah yang dah lama tak berjumpa. Bile jumpa rambut pun dah penuh putih!! huhu..nanti bolehler kaler rambut tu kan Ah Seng. Berubah gaya hidup dia setelah keluar dari tempat keje, yang dulunya sama2 bekerja disyarikat yang sama. Thanks Ah Seng datang jugak!!.



Ni gambar bersama dengan saudara dari side abah.



Thanks banyak2 to Ida yang sudi jugak datang walaupun jauh...Ekhwan yg sangat sporting ngadap kamera...padahal agak lama jugak kami terjegat berdiri tu..elok jer dia!!.. masa ni Aqil dah kepenatan tido...sian dia takde gambar langsung tuk kali ini. Memang tak dapat layan dia sangat hari tu..bawak diri la dia dengan abang2nyer....huhu

Akhir sekali terima kasih pada semua yang meluangkan masa ke rumah kami...
pada orang tu yang duk kat Jepung nun...Lin n Yusry..kalian nampaknyer takde rezeki tahun ni...huhu..jaga diri kat tempat orang yer..

2012-09-07

Raya kami..

Salam bersiaran kembali....pejam celik pejam celik dah masuk 20 Syawal rupenyer...begitu cepat masa berlalu... rasa rindu sangat2 pada bulan Ramadhan yang lepas.. semoga dengan izinNYA dapat kita sama2 bertemu dengan Ramadhan tahun yang lain pula..

Untuk tatapan semua pengunjung laman ini...ibu kongsikan besama gambar kenangan kami anak beranak ditahun ini. Ni namanyer gambar tangkap muat! Anak teruna yang kecik sedang lena diulik intan...tapi angkara mak budak ni nak jugak bergambar...kalau tak tangkap curi2 gini alamat memang takde gambar raya la jawabnyer tahun ni...layan yer....