-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2011-04-21

Genap sebulan sudah..

Semalam 20hb April genap sudah umur bb Irfan Aqil sebulan. Pejam celik..pejam celik sungguh cepat masa berlalu, tapi ibu2 yang menghitung hari dalam pantangnyer terasalah teramat lamanyer kan..samalah dengan diri ini.. huhu..
Semalam juga bawak Irfan pegi klinik untuk dapatkan rawatan imunisasi untuk cucuk sebulan. Kesiannyer anak ibu semacam kasar jer misi tu cucuk!!...Sebelum nak cucuk tu Irfan tengah nganga2 lapar susu..yang misi tu tak jugak start2 nak nyucuknyer..sembang jer kojenyer..jenuh ibu cuba control supaya irfan jangan nangis sebab lapar susu. Ternganga2 mencari "bende tu"..sian nengoknyer...sabor jer waktu tu!! eeee..dalam hati nak jer mencelah suruh misi tu stop bercakap!

Mak budak ni nak emosi kejap....masa bb tengah ternganga2..nyenget2 kepala nak cari "bende tu" kan maka bermulalah operasi menyujuk vaksin ke paha irfan. Uwaaaaa......keluarlah suara laki2 irfan tu menyelap sekejap dia. Kesian bb dalam tengah lapar tu bukan susu yang dapat tapi sakit yang dapat!!! Shahdu sungguh ibu nengoknyer...kesian sangat..tu yang emosi kejap, cepat2 pujuk2 dia. Lepas dah selesai tu cepat2 keluar masuk dalam kete terus bagi susu. Bergenang air mata bb..

Nizarul Irfan Aqil diusia sebulan...








Sekarang berat bb dah 3.9kg. Checkup semalam ibu dan bb Irfan sihat alhamdulillah..next appointment kene cucuk tuk 2 bulan pulak.. sihat sentiasa yer sayang..

2011-04-18

Memori itu...

Kalau waktu sekarang musim cenggini kat bumi sakura tu mesti dah penuh bunga2 sakura mekar...oohhh sungguh indah memori lalu..suasana musim yang sangat best..dingin jer..
Secara tiba2 teringat balik kenangan diwaktu itu....

Terima kasih pada keluarga Nakaichi yang sudi mengirimkan beberapa foto untuk tatapan kami disini..especially tuk anak2 kami. Jom kita tengok sakura ditahun 2011 ni.

Bunga sakura yang sedang mekar. Lokasi ditaman berhampiran rumah waktu itu, yang biasa anak2 bermain satu ketika dulu.

Inilah kawan2 baik Mifzal..semua dah besar2 belaka. Dari kanan Saitou, Arata, Fujita dan Kazuki Nakamura. Ibu harap sangat2 satu hari nanti dorang dapat berjumpa lagi dengan Mifzal.

Selamat maju jaya buat Arata. Semoga persahabatan dengan Mifzal akan terus berkekalan.

*************************************************************************

Imbasan memori kami dimusim haru/spring ditahun 2009.




2011-04-11

Happy Birthday my friend

Happy Birthday to my lovely friend.. Sachiyo san, today 11 April. All memories with you still in my mind.


No matter where I am, my wishes are with you

HAPPY BIRTHDAY to a wonderful friend!
May all your wishes come true!




2011-04-02

Annual Dinner di The Lost Worl of Tambun

Bertarikh 19hb Mac lepas telah berlangsung makan malam ulangtahun yang ke-17 anjuran tempat ibu dan ayah bekerja. Berbeza dengan tahun2 sebelumnyer lokasi kali ini dibuat secara outdoor di The Lost World of Tambun Ipoh. Sebelum2 ni selalu buat di hotel Syuen Ipoh. Sangat bersyukur dapat join jugak walau pada masa tu dalam keadaan "tunggu masa jer"...

Seawal jam 5ptg ibu dah kena hadirkan diri tuk incharge bahagian registration bersama dengan Kak Azah.

Bersama dengan kawan2 sekerja. Masih boleh control walaupun sakit dah mula terasa pukul 9mlm tu...sesekali datang 10min sekali...kata kawan2 kalau beranak kat situ dalam sijil beranak baby kena tulis "Lost World of Tambun.."..hehe.

Bersama dengan warga2 jepun setempat kerja..

Salah satu persembahan pada malam tu.

Persembahan dari para2 pengurus..termasuklah en.suami.

Bersama dengan chair lady Mrs.Amanda dalam menjayakan programme ulangtahun pada malam itu.

En.suami bersama dengan warga2 jepun.


Selesai programme pukul 11.30mlm..sakit makin mula kerap.....nak jalan balik pun dah rasa tak larat sangat. Dari awal lagi ayah dah ajak balik tapi dik kerana degil ibu ni nak jugak tunggu sampai programme betul2 habis...
Terima kasih baby bagi ibu join dulu annual dinner kali ni...Syukur alhamdulillah..semua urusan dipermudahkan oleh Allah..perut kenyang..beranak pun senang..

2011-03-24

Lahirnya putera ke-3...

Syukur alhamdulillah bertarikh 20hb Mac 2011, 02.28 pagi lahirlah seorang lagi permata hati kami dalam keluarga family "N". Seperti yang dijangkakan seawal kandungan berusia 3 bulan memang dah tau bakal permata hati yang ketiga juga adalah seorang HERO.
Sangat berbeza pengalaman yang lepas2 kalau ikutkan abangnyer masing2 ada turun tanda, tapi yang ketiga ni langsung takde apa2 tanda pun....sempat lagi pada malam bertarikh 19hb Mac tu ibu join annual dinner anjuran tempat ibu dan ayah bekerja. Memang pada awalnyer dah cakap pada kawan2 dan juga sembang2 dengan baby dalam perut yang ibu nak sangat join annual dinner kali ni. Kononnyer malam annual dinner yang ke17 tahun ni adalah tahun yang berbeza jika dibandingkan dengan tahun yang lepas2 sebabnyer buat secara outdoor di Lost World Of Tambun kalau tak selalu di hotel Syuen ajer. Dalam pukul 10mlm ketika di malam annual dinner tu dah terasa sakit2 sikit....10min sekali....10min sekali...tapi masih boleh control nak jugak tunggu sampai programme habis!!.

Selesai programme annual dinner pada pukul 11.30mlm......balik rumah mak di Siputeh nak ambik Mifzal dengan Ikmal tapi waktu tu sakit semakin kerap...nak beranak dah ke aku ni???
Sesampai rumah mak hampir 12mlm lebih....mak cakap pegi le refer ke hospital....budak2 dua beradik tu mak suruh tinggalkan ajer..

Dalam perjalanan nak ke hospital sakit semakin kerap!! Rasa nak tercabut pinggang!! Tapi tanda masih lagi tak nampak turunnyer!! Sampai hospital lebih kurang pukul 01.10pagi. Rupa2nyer bukaan dah bukak 8cm!!...

Assalamualaikum...saya dah selamat dilahirkan kedunia..bertempat di Hospital Pantai Puteri Ipoh jam 02.28am, 20hb Mac 2011.

Syukur alhamdulillah..sakit tak lama nampaknyer kali ni..pengalaman lepas agak lama jugak ambik masa. Abang2nyer kuar petang yang ni nampaknyer kuar seawal pagi.

Saya dalam pangkuan ibu...Nama saya??? Ibu dan ayah belum dapat cari yang sesuai lagi da..tunggulah next entry nanti yer... abang2nyer dah pandai mereka-reka nama tuk baby ni..macam2 nama yang diaorang rekemen. Sampai ibu dan ayah pun tak tau mana yang nak ikut. Bila anak2 yang atas dah besar memang pandai diorang pun nak join rekemen bagi nama.

Saya bergambar dengan ayah dan ibu!! Kenangan ambik gambar sebelum nak kuar hospital pada hari Isnin tu.

Ibu sayang dia..

Cantik tak posing saya tido??...Sekarang saya dah berada di rumah saya di Ipoh.


2011-03-05

Jauhnyer terbang dari Nippon

Ni citer last month dibulan Feb, kiriman pos laju yang datangnyer dari jauh mana lagi kalau bukan kat nippon nun... bila tengokkan surat pos laju dari nippon tu apa lagi automatik tak lain dan tak bukan lagi mesti dari sahabat baik ibu disana nun.. Disebabkan kami takde kat rumah masa posmen ngantor barang tu jadi terpaksalah nak ngambiknyer kat pejabat pos..hampir seminggu jugak barang tu duk terperap dalam simpanan pejabat pos...nak ngambiknyer paham bebenor le...

Inilah bungkusan yang selamat kami ambik dari pejabat pos. Sahih..mamang dari sahabat baik ibu disana nun..terima kasih yang tak terhingga..hontoni arigatou!!

Bila nengokkan stem diatas ni tertera nama lokasi penghantaran "Toyama Inari" teringatkan kat sinilah tempat pos yang biase satu ketika dulu ibu hantar barang2 ke Malaysia..huhu..dalam kenangan..

Ini antara barang2 yang dalam bungkusan tu..satu perhiasan yang sangat cantik!

Dan juga ibu dapat beg cantik ni!! Thank you!! Sebetulnya diaorang tau yang ibu adalah peminat kaler purple..cantik..cantik..

Budak bertuah dua orang ni pun rupanyer ada jugak habuan tuk dorang dalam bungkusan tu!!...ini salah satu game yang pernah satu ketika dulu dorang tersangatlah suka main...sejenis gasing! Ini kira gasing yang upgrade lagi latest la ni...arigatou ne..ikumaru to mifuzaru daisuki desu!
Thank you so much to my lovely friend, Sachiyo san and Yoko san. I really appreaciated it. Hope one day we can meet again..

2011-02-23

Plan baik punya..

Perjumpaan yang tak dirancang betui2 ni, tapi memang best sangat2 sebab susah nak cukupkan forum kalau nak berjumpa dengan kawan2 seanak dara dulu2. Sempena cuti tahun baru cina baru2 ni, inilah masa yang dikira paling sesuai sangat2 nak berjumpa...cuti panjang memasing balik kampung...kalau nak plan jumpa hari raya janganlah harap....yelah kan masing2 mestilah nak beraya ngan famili dan sanak sedara! Ni tumpang cuti raya bangsa lain dapatlah nak berjumpa.

Inilah kawan2 ibu dari zaman remaja lagi, ( Dari kiri: Aton, me, Ida, Yanti, Norzi and Zulita) kalau zaman masa bujang2 dulu ibarat tido sebantal...makan sepinggan..gelak sama2..nangis sama2..minat mamat tu ler...minat mamat ni ler.. adalah salah sorang kawan ibu ni ( ida ) sampai jadi posmen tukang ngantor surat nak ngorat en suami. Fuhhh semua dalam kenangan tu.. kata orang kalau dah jodoh tu tak kemana...kan..kan...thanks ida tolong jadi posmen dolu2..hehe.. Kali ni ibu ngan Ida masing2 bawak perut!! Due pun tak jauh beza. Kawan2 yang lain tolonglah doa2kan kami berdua senang nak beranak yer...

Riuh setaman kalau dapat berjumpa..lebih2 lagi Zulita yang paling kecoh!! Yang lain ngesah ngekor bontot anak2 tapi dia releks takyah susah2 nak ngekor, anak sorang dah besar panjang! Masing2 bawak juadah dari rumah. Orang ni bawak...orang tu bawak.. jadi penuh juadah atas meja! Memang cantik plan korang ni...kalau idak jenuh jugak...hehe...tapi itu small matter no problem!!! Kalau tahun depan buat lagi kami sudi jadi tuan rumah lagi!!..Janji korang bawak makanan....haha..

Manja2 gitu....Aton dah ada sepasang anak..Yanti dah ade tiga heroin dan sorang hero!

En.suami bersama dengan suaminyer si Aton. Ikmal takde geng hari tu abangnyer tertido sebab keletihan. Budak2 ni mula2 nak kenal memang kene ambik masa sikit, memasing buat dont know jer...

Tahun depan ade rezeki kita gather lagi macam ni yer...

Dahulunyer sorang..kemudian berdua...bertiga...dah kininyer beginilah...dah beranak pinak kita yer...tapi perangai masih macam budak2 lagi kalau berjumpa!! Walau apapun kalian tetap dalam ingatan sampai bebila...