-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-04-21

Genap sebulan sudah..

Semalam 20hb April genap sudah umur bb Irfan Aqil sebulan. Pejam celik..pejam celik sungguh cepat masa berlalu, tapi ibu2 yang menghitung hari dalam pantangnyer terasalah teramat lamanyer kan..samalah dengan diri ini.. huhu..
Semalam juga bawak Irfan pegi klinik untuk dapatkan rawatan imunisasi untuk cucuk sebulan. Kesiannyer anak ibu semacam kasar jer misi tu cucuk!!...Sebelum nak cucuk tu Irfan tengah nganga2 lapar susu..yang misi tu tak jugak start2 nak nyucuknyer..sembang jer kojenyer..jenuh ibu cuba control supaya irfan jangan nangis sebab lapar susu. Ternganga2 mencari "bende tu"..sian nengoknyer...sabor jer waktu tu!! eeee..dalam hati nak jer mencelah suruh misi tu stop bercakap!

Mak budak ni nak emosi kejap....masa bb tengah ternganga2..nyenget2 kepala nak cari "bende tu" kan maka bermulalah operasi menyujuk vaksin ke paha irfan. Uwaaaaa......keluarlah suara laki2 irfan tu menyelap sekejap dia. Kesian bb dalam tengah lapar tu bukan susu yang dapat tapi sakit yang dapat!!! Shahdu sungguh ibu nengoknyer...kesian sangat..tu yang emosi kejap, cepat2 pujuk2 dia. Lepas dah selesai tu cepat2 keluar masuk dalam kete terus bagi susu. Bergenang air mata bb..

Nizarul Irfan Aqil diusia sebulan...








Sekarang berat bb dah 3.9kg. Checkup semalam ibu dan bb Irfan sihat alhamdulillah..next appointment kene cucuk tuk 2 bulan pulak.. sihat sentiasa yer sayang..

0 ulasan:

Catat Ulasan