-----> About me

Foto Saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2013-01-12

Jalan-jalan cuti sekolah 2012

Salam bersiaran kembali... lama rasanyer tak update dalam blog ni, tahun baru 2013 pun dah menjelma. Anak2 kembali bersekolah dan selangkah lagi umur kita berganjak tahun ni.
Apapun semoga tahun ni adalah tahun yang terbaik untuk kita semua. Kalau ada azam yang tak lepas tahun lepas tahun ni masih boleh continue lagi yer...yang penting jangan putus asa. Hidup harus diteruskan.....
Entry yang dah agak lama untuk  dikongsi dan juga untuk tatapan masa hadapan, cuti sekolah tahun lepas kami sefamili jalan2 ke KL. 3 hari 2 malam berada disana, menginap dirumah bapa saudara en. suami di Ampang. Kami pergi ke KL dengan menaiki keretapi pada 24hb Dec lepas. Wah!! teruja sunggu anak teruna kecik ibu ni. Dalam perjalanan nak kesana sangat2 menguji ibu dan ayahnyer sebab dia tak mau duduk diam asyik nak turun minta dilepaskan. Bayangkanlah dalam keadaan keretapi yang sedang berjalan tu dia nak berdiri dilaluan jalan !!. Fuhhh sangat mendugakan OK....tambahan dengan mulutnya yang agak bising membuatkan ibu lagi rasa bersalah dengan penumpang2 yang lain...huhu...

Destinasi pertama ke Zoo Negara. Aqil dah pandai tengok binatang dan tentunyer dia akan teruja bila tengok binatang2 yang besar macam gajah, zirafah dan sebagainya. Cuaca yang sangat cantik pada hari tu agak selesa untuk kami berjalan.


Aqil yang sangat sporting..Langsung tak banyak ragam hari tu.

Binatang yang dia sangat teruja tengok adalah gajah!!, mungkin dia rasa pelik ada binatang sebesar itu kot. Kalau tengok binatang2 yang lain dia macam biasa jer...mungkin saiz binatang tu besar...hehe..

**************************************************************************


Destinasi ke-2 kami adalah pada keesokkannyer pula iaitu ke ICity Shah Alam, pergi pun hanya untuk melihat lampu2 neon yang dikatakan sangat cantik itu. Orang jangan kenang la sangatlah ramai yer..cuti sekolah la katakan.
Dia langsung tak heran rupanyer dengan lampu2 cantik tu. Takde perasaan OK...hanyer yang berperasaan adalah mak budak ni.


 **************************************************************************

Hari ketiga iaitu hari terakhir sebelum pulang ke Ipoh kami singgah pula ke Aquaria KLCC.


Meh kita layan gambar2 sekitar dalam Aquaria ni. Spesis ikan macam2 rupa..



 

Kami bertolak balik ke Ipoh 26hb Dec menaiki keretapi pukul 4ptg dan selamat sampai pada pukul 6.20ptg. Alahmdulillah semua berjalan lancar. TQ to my hubby yang sudi bawak kami jalan2 walaupun dirimu sangat2 sibuk dengan kerja dipejabat. Masa bersama yang sangat2 kami hargai. Terima kasih daun keladi nanti bawak kami jalan2 lagi...

0 ulasan:

Catat Ulasan