-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2011-04-02

Annual Dinner di The Lost Worl of Tambun

Bertarikh 19hb Mac lepas telah berlangsung makan malam ulangtahun yang ke-17 anjuran tempat ibu dan ayah bekerja. Berbeza dengan tahun2 sebelumnyer lokasi kali ini dibuat secara outdoor di The Lost World of Tambun Ipoh. Sebelum2 ni selalu buat di hotel Syuen Ipoh. Sangat bersyukur dapat join jugak walau pada masa tu dalam keadaan "tunggu masa jer"...

Seawal jam 5ptg ibu dah kena hadirkan diri tuk incharge bahagian registration bersama dengan Kak Azah.

Bersama dengan kawan2 sekerja. Masih boleh control walaupun sakit dah mula terasa pukul 9mlm tu...sesekali datang 10min sekali...kata kawan2 kalau beranak kat situ dalam sijil beranak baby kena tulis "Lost World of Tambun.."..hehe.

Bersama dengan warga2 jepun setempat kerja..

Salah satu persembahan pada malam tu.

Persembahan dari para2 pengurus..termasuklah en.suami.

Bersama dengan chair lady Mrs.Amanda dalam menjayakan programme ulangtahun pada malam itu.

En.suami bersama dengan warga2 jepun.


Selesai programme pukul 11.30mlm..sakit makin mula kerap.....nak jalan balik pun dah rasa tak larat sangat. Dari awal lagi ayah dah ajak balik tapi dik kerana degil ibu ni nak jugak tunggu sampai programme betul2 habis...
Terima kasih baby bagi ibu join dulu annual dinner kali ni...Syukur alhamdulillah..semua urusan dipermudahkan oleh Allah..perut kenyang..beranak pun senang..

0 ulasan:

Catat Ulasan