-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2012-09-15

Open house 2012

As-salam.. Alhamdulillah, diberi peluang mengupdate blog ni lagi. Selang minggu2 pun ok la kan, yang pasti update tetap update walaupun macam biskut chips more....kejap ada...kejap takde..terubat jugak jari jemari menari di atas kibod ni. Keadaan yang tak mengizinkan untuk mengadap pc ni...kalau ON pun curi2 masa jer lepas tu OFF balik...

OK ini citer open house yang berlangsung pada 01 Sept lepas...(dah naik basi pun dah...) takla besar sangat...cuma ngajak adik beradik, saudara mara terdekat, kenalan2 keje dan jiran2 terdekat jer...
mintak maaf banyak2 andai ade yang terasa hati...terlepas pandang ngajak..almaklumlah nama lagi manusia kadang2 kita mudah terlupa..

Alhamdulillah semua rezeki yang kami saji hari tu licin dan tak membazir....syukur...tahun depan ade rezeki boleh buat lagi....Thanks to Kak Ani yang sponsor ketupat palas dan Kak Shima sponsor kek.


Ini antara tetamu yang hadir, memang sebenarnya lupa sangat2 nak ngambik gambo2 ni...sibuk melayan tetamu yang hadir...ni pun nasib baik tetiba jer teringat...bolehla buat kenangan..tu pun masa tengah tak ramai orang...masa dah ramai tu langsung dah tak teringat nak ngambik.


Sahabat baik ayah yang dah lama tak berjumpa. Bile jumpa rambut pun dah penuh putih!! huhu..nanti bolehler kaler rambut tu kan Ah Seng. Berubah gaya hidup dia setelah keluar dari tempat keje, yang dulunya sama2 bekerja disyarikat yang sama. Thanks Ah Seng datang jugak!!.



Ni gambar bersama dengan saudara dari side abah.



Thanks banyak2 to Ida yang sudi jugak datang walaupun jauh...Ekhwan yg sangat sporting ngadap kamera...padahal agak lama jugak kami terjegat berdiri tu..elok jer dia!!.. masa ni Aqil dah kepenatan tido...sian dia takde gambar langsung tuk kali ini. Memang tak dapat layan dia sangat hari tu..bawak diri la dia dengan abang2nyer....huhu

Akhir sekali terima kasih pada semua yang meluangkan masa ke rumah kami...
pada orang tu yang duk kat Jepung nun...Lin n Yusry..kalian nampaknyer takde rezeki tahun ni...huhu..jaga diri kat tempat orang yer..

0 ulasan:

Catat Ulasan